Anda Sedang Hamil.? Ketahui 15 Simptom Kehamilan Yang Perlu Anda Risau

Anda sedang hamil.? Baru pertama kali hamil.? Tidak kira pertama kali atau sudah berkali-kali. Anda perlu tahu tanda-tanda yang berlaku yang perlu anda risau,kerana setiap kehamilan @ setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Mungkin 10% akan sama. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati.



Simptom Kehamilan Yang Perlu Dirisaukan

1.Saya rasa sakit pada bahagian tengah perut


  • Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud. 
  • Anda mungkin mengalami - ketakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut,keracunan makanan.



  • Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera. 

2.Saya rasa sakit pada bahagian bawah perut


  • Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara.
  •  Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:kehamilan ektopik,keguguran,kelahiran pramatang,fibroid menyusut dan berdarah.
  • Pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya).

3.Saya demam


  • Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.
  • Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. 

4.Penglihatan saya kabur dan saya nampak tompok-tompok bersinar


  • Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:


  1. penglihatan berganda;
  2. penglihatan kabur;
  3. penglihatan malap;
  4. ternampak tompok-tompok bersinar;
  5. ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.


  • Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia. 

5.Tapak tangan dan tapak kaki saya bengkak


  • Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia. 

6.Saya mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang


  • Jika anda mengalami sakit kepala lebih dari dua atau tiga jam, disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia. 

7.Saya mengalami pendarahan faraj


  • Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius.
  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

8.Cecair keluar daripada faraj saya


  • Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang. 



  • Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam. 

9.Tiba-tiba saya rasa sangat dahaga


  • Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi). Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda. 

10.Saya rasa perit semasa membuang air kecil


  • Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik. 

11.Saya tak berhenti muntah


  • Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. 



  • Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda. 

12.Saya rasa pening dan hendak pitam


  • Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. 

13.Pergerakan bayi saya semakin perlahan


  • Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan. 

14.Saya rasa gatal seluruh badan


  • Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. 



  • Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda. 

15.Saya terjatuh dan perut saya terhentak


  • Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 



  • Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat. 




Segeralah berjumpa doktor anda anda mempunyai sebarang keraguan dan masalah yang anda tidak pasti akibatnya. Ini kerana pengalaman lalu dan pengalaman orang lain mungkin berbeza dengan keadaan kita. Mungkin situasi yang sama TETAPI risiko yang berbeza. 





Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor