02 July 2014

Sembelit Semasa Berpantang



Sembelit selepas bersalin adalah salah satu perkara yang sering berlaku dikalangan ibu-ibu. Satu perlima daripada ibu-ibu mengalami masalah ini selepas hamil.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan sembelit selepas bersalin ialah:


  • Kurang pengambilan air - sesetengah kepercayaan pengambilan air yang banyak akan menyebabkan perut buncit.
  • Pengambilan jamu dan herba yang bersifat panas.
  • Kurang pengambilan sayuran dan buahan dengan alasan kebanyakkan sayuran dan buahan bersifat sejuk. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana takut luka episiotomi akan terbuka dan sakit di bahagian tersebut. 
  • Otot pada usus juga mengendur kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil.

Sembelit memang menyakitkan dan boleh menyebabkan fobia dikalangan ibu-ibu selepas bersalin. Jom kita baca antara tips yang boleh diamalkan untuk mencegah dan mengatasi sembelit...


TIPS MENCEGAH/MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN


  • Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. 
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Pengambilan supplemen tambahan juga dapat membantu.
Hubungi saya untuk mengatasi masalah anda.
Farah
011-27794946 (sms/whatsapp)
FB : - http://www.facebook.com/keciksangat

Anda Juga Boleh membuat tempahan dan bayaran sendiri di link ini.
Tempahan anda akan sampai terus ke rumah anda..
http://bit.ly/1pWcokm

1 comment:

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...