Apa Itu Gula-Gula Getah
- Gula-gula getah merupakan sejenis ‘makanan’ unik yang dikunyah dalam tempoh masa tertentu (selalunya dalam 20 minit) yang secara relatifnya mempunyai nilai kalori (tenaga) yang rendah.
- Adalah penting untuk membaca label gula-gula getah yang dipilih agar ia boleh membantu anda mengenalpasti jenis dan kandungan yang boleh memberi faedah kepada kesihatan mulut.
Jenis gula-gula getah:
- Bergula - seperti sukrosa
- Tidak bergula (mempunyai pemanis tiruan - seperti sorbitol dan xylitol)
Gula-gula getah yang bergula jika dikunyah boleh menyumbang kepada penghasilan asid yang boleh menyumbang kepada pereputan gigi (karies gigi). Ia dicirikan oleh penurunan sederhana pH pada plak gigi. Kajian klinikal menunjukkan terdapat peningkatan insiden karies gigi bagi individu yang menggunakan gula-gula getah bergula berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak mengunyah gula-gula getah.
Gula-gula getah dengan pemanis tiruan secara umumnya, tidak boleh dicerna oleh bakteria di dalam mulut oleh itu ia tidak menyebabkan karies gigi. Berdasarkan eksperimen jangka masa pendek, ia boleh menyumbang kepada remineralisasi enamel gigi. Ia juga menunjukkan ciri-ciri anti karies gigi melalui rangsangan penghasilan air liur. Kajian klinikal menunjukkan xylitol mempunyai peranan anti karies yang lebih baik berbanding dengan sorbitol.
Peranan Gula-gula Getah
- Gula-gula getah terdapat dalam pelbagai perisa. Perisa inilah yang merangsang penghasilan air liur sehingga 10 kali ganda menyebabkan peningkatan penghasilan air liur, peningkatan pH air liur serta memberikan kebaikan terhadap keseimbangan remineralisasi atau demineralisasi permukaan enamel gigi (lapisan gigi yang paling luar). Air liur ini turut berperanan dalam membersihkan sisa makanan dalam mulut.
- Bikarbonat yang terhasil dalam air liur yang dirangsang adalah lebih tinggi berbanding dengan air liur dalam keadaan rehat (tiada kunyahan). Bikarbonat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dan mencegah karies gigi peringkat awal dari menjadi lebih teruk.
Gula-Gula Getah Boleh :-
- Merangsang penghasilan air liur
- Meneutralkan asid plak gigi
- Merangsang remineralisasi enamel gigi
- Membantu mencegah pembentukan karies gigi
Waktu Yang Sesuai
- Masa paling sesuai gula-gula getah dikunyah ialah selepas makan dan selepas mengambil snek (khususnya yang bergula) dan dikunyah selama sekurang-kurangnya 20 minit. Gula-gula getah membantu mengembalikan pH air liur ke tahap normal dengan peningkatan penghasilan air liur.
- Pesakit yang mengambil ubat-ubatan seperti antidepressants, beta blockers atau pesakit Sindrom Sjogren iaitu pesakit yang menerima rawatan radioterapi di kawasan kepala dan leher akan mengalami kesan sampingan iaitu masalah kekeringan mulut (Xerostomia). Gula-gula getah mungkin boleh membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan masalah kekeringan mulut dengan merangsang pengeluaran air liur dari baki tisu/kelenjar air liur yang kurang berfungsi. Dengan kaedah penjagaan kebersihan mulut yang baik, keselesaan mulut akan bertambah baik serta risiko karies gigi akan berkurangan.
Lepas ini, jom lkita makan gula-gula getah. Tetapi perlu diingatkan gula-gula getah perlu dibuang ke dalam tong sampah selepas digunakan bagi memastikan kebersihan alam sekitar.
Anak-anak kurang gemar makan gula-gula getah
ReplyDeleteMANFAAT VITAMIN C
Anak kak siti pula suka beli gula-gula getah ni...setiap kali beli mesti kena pukul tangan...huhu
ReplyDeletekembalikan kesihatan mata dengan carotomax shaklee
Untuk orang yang kerap nak makan atau obesiti boleh juga selalu kunyah chewing gum dari berterusan makan makanan ringan. Cuma kena pilih yang baguslah. Kalau tak gigu pula yang sakit. Hehe
ReplyDeleteHuda xberapa gemar chewing gum..sbb rasa melekat dalam mulut..huhuu
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> SET KESUBURAN SHAKLEE
Sedapnye gula- gula getah..nabila suka menguyah dan buat belon dgn gula getah..hihi
ReplyDeleteMemang best tapi dulu2 jelah makan ni. Sekarang tak berapa gemar sangat... hihihi
ReplyDeleteSaya x berapa gemar sebab cepat lenguh rahang hehehe tapi kecik2 dulu suka sangat especially jenis bubble gum
ReplyDeleteDulu selalu juga makan gula-gula getah ni. Memang best..boleh buat belon...hahahah
ReplyDeletePromosi Disember Sangat Menggoda Yang Tak Pernah terjadi sebelum ini
tapi ianya tak sesuai untuk kanak2..anak saya selalu mintak nak makan..
ReplyDeleteKulit Kering dan Menggelupas
Saya kurang suka amalkan gula-gula getah. Terbiasa sebab memang tak boleh makan langsung dari kecik hahaha
ReplyDeleteTerkenang zaman kanak-kanak dulu.. Memang suka la..tapi dah dewasa ni tak minat..anak pula yang suka..pengaruh kawan
ReplyDeleteApa Yang Perlu Tahu Pada Pencuci Muka Ketika Mencuci Muka