Apa kabar ibu-ibu semua. Harap ibu-ibu semua dalam keadaan yang baik. Nikmati pengalaman penyusuan dengan tenang .
Ada masalah dalam penyusuan.? Tak apa, jangan putus asa. Jangan rasa diri itu tak berguna. Jangan stress kerana ia mempengaruhi penghasilan susu.
Kecik juga ada masalah penyusuan di awalnya. Masalah puting breast pendek dan terpaksa sambung dengan puting botol.
Setiap ibu menyusu ada pengalaman sendiri yang akan menjadikan ibu-ibu lebih matang dalam mengendalikan urusan penyusuan untuk tempoh seterusnya..
Hari nie jemput baca kisah Ibu Irni dalam urusan penyusuan. Moga kisah ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu semua . 😀
Pengalaman Menyusukan Anak Kembar
Hai, Irni nak share tentang kisah penyusuan susu ibu anak2 Irni. Anak sulung Irni anak kembar. Masa tu, Irni tak pandai nak susukan baby serentak.
Baby terpaksa beratur untuk menyusu. Masa dalam pantang, tersandar kat dinding tak bergerak2. Sebab masa tu Irni menyusu baby sambil duduk.
Lepas sorang, sorang lagi pulak, lepas tu yg first tu pulak nak menyusu. Penat sangat rasa. Malam2 pun bangun menyusu, tak cukup tidur. Baby pulak jenis suka nangis.
Pernah tu, nak pegi mandi, mak tolong jaga baby. Irni pun dah ngantuk sangat, tidur sampai rasa macam pengsan. Tak sedar apa tidur, memang penat sangat2 rasa.
Baby Irni kan jenis suka nangis masa tu, dah la nak menyusu kena beratur. Last sekali, mak suruh campur dengan susu formula sebab mak cakap baby macam lapar, tak cukup susu.
Lagipun mak kesian kot tengok kita macam penat sangat2 kan. Masa tu susu Irni memang banyak, sedih la jugak orang cakap anak kita tak cukup susu.
Lagipun kesian jugak, baby kena beratur nak menyusu, last sekali masa hari ke 21, Irni terpaksa jugak campur susu. Sedih sangat tau masa tu, menitis jugak la air mata sebab masa tu sebenarnya Irni dah nekad nak susukan baby sepenuhnya kan.
Lepas campur susu formula, Ya Allah legaaaa sangat rasa. Badan tak penat sangat sebab baby dah kenyang minum susu formula. Susu formula kan lagi susah dihadam berbanding susu ibu.
Bila dah start campur, macam kita ni berada dalam comfort zone. Sebab badan tak penat nak menyusu kan.
Tapi, macam2 la, baby sembelit la, baby mudah demam la. Memang Irni perasan baby Irni yg campur dengan susu formula dengan baby yang full breastfeeding, sistem imun dia jaauhhh beza.
Kalau dulu selalu EL sebab anak demam, sekarang, anak yg ni dapat full bf, jarang sangat2 dah demam. Alhamdulillah anak sihat. Kalau demam pun, cepat kebah.
Sebab tu, selagi boleh, kalau Allah bagi rezeki susu kat anak kita, kita cuba lah bagi full bf kat baby. Its not only about bagi susu untuk kenyang, tapi lebih dari tu.
Susu ibu ibarat benda hidup, keluar dari badan ibu, penuh antibodi dan hormon kasih sayang untuk anak kita sendiri.
Kalau dah campur dengan susu fm, belum terlambat untuk kita cuba bagi susu ibu sepenuhnya untuk anak kita. Selagi kita NAK, u yourself will find the way. Orang lain tak boleh paksa.
Apa pun, happy breastfeeding mom!
Sharing With Love
Your Shaklee Health Consultant & Business Leader
Kecik
ID 1116479
WhatsApp : 01127794946
No comments:
Post a Comment