21 August 2018

Bagaimana untuk memastikan bayi anda mendapat susu foremilk dan hindmilk dengan seimbang?

Assalamualaikum

Susu ibu sangat banyak manfaat dan ibu sangat disarankan untuk menyusukan bayi anda sendiri dengan susu ibu sehingga mereka berusia 2 tahun.

Khasiat susu ibu memang tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat pelbagai manfaat yang menakjubkan. Ada bayi yang menyusu susu ibu mempunyai badan montel, sihat walafiat. Ada juga bayi yang kelihatan kurus sedangkan dia menyusu susu ibu.

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkannya. Salah satunya ada kebenaran perkaitan dengan foremilk dan hindmilk. Sebab itu kita kena kenal dan tahu untuk mudah kita perhatikan anak-anak kita terutama yang menghadapi masalah dalam pertambahan berat badan.

Awal kelahiran ibu akan mengeluarkan “kolosterum” dari payudaranya. Masa ini belum lagi keluar air susu. Dalam jam-jam pertama kelahiran, cecair emas ini (kolusterum) sangat perlu diberikan pada bayi anda.


Ia mengandungi antibodi yang boleh membuatkan bayi anda sihat dan terhindar dari jangkitan. Sangat-sangat rugi jika ibu-ibu terlepas salurkannya kepada bayi.



Perbezaan Hindmilk dan Foremilk


Foremilk bertekstur lebih cair kerana ia kurang lemak tetapi kaya dengan laktosa. Ini tidak bermakna ianya tidak bagus kerana fungsinya boleh menghilangkan dahaga pada bayi.

Apabila bayi menyusu, foremilk akan diterima olehnya dahulu yang mana boleh menghilangkan dahaga bayi. Diikuti selepas itu barulah hindmilk akan menyusul.

Dapat diperhatikan semasa cuaca panas, ibu akan lebih banyak mengeluarkan foremilk ini. Sungguh ajaib ciptaan Tuhan yang memberikan fungsi susu ibu sebegini rupa.

Hindmilk pula adalah susu yang rendah laktosa dan tetapi kaya dengan lemak. Ianya bertekstur lebih berkrim. Ia mengandungi banyak kalori untuk bantu pertumbuhan bayi.


Maka lengkaplah keperluan bayi kerana ia menerima foremilk yang kaya dengan laktosa untuk tenaga dan pertumbuhan otak manakala hindmilk kaya dengan kalori untuk bantu perkembangan pertumbuhan bayi.

Apa akan jadi jika baby tidak mendapat susu foremilk dan hindmilk yang seimbang?


Bayi boleh mendapat susu foremilk yang lebih banyak berbanding hindmilk apabila ibu mempunyai susu yang terlalu banyak. Sebelum sampai susu hindmilk, bayi sudah kenyang, atau mungkin dan tertidur.

Susu foremilk kaya dengan laktosa. Lebihan laktosa menyebabkan najis bayi berwarna hijau dan lebih berasid.

Simptom bayi tidak mendapat susu foremilk dan hindmilk yang seimbang adalah :



  • Najis berwarna hijau
  • Bayi banyak buang air besar
  • Perut kembung
  • Bayi sentiasa nak menyusu, tapi nampak macam tak kenyang
  • Ada darah dalam najis
  • Berat susah naik
  • Ruam lampin sebab najis lebih berasid



Adakah Bermakna Badan Mengeluarkan 2 Jenis Susu Yang Berbeza?


Tidak. Susu badan ibu adalah hanya satu jenis sahaja dan ia sudah pun dihasilkan di sel yang mengeluarkan susu. Apa yang membezakan ia menjadi terbahagi dua adalah apabila proses pengumpulan di salur susu itu dan tempoh masa ia dikeluarkan.

Perjalanan masa itu membuatkan bahagian susu yang “lebih berair” akan jatuh dulu ke bahagian puting susu diikuti dengan hindmilk tadi yang lebih berkrim.


Sebab itulah semakin lama jarak masa antara penyusuan dengan penyusuan seterusnya akan memberi kesan pada tekstur susu itu sendiri. Jarak yang lama akan menyebabkan susu badan lebih cair.

Bagaimana untuk memastikan bayi anda mendapat kedua-duanya dengan seimbang? 


  • Susukan bayi anda sebelah payudara lebih lama. Jangan suka tukar-tukar payudara. Baru lima minit payudara kanan, sudah tukar kepada payudara kiri. Akibatnya ada kemungkinan bayi anda tidak sempat mendapat hindmilk. 
  • Susukan bayi anda dengan kerap, jangan jarakkan masa terlalu lama antara satu penyusuan dengan yang seterusnya. Tempoh penyusuan jarak yang terlalu lama akan membuatkan lebih banyak susu yang cair dihasilkan. Akhirnya bayi akan kenyang dengan foremilk tanpa sempat mendapat hindmilk.


Nikmati perjalanan penyusuan ini dengan penuh keihklasan dan kasih sayang. Semoga lebih ramai ibu-ibu akan berjaya menyusukan bayi mereka lebih lama.





Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

Klik  Untuk Belian Set Penyusuan Shaklee Secara Kad Kredit / Debit Kad >> SET MENYUSU SHAKLEE





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...