Amalan pengambilan minuman sebegini sebenarnya bertujuan menghilangkan rasa mengantuk ketika mengulang kaji pelajaran. Begitu juga apabila membabitkan kerja syif malam mahupun berjaga lewat malam semata-mata mahu menonton perlawanan bola.
Tapi tidakkah kita sedari keburukan pengambilan kafein secara berlebihan? Mungkin kita tidak nampak kesannya sekarang, tetapi pada masa depan tidak mustahil ia boleh mencecah tahap memudaratkan.
Ahli psikologi klinikal Amerika Syarikat, Dr. Michael Breus berkata, dengan peningkatan populariti minuman bertenaga dan snek mengandungi kafein yang mudah didapati, hal ini boleh meningkatkan kecenderungan pengambilan kafein dengan kadar lebih tinggi.
Untuk pengetahuan, jumlah kafein yang terdapat dalam kopi lebih tinggi berbanding minuman lain seperti teh.
Berdasarkan senarai jumlah kafein dalam minuman yang dipetik daripada 'Journal of Food Science' tahun 2010, kopi yang dibancuh memiliki 95 hingga 200 mg kafein berbanding 'black tea' (14 hingga 70 mg kafein) dan teh hijau (24 hingga 45 mg kandungan kafein).
Justeru, bagi anda yang terbiasa menjadikan kopi sebagai pembuka selera anda pada waktu pagi dan petang, fikir kembali kerana hakikatnya kesan jangka panjang akibat daripada pengambilan kafein boleh membawa kepada tahap serius jika tak dikawal.
Kesan Buruk Minuman Kafein
Menurut kajian tahun 2013 yang dijalankan oleh Klinik Mayo di Amerika Syarikat, pengambilan kopi lebih empat cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan.
Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu.
Lebih bahaya jika ia menjejaskan prestasi pada waktu pagi di mana keadaan itu memerlukan kita menjadi lebih proaktif. Seperti yang disebutkan dalam artikel laman web Huffington Post, pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.
Dr Michael menyarankan pengambilan kopi sesuai diambil pada waktu pagi saja dan paling lewat seelok-eloknya sebelum jam dua petang. Selain itu, waktu pagi masa sesuai untuk mengambil minuman berkafein seperti minuman bertenaga. Sepanjang waktu pagi seeloknya amalkan pengambilan kopi yang tiada kafein untuk memenuhi keperluan kafein harian anda.
Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan badan jadi tidak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu pagi.
Farah cadangkan anda tukar minuman yang tinggi kafien dengan minuman kafien yang Shkalee reka khas untuk pengemar minuman berkafien.
Anda boleh cuba Cinch Shake atau Cinch Tea Mix . Minuman berkhasiat dan sesuai untuk pesakit kencing manis dan juga mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minuman ini juga boleh membuatkan anda lebih bertenaga.
TEMPAH SEKARANG
Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan
Mengenai Shaklee.
Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.
FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor
Sekarang masanya untuk berubah..dengan mengamalkan minuman sihat
ReplyDeletesaya jarang minum minuman berkafein tetapi kalau nak study memang telan juga.. aiii bahaya rupanya..
ReplyDeletesaya tiap2 pagi mesti secawan ness... kalo xminum xsah.. mesti ngantok nak buta kerja.. sekrang alhamdulillah dah xminum lagi... bila tekak teringin jek baru minum....
Delete