20 April 2015

1.1 : Kaedah Perancang Kehamilan

Masih mencari kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan anda.? Bagi Farah sendiri yang bersalin secara cazer, pasti mencari kaedah yang sesuai untuk menjarangkan kehamilan bagi memberi ruang proses penyembuhan luka sembuh dengan baik dan sempurna.



Suntikan Hormon Pencegah Kehamilan

Hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bagi mencegah kehamilan.

Hormon ini berfungsi untuk:


  • mencegah ovulasi
  • menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
  • menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
Setiap suntikan berkesan untuk selama 12 minggu (3 bulan). Suntikan susulan harus diberi setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan.


Suntikan diambil pada hari yang ke-4 selepas haid bermula.


Ibu yang menyusu bayi selepas bersalin- Suntikan sebaiknya diberi pada atau sebelum 6 minggu

Bagi ibu yang tidak menyusu bayi selepas bersalin. Suntikan boleh diberi bila-bila masa selepas hari ke 5, tetapi sebaiknya sebelum 21 hari. Sekiranya suntikan diberi selepas 3 minggu, ibu tersebut seharusnya menggunakan kaedah perancang keluarga tambahan untuk jangkamasa 2 hingga 3 minggu.

Kesan Sampingan 

  • Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
  • Perubahan berat badan
  • Sakit kepala
  • Perut kembung dan rasa tidak selesa
  • Senggugut
  • Rambut gugur

Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.

Mereka Tidak Boleh Ambil Suntikan
  • Wanita hamil
  • Pesakit jantung atau strok, darah tinggi dan individu yang mempunyai risiko penyakit kardiovaskular (seperti perokok atau pesakit diabetes)
  • Pesakit diabetes yang kronik melebihi 20 tahun atau mengalami komplikasi
  • Pesakit kanser payudara, kanser uterus dan kanser serviks
  • Pernah mengalami pembekuan darah pada salur darah di kaki (Deep Vein Thrombosis)
  • Pernah menghidap penyakit jaundis (kawasan putih mata atau kulit menjadi kuning) semasa mengandung atau semasa menggunakan pil pencegah kehamilan
  • Penghidap penyakit hati (liver cirrhosis), jangkitan (hepatitis) atau ketumbuhan hati (tumour)
Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

2 comments:

  1. Baru saya tahu ada banyak kaedah unruk hamil.tq

    ReplyDelete
  2. Tapi ada juga perancang kehamilan yang buat orang pregnant kan?

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...