14 January 2020

Awasi Keputihan Ketika Hamil . BAHAYA!!!

Keputihan adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku dalam kalangan wanita. Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah keputihan yang lebih banyak berbanyak wanita yang tidak mengandung. Jika keputihan berwarna jernih, tiada masalah.

Tetapi apabila ia bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan, mengeluarkan bau yang kuat dan kegatalan di luar Faraj, ia adalah keputihan Abnormal yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.

Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.

Kesan Buruk Keputihan Abnormal Kepada Janin

1. Sawan

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.


2. Gangguan pernafasan kepada bayi

Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.

3. Kelahiran pra-matang

Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.


4. Jangkitan mata


Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi
sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu hamil yang mungkin sedang mengalami masalah keputihan. 

Jika berlanjutan atau kelihatan serius, bolehlah bertanyakan kepada doktor tentang masalah ini.

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...