30 January 2020

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS



Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenal pasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. 

Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). 

Ini menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.

Tanda-tanda Endometriosis

Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa.

Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan :

  • Jangkitan kuman pada pangkal rahim
  • Kesukaran untuk hamil
  • Keguguran yang berulang


Apabila seorang wanita mengalami sakit senggugut yang keterlaluan pada usia muda 20an, elok menjalani pemeriksaan.

Antara tanda senggugut yang kuat


  • Rasa sakit yang luar biasa ketika haid dan semakin lama rasa sakit akan menjadi semakin kuat.
  • Rasa sakit pada kawasan punggung terutama sekitar tulang ekor.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual atau selepas melakukannya.
  • Rasa sakit seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid.
  • Berlaku pendarahan yang tidak normal di antara kitaran haid.
  • Rasa letih dan mudah penat ketika datang haid. Selalunya rasa sakit ini berulang-ulang setiap kali haid datang dan ubat-ubat yang dibeli dari farmasi selalunya berkesan untuk seketika saja.

Moga sharing ini memberi manfaat dan kesedaran buat semua wanita. Jika dah ada tanda-tanda endometriosis, sila dapatkan rawatan di hospital segera. 


Sharing With Love

Kecik
🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...