18 December 2014

Tips Penjagaan Selepas Berkhatan

Musim cuti sekolah ini, pastinya ramai para ibubapa akan berkhatankan anak mereka yang sudah cukup umur. Ada pula yang anak itu sendiri meminta untuk dikhatankan. Di sini Kecik kongsi sedikit tips penjagaan selepas berkhatan.. 



Berkhatan

  • Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.






Tips Penjagaan Selepas Berkhatan


  •  Selepas kanak-kanak dikhatan, mereka seharusnya direhatkan. Kurangkan aktiviti lasak, dan jika boleh dibaringkan. Jika berada di majlis berkhatan, biarkan mereka berehat dalam tempoh sejam atau dua, selepas itu barulah dibawa pulang.
  •  Jika keadaan kemaluan anak masih berdarah, tidak sempurna, sila rujuk kepada doktor. Lazimnya semasa khatan secara tradisional, darah akan berhenti/kering secara semulajadi setelah 2-3 jam dikhatankan.
  •  Jangan sesekali menggunakan ubat/ minyak yang tidak disarankan oleh doktor. Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit, minyak atau krim yang perlu disapu selepas proses berkhatan.
  • Makanan diberikan adalah dari sumber yang sihat. Makanan seperti ikan, sayuran dan buah adalah baik dalam membantu proses penyembuhan.
  •  Semasa proses membuka balutan, adalah proses paling sukar kerana kanak-kanak akan merasa kesakitan akibat luka yang baru kering. Cara terbaik ialah menggunakan minyak gamat, dan sapukan kepada bahagian kain. 
  • Memakai kain sarung / pelikat adalah cara terbaik untuk mengelakkan dari kemaluan cedera selepas berkhatan. Pemakaian seluar lebih baik selepas 3-4 hari selepas berkhatan. Itupun sekiranya luka berkhatan benar-benar kering, dan seluar harusnya jenis longgar.
  •  Pemeriksaan harusnya dilakukan secara berkala. Paling penting ialah kebersihan. Semasa mandi, elakkan daripada bahagian khatan terkena air, dan sentiasa pastikan kanak-kanak tidak berada di luar rumah dalam tempoh yang lama.
  • Kanak-kanak lazimnya akan sembuh dalam tempoh 5-7 hari selepas berkhatan. Jika dikhatan secara tradisional sekalipun, kanak-kanak tetap akan sembuh dengan cepat jika tidak ada sebarang komplikasi ataupun bentan. Jika ada komplikasi seperti bentan, atau pendarahan, sapukan ubat luka terlebih dahulu. 









AWAS!!! Komplikasi khatan


  • Pendarahan, jika pendarahan berlaku lakukan gentle compression, jika pendarahan berterusan perlu dapatkan rawatan doktor untuk mencari dan menghentikan pendarahan tersebut.
  • Jangkitan kuman, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.
  • Kecederaan pada penis, ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera.
  • Masalah kencing, jika pesakit menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, ia perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.


Bagi mempercepat proses penyembuhan,anda boleh memberi anak anda makan banyak buah-buahan segar seperti orange dan epal.Penting menjaga pemakanan dan kebersihan supaya luka anak berkhatan cepat sembuh dan mereka boleh merdeka dan kembali lasak seperti biasa.



Luka Berkhatan / Sunat Cepat Sembuh



Masa Arif bersunat hari tu, memang bagi Set Kanak-Kanak. Vitamin C, Omega Guard dan MealShake. Luka cepat baik dan anak pun nampak bertenaga.


mealshake: multivitamin, dalamnya ada zink boleh percepat baikkan luka
vitamin c : juga bagus untuk mempercepat proses penyembuhan
omega guard: agen antiradang, bagus untuk elakkan bengkak

Klik Untuk Belian Secara Online ( kredit kad/ Debit Kad ) >> SET ANAK BERKHATAN 



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946


7 comments:

  1. tak lama dah anak lelaki ni makin besar..mama pulak yg rasa risau terlebih nak bagi anak khatan..

    ReplyDelete
  2. Saya juga rasa risau walaupun umur anak jauh lagi untuk bersunat...

    ReplyDelete
  3. anak saya dah bersunat.. 2 orang dah jadi hero..sorang umur 3 tahun sorang lagi umur 5 tahun.. Alhamdulillah,Allah permudahkan semua urusan.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. anak saya dah bersunat.. 2 orang dah jadi hero..sorang umur 3 tahun sorang lagi umur 5 tahun.. Alhamdulillah,Allah permudahkan semua urusan.. (^_^)

    ReplyDelete
  5. mahu tanya kalau bahagian lapas jahitan sunat zakar itu gatal n bangkak.. adakah jangkitan kuman atau perkara biasa

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...