01 September 2018

BEAUTIFUL JOURNEY, DARI INGIN HAMIL, SEMASA HAMIL, BERPANTANG DAN BREASTFEEDING

Assalamualaikum 

Saya A'bidatul Mu'tadillah bt Motolani berumur 35 tahun. Saya mula menjadi pengguna dari tahun 2014. Semua nye bermula untuk ikhtiar sihat.Alhamdulillah kesihatan saya menjadi semakin baik dengan usaha konsisten makan vitamin.

Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum vivix dan b complex. Untuk repair mana-mana sel badan yang rosak dan tak sihat. B complex adalah bekalan untuk HB yang baik. Disamping usaha untuk anti stres dan juga kecantikan. sebenar ada niat dihati andai diberi peluang dan rezeki nak baby..ha ha ha.hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi kesekolah.anak sulung berumur 10tahun dan yang kedua 8tahun masa tu. Hidup menjadi sangat selesa.

Alhamdulillah pada bulan mac saya disahkan mengandung. Huh masa tu antara percaya dengan tidak. Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ni. Oleh kerana ni baby yang ditunggu-tunggu jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil. Alhamdulillah alahan tu ada tapi tak de lah teruk. Masa ni saya makan vitamin c,b complex,vitalea dan ostematrix.

Masuk bulan kedua buka lah buku pink. Masa ni semua sejarah dirungkai. Ha ha ha.saya ade sejarah tyroid. Tapi masa tu tak tau jenis yang mana. Rupanya dia mengganggu apabila saya mengandung. Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon. Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.sepanjang kehamilan saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19kg. Ni kalau masa normal menari-nari saya seronok.kurus gitu.

Maka sepanjang kehamilan saya dipantau oleh doktor pakar dari hospital besar ipoh.setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tyroid saya terkawal.Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan tyroid saya semakin stabil. Saya terus konsisten dengan set kehamilan shaklee. Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya In syaa Allah semua akan ok.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas. Walaupun ade hypertyroid saya kekal aktif hingga ke hari bersalin. Saya juga perlu hadir kekuliah sebab masih menyambung study. Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Belum lagi bila terpaksa berjam-jam duduk didepan komputer untuk menyiapkan esaimen. Saya enjoy sepanjang kehamilan. 

Berkat konsisten ostematrik saya tidak mengalami sakit gigi,kejang -kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit. Kandungan sebelum ini semua tu saya lalui.

Tanggal 14/12/2017 maka lahirlah baby bam bam. Dalam ibunya susut tapi baby Alhamdulillah 4kg semasa dilahirkan. Disebabkan overdue 40minggu 9hari dan berat semasa di scan 3.9kg. Walaupun sudah turun tanda tapi baby tidak berada dijalannya. Makanya emergency czer lah.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin. Maka saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad. Usah cakap la rasa lapar nya tu kan. Mula puasa pukul 8 pagi pukul 11 malam baru boleh makan. Ha ha ha. Suami dah tunggu dekat wad. Tau ape yang dibawa nye..VIVIX. Saya tak fikir apa dah minum 2 sudu besar vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja. Sebab saya perlukan tenaga untuk diri saya dan juga baby. Sebab baby dah mula menyusu dan baby bersama dengan saya. Sepanjang malam tu Alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.

Sepanjang berpantang saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan vivix,alfalfa dan lecithin. Sedia maklum ibu yang bersalin pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena dipastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik. 

Ibu bersalin tak lari dari masalah bengkak susu.Alhamdulillah dengan lecithin sangat membantu.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah ditingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.


Alhamdulillah diatas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...