Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.
Bagi yang ingin lebig berjimat unutk cantik, boleh amalkan petua ini. Pastikan anda konsisten dalam melaksanakannya. Jangan angan-angan tahi ayam tau.. Atau pun seperti chipmore. Kejap buat kejap tak buat.
Pilihan Sayuran Untuk Cantik
Kubis
- Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.
Bayam
- Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Daun salad
- Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Kacang panjang
- Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.
Sawi
- Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.
Semoga petua diatas dapat membantu anda untuk cantik dalam berjimat. .Selamat Mencuba.
Hendak Cantik Dengan Produk Shaklee.?
Semestinya Jimat,Mudah,Cepat Dan Ringkas
1 set : RM 242.00 : 4 hingga 6 bulan
Hendak Lagi Jimat.?
Hubungi Saya:-
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
Johor.
No comments:
Post a Comment