18 December 2019

11 TIPS BUAT SUAMI BANTU MENGINDAHKAN PROSES KEHAMILAN, KELAHIRAN, BERPANTANG & PENYUSUAN SUSU IBU ISTERI 😍😍


Tak dapat buat semua ke 11 tips ini. Dapat buat sebahagian pun sudah mampu membuatkan isteri senyum bahagia 😊


11 BANTUAN INI MAMPU MEMBUATKAN SI ISTERI SENYUM BAHAGIA


  • URUT ISTERI 

Urut isteri di bahu, bahagian belakang, pinggang & kepala. Urutan jgn terlalu kuat.. cukuplah sekadar menghilangkan lenguh dan melegakan. Masa nak urut tu minta isteri dalam keadaan relax. Ada 2 lagi aktiviti yang boleh mengindahkan proses kehamilan isteri.



  • BAWA ISTERI BERENANG 

Ramai pregnant mommy yang tak biasa dengan aktiviti ni. Percaya atau tak, berenang adalah antara senaman paling selamat & bagus utk ibu hamil. Kalau tak pandai berenang, isteri boleh berpaut kepada leher suami sambil-sambil tendang-tendang dalam air. Kalau pandai berenang lagi bagus 😊


  • BANTU ISTERI INDAHKAN EMOSINYA 

Masa isteri muntah2 tu tolonglah urut2 belakang isteri, bantunya untuk kembali ok. Kesian isteri. Bawa isteri jalan2... bahagiakan dia.. cakap perkara2 baik & tenangkan hatinya... Belikan makanan yg isteri suka... sama2 tonton movie yg best... dan kerapkanlah luah rasa cinta dan sayang tuan terhadap isteri.... insyaAllah moodnya akan bertambah best 😊


  • BERBUAT BAIK, PELUK, SAYANG & CINTAI ISTERI SEPANJANG MASA 

Isteri kita tak pernah suka & tak minta untuk lalui mood up & down. Emosinya ketika hamil tak stabil disebabkan perubahan hormon. Make sure kerapkan peluk, cium & luahkan rasa sayang & cinta tuan kepada isteri. Isteri nak perhatian tu... have fun ya 😊


  • ELAKKAN SEBUT PERKATAAN PERKATAAN YANG BOLEH SAKITKAN HATI ISTERI 

contoh : "awak ni asyik tido je" kena igt ya... masa menyusukan anak kudrat isteri terlalu lemah.. bantulah dia.. Isteri perlukan lebih rehat... lebih tidur... lebih makanan & lebih minuman berkhasiat...😊


  • URUTAN PERINEUM 

Selain kerap bersama di akhir akhir kehamilan, pastikan tuan buat urutan perineum buat isteri. Tangan isteri tak sampai tu... huhu..


  • BANYAKKAN MEMBACA 

Ramai isteri melalui kemurungan, stres dan meroyan sebab suami tak faham & tak ambil tahu apa yang dilalui isteri. Sebab tu suami kena membaca ilmu2 kehamilan untuk tahu apa yang dilalui isteri. 


  • PASTIKAN ADA DENGAN ISTERI DI DALAM LABOUR ROOM

Jangan pengsan ya tuan 😊 Ada banyak perkara tuan perlu buat & ingatkan isteri sebelum, semasa & selepas berada dalam labour room. 


  • PERANAN SUAMI MASA ISTERI BERPANTANG

Jangan sesekali biar isteri buat itu ini masa pantang. Pastikan isteri tuan banyak berehat & focus untuk menyusukan anak. 

Pulmonary Embolism boleh hadir & meragut nyawa isteri tanpa sedar jika isteri terlalu stres & penat. 

Sebaiknya sentiasa ada bersama isteri, uruskan makan minum, mandi & anak-anak 😊


  • HADIAHKAN ILMU BUAT ISTERI 

Masa pregnant isteri perlukan kata-kata semangat. Isteri perlu tahu apa yang dilaluinya dan bagaimana nak handle. 

Cari buku yang ada panduan terbaik buat isteri tuan dari merancang kehamilan, kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan susu ibu. 


  • INDAHKAN PROSES MENYUSUKAN ANAK ISTERI

Tolong urut belakang isteri, tolong bantu isteri jaga anak, tolong basuh botol susu anak, & banyakkan membaca mengenai cara penyimpanan susu ibu.


  • HADIAHKAN SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK ISTERI


Pilihan terbaik dah semestinya Set Kehamilan Shaklee . 

Dapatkan info Set Shaklee di sini >> SET HAMIL SHAKLEE 

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...