29 November 2014

Risiko Bacaan HB Rendah Ketika Hamil

Siapa yang sedang hamil.? Berapa bacaan HB anda.? 11 ke atas @ 11 ke bawah.? Pernah nurse marah kerana HB rendah.? Runsing kerana sentiasa dimarahi nurse.? 

Alhamdulillah ketika Farah hamil setahun 10 bulan yang lepas, HB Farah sentiasa berada di 11 ke atas.. Ketika itu, Farah tidak tahu apa punca yang boleh menyebabkan HB turun dan macam mana nak buat kalau HB rendah. Kalau HB rendah apakah risikonya.? Bahaya sangat ke.? Ketika itu semua tidak tahu. Walaupun ketika itu tekanan darah turun ( memang sudah tahu), tetapi HB Farah tidak pernah turun. Jadi tak risau dan tidak membaca mengenai HB rendah ini. 

Sekarang ini Farah dah tahu risiko HB rendah dan sejauh mana bahayanya terhadap ibu dan juga bayi dalam kandungan.. Dengan sedikit ilmu yang ada dalam diri, Farah kongsikan kepada pembaca. Jom kita baca.





Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan HB adalah suatu pengukuran yang diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (HB) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.



Bacaan HB Normal


  • Paras HB seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).


Punca HB Rendah 


  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia


Risiko HB Rendah Ketika Hamil


1.Kesan kepada ibu



  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

2.Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Tanda-Tanda Awal


  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan


Langkah Yang Boleh Dilakukan

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan HB yang rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging


Ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB  rendah digalakkan mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan paras bacaan HB anda. 

Jagalah kesihatan anda seawal kehamilan supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Supplement Shaklee Yang Boleh Membantu Anda

Set Lengkap Kehamilan

1. B- Complex

  •  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  •  Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang  kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


2. Vita-C


  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  
  • Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
  • Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.
  • Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


3. Vita -LEA

  •  Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  •   Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  •   Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  •   Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah  merah


4. OsteMatrixTM


  •  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.



5.  ESP


  •  Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  •  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  •  Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 



 6. Omega Guard

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


* Set Ini Adalah Untuk Kegunaan 2 hingga 4 bulan.. RM 582.00
Untuk Maklumat Cara Pengambilan Supplement Ini, Boleh Hubungi Saya. 




TEMPAH SEKARANG





Nak Tahu  Lagi  Tentang Produk Shaklee.?




Anda Ingin Set Kehamilan Bajet.?
Boleh., Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.



10 comments:

  1. Hb rendah ni Sgt bahaya.. Blh sbabkan anemia.. Sbb tu nurse marah Sgt Kalau hb rendah.. Kdg2 kita ambil mkann lain pun tak naik bnyk hb tu.. Tapi Rmai yg ambil shaklee dpt slesaikan msalah hb rendah.. What a miracle.. Alhamdulillah..
    BAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??

    ReplyDelete
  2. Hb rendah ni memang bahaya. Vitalea dan Vitamin C merupakan vitamin pilihan kebanyakan ibu-ibu yang mengalami Hb rendah ini.
    Penyakit G6PD dan pantang larangnya

    ReplyDelete
  3. Bahaya tau kalau hb rendah nie. Amalkan iron dan vit c in sya Allah..

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  4. Hb rendah semasa hamil memang berbahaya, cegah sebelum terkena. Amalkan pengambilan set hamil shaklee untuk mencegah masalah kesihatan ketika hamil, ibu sihat baby pun berkembang dengan sihat dan sempurna.

    Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. .bacaan HB cantik je semasa mengandung anak pertama - ketiga

    Peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. ibu perlu sentiasa berhati2 dengan bacaan Hb..jangan ambil mudah..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  7. Sebab itulah nurse mmg marah kalau hb rendah ni kerana tahu risiko pada ibu dan bayi heheh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Maintain Hb 12 amalkan Shaklee set hamil n pemakanan yang seimbang

    Panduan Cara Pernafasan Ketika Bersalin

    ReplyDelete
  9. jika mengalami hb rendah semasa hamil jangan dibiarkan kerana akan risiko pada baby dan ibu.. sentiasa amalkan pengambilan makanan yang dapat membantu menaikkan hb dan boleh juga mengamalkan pengambilan supliment shaklee ketika hamil untuk membantu menaikkan hb anda kembali..

    ReplyDelete
  10. Yang penting ibu preggy kena dapatkan nasihat doktor dulu ..

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...