30 June 2014

Testimoni Berjaya Hamil

Set Kesuburan Shaklee

Antara produk Shaklee yang terhangat selain ESP ialah GLA COMPLEX.  Bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.,InsyaAllah Set ini dapat membantu anda, kita hanya berusaha tanpa putus asa, rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah, berkat usaha dan doakan kita yang istiqamah akan diberikan rezeki oleh-Nya..

GLA COMPLEX MEMBANTU KEHAMILAN?

GLA COMPLEX SHAKLEE merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Antara fungsi GLA Complex ini adalah membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil. Apabila haid tidak teratur, maka amatlah sukar untuk menentukan hari subur anda. GLA Complex dapat menstabilkan dan menyeimbangkan hormon, dan mengatur semula haid. Maka peluang untuk  mendapat anak akan lebih cerah.

Selain itu, ia juga membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Pada hari subur, wanita akan menghasilkan sejenis cecair dan pastikan ianya berwarna putih telur (cecair berkualiti). Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Maka amat penting untuk mendapatkan cecair serviks yang subur dan berkualiti kerana peluang untuk hamil akan bertambah cerah...insyaAllah.


Tidak rugi mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai salah satu usaha sebelum berserah kepada-Nya.

Kelebihan

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
  • Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
  • Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.


28 June 2014

Testimoni Meal Shakes


SIAPA YANG PERLUKAN MEALSHAKES?

Ia sesuai utk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan ,  sembelit , , kanak-kanak obesiti. Juga sesuai utk sesiapa sahaja Ibu-ibu mengandung, menyusu, mereka yang baru lepas operation, dan juga mereka yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat. Juga bagi yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshakes ni datang dlm bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yg lazat. MealShakes ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Meal Shakes hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.







Cara Pengambilan Mealshake: 

 Kanak-kanak
  • Setengah sudu teh sehari untuk budak setahun ke 3tahun. 
  • Selepas 3 tahun boleh bagi satu sudu teh sehari. 

Dibancuh ke dalam minuman mereka. Jangan guna air panas mendidih. Beri anak minum air yang banyak untuk elak sembelit. 

Dewasa

  •  Sehari tidak lebih 4 sudu besar.

 Sekali bancuh 1-2 sudu besar bancuh bersama minuman kegemaran/ESP/PD

Meal Shakes boleh di kongsi untuk kegunaan seisi keluarga
HArga untuk Meal Shakes adalah RM113.75 Free Postage

Untuk Tempahan sila hubungi
Farah
011-27794946 ( sms/whatsapp )


CARA MENGATASI MORNING SICKNESS

Loya dan muntah semasa hamil trimester 1.? Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah ini semasa di awal kehamilan dan biasanya akan berlarutan sehingga ke 16 minggu. Sama juga lah dengan FArah masa ngandungkan Fiqar dulu...xboleh makan banyak..Mesti keluar balik... Makan sikit-sikit tapi kerap. Rase xbertenaga langsung time tuu... Ada juga yang tidak mengalami masalah ini atau ada juga yang mengalami mabuk hamil.Apa pun rezeki masing-masing. Setiap ibu mempunyai pengalaman mengandung yang berbeza.

Dekat sini Farah nak share sikit tentang morning sicness ini... DAn vitamin ape yang para ibu-ibu boleh atasi masalah ini.. InsyaAllah..


KELEBIHAN MORNING SICKNESS ATAU MABUK HAMIL


  • Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang atau bayi tidak cukup bulan.
  •  Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Hormon Hcg semasa hamil akan meningkatkan dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.
  • Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan bayinya.
  •  Ukuran placenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu sendiri tidaklah naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada placenta menambahkan ukurannya! Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.

Ini Set Supplement Shaklee yang Farah sarankan untuk atasi masalah morning sickness nie..


1.Peppermint-Ginger Plus
Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

2.B-Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg

Harga RM98.75 Free Postage
Berminat boleh hubungi
Farah
011-27794946 ( sms/whatsapp)

27 June 2014

Zinc Complex

Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Kebaikan Zink


  • Mengaktifkan 200 jenis enzim menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja
  • Penting dalam membentuk kolagen dan protin 
  • Memperbaiki diabetes yangmana ia membantu pengeluaran dan mengekalkan fungsi insulin
  • Bintik putih di kuku adalah petanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat pulih, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan
  • Membantu mempercepatkan proses baik luka - sebab tu dalam set pantang, dan pembedahan ada Zink
  • Memperbaiki masalah prostat - zink sangat penting untuk melindungi kesihatan prostat dan kualiti sperma. Zink ada dalam set kesuburan lelaki
  • Pengambilan zink dalam jangka panjang mampu perbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma & zink yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga
  • Ovulasi Wanita - penting untuk proses ovulasi dan zink complex membantu penguncupan uterus mengembalikan ketahanannya
  • Memperbaiki Radang Kulit (akne,jerawat,pigmentasi)

Zink Penting untuk Lelaki

  • Zink di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Ia memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang, dan rambut gugur. 

B-Complex

B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Khasiat vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga


  • Membantu penghadaman
  • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan


  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran


  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur


  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata


  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia


  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut


  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit



Vita-E Complex™


Vita-E Complex™

Vita-E complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


Kebaikan Vita-E


  • Melambatkan penuaan
  •  Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil 
  •  Pencegahan penyakit katarak
  •  Mencegah penyakit jantung
  •  Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Mengelakkan metabolisme
  • Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
  •  Memperbaiki peredaran darah
  •  Memelihara pembekuan darah
  •  Mengurangkan parut
  •  Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  •  Meningkatkan pengeluaran air mani
  •  Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  •  Menguatkan dinding kapilari
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Meningkatkan prestasi atlit
  •  Kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mencegah anemia
  •  Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
  •  Memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer
  •  Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
  •  Membantu kesuburan
  •  Merapatkan hubungan suami isteri

26 June 2014

Vitamin C ~ Shaklee

Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.


Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Keperluan Vitamin C dalam Badan:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



19 June 2014

PERFORMANCE DRINKS

Performance Drinks Sehebat 100 Plus


Minuman ni secara ringkasnya fungsi macam 100 plus tetapi TIADA GAS. Kelebihan nye lagi banyaklah dari 100 plus. Berupaya memgembalikan kehilangan bendalir dalam badan. Selepas aktiviti sukan juga sangat sesuai ambil ini. Performance dapat ganti balik garam dalam badan seletah peluh keluar dari badan.

Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee.Kerana ia berbeza dengan jenama yang lain.

Kelebihan Performance Drink Shaklee:


  • Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.




Persediaan Menghadapi Puasa Bersama PERFORMANCE DRINKS

Bulan puasa datang lagi. Bagi ibu yang menyusu badan terutamanya, Bulan puasaadalah bulan para ibu-ibu buntu dan risau susu akan merudum.Jangan bimbang mungkin ini boleh membantu semua. Bukan sahaja sesuai untuk ibu menyusu malah bapa juga boleh sama-sama mengambilnya.

Waktu sahur juga boleh membuatkan para ibu risau.Ada yang tidak gemar makan nasi ketika sahur. Risau jika sudah terlewat bangun, kesuntukan masa tidak tahu ingin menyediakan makanan yang mudah. Inginkan bersahur yang ringkas dan senang tapi boleh membuatkan kita tidak lapar di siang hari. Dan bertenaga sepanjang berpuasa.Inilah minuman yang mudah namun amat berkesan untuk mengawal kelaparan di siang 
hari.


16 June 2014

Set Berpuasa Shaklee

Persediaan Puasa Anda

Tips Elak Susu Ibu Sikit Sangat Semasa Berpuasa


Bulan puasa tinggal 12 hari lagi nak menjelma. Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi anda mesti takut susu kurang. Anda cepat letih dan lesu.
Di sini,Dila nak share cikit cara - cara yang boleh ibu-ibu sekalian buat. InsyaAllah dapat membantu.

 1.Jangan Risau  
Bila kita sentiasa fikir yang kita tidak mampu lakukan,secara automatik mengasilan susu kita juga akan terjejas... Jadi fikir secara positif.. Yakin yang menghasilan susu anda akan seperti biasa.. 

2.Mengamalkan pemakanan seimbang 
InsyaAllah pengeluaran susu badan tak jatuh mendadak. Walaupon di bulan puasa,makan juga perlu dijaga. Pemakanan Sewaktu berbuka dan sahur. Jangan main belasah jek.. Ingat,puasa 30 hari...Ambil makanan berkhasiat.Perbanyakkan makanan penambah susu seperti kurma, kucai, sawi, soya dan lain-lain

3.Minum air putih
 Banyakkan Minum air putih ketika berbuka dan sahur 3 liter sehari

4.Puasa Sunat
Buat puasa ganti atau puasa sunat bagi melatih pengeluaran susu supaya tidak terkejut apabila anda sedang berpuasa kelak

5.Supplement Tambahan
Supplement ibu menyusu yang membantu sebagai milk booster dan meningkatkan kesihatan 
  • ostematrix
  •  vitalea
  •  b complex
  • vita-c 
  •  alfalfa complex
6.Zikir dan Doa
Akhir sekali usaha yang paling penting dalam segala hal adalah banyakkan berdoa dan berzikir kepada 
Allah s.w.t .. Minta lah pertolongan dari-NYA. InsyaAllah,jika ingat DIA. DIA juga akan ingat kita.


Sebenarnya sangat berbeza keletihan ibu menyusu berbanding ibu yang tidak menyusukan. Ibu menyusu lebih cepat letih dan lapar disebabkan penggunaan kalori sebanyak 500 kalori setiap kali menyusukan bayi dan mengepam susu badan.

Sebab itulah performance drink shaklee dan ESP shaklee sangat membantu menangani masalah pengeluaran susu ibu jatuh merudum semasa berpuasa.

Anda Ada Gastik.? Boleh Puasa Ke.?

Jawapan nya
Boleh.

 4 punca utama gastrik:

1. Gemar mengambil makanan yang pedas 
Apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Suka makan Asam
 Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

3. Makanan berlemak/ berminyak 
 Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Tekanan / Stress 
 Walaupun ia tidak dilihat 'berkadar terus', namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.


Tips Ketika Berpusa

1. Elakkan bersahur atau berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak, berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu, burger, sosej, makanan bergoreng seperti nugget, kentang goreng dan sebagainya.

2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.

3. Elakkan meminum susu untuk berbuka puasa khususnya. Kerana susu adalah makanan yang berasid.

4. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat, gandum, muesli atau cornflakes sewaktu bersahur. Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.

5. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam dan waktu bersahur supaya perut anda tidak merembeskan lebih banyak asid.

Supplement Tambahan Untuk Pesakit GAstrik 

1. ESP
 Penghidap gastrik tidak digalakkan meminum susu. Namun, memerlukan sumber makanan tambahan yang mudah hadam dan mengenyangkan serta dalam masa yang sama memberikan tenaga untuk berpuasa. ESP mampu 'melapik' perut anda agar kenyang dalam jangkamasa yang lama.
2. Omega Guard 
 Menghalang saluran perut & usus daripada terkena ulser.
3.Peppermint Ginger Plus 
Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.
4.Alfalfa Complex 
 Mengurangkan kadar keasidan & inflamasi bagi mengelakkan rasa pedih perut.
5. Carotomax 
 Memelihara membran mukosa perut & usus.



Kelebihan Set Berpuasa Shaklee
1. MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.

2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa


Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.


14 June 2014

Tips Menyusu

Menyusukan bayi ( sebaiknya sehingga 2 tahun)  adalah idaman setiap ibu-ibu di muka bumi ini.. Tetapi tidak semua ibu - ibu mendapat peluang ini..


Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

  • gastroenteritis;
  • pneumonia dan bronkolitis;
  • jangkitan salur kencing;
  • ekzema;
  • jangkitan telinga.

Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan.

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda.

Persediaan untuk penyusuan badan

Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda. Ibu - Ibu juga boleh mendapatkan Vitamin tambahan untuk memperbanyakkan susu badan

Cadangan Vitamin :-


Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya.
Saya pernah mendengar ibu-ibu menghadapi masalah semasa penyusuan

Walaupun para wanita telah menyusukan bayi sejak berkurun-kurun lamanya, ia bukan selalunya mudah. Ramai yang menghadapi kesulitan pada peringkat awal.

Dalam enam minggu pertama, ketika bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut:

  • pembengkakan: buah dada yang sangat penuh.
  • mastitis: radang pada buah dada.
  • sakit puting.



Benarkah menyusu badan itu mudah?

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). Direktori Penyusuan Badan A-Z kami juga menawarkan lebih banyak sumber.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

Bolehkah saya menyusukan di tempat awam?

Walaupun anda rasa malu untuk menyusukan bayi di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Lagipun, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu.

Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang kerana ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah. Baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Walaupun sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusukan dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan keberatan untuk menyusukan bayi anda di tempat awam.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan hakikat bahawa cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat awam. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah.


Bolehkah saya teruskan penyusuan badan selepas saya kembali bekerja?

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda terpaksa berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan juga dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan.

Jika majikan anda maklum mengenai penyusuan badan, mereka tentu tahu bahawa ibu-ibu yang menyusukan kurang perlu mengambil cuti kerana bayi mereka tidak kerap jatuh sakit.








Set Resdung Shaklee

TIADA LAGI MASALAH BERSIN-BERSIN DAN BERHINGUS

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:


  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
Hubungi Saya:- 
Sms/Whatsapp :- 011-27794946
FB : http://www.facebook.com/keciksangat
Page : Dunia Kesihatan Anda




5 Cara Untuk Pilih Sumber Protein Yang Baik Untuk Badan

Assalamualaikum Cara Untuk Pilih Sumber Protein Yang Baik. #1 sumber tumbuhan atau haiwan.  sumber haiwan seperti daging merah mungk...

Popular Posts