15 August 2018

5 Tips Penyusuan Bayi Kembar

Assalamualaikum

Hari nie Kecik share serba sedikit tips penyusuan bayi kembar..

Tips Penyusuan Bayi Kembar


1. Mencari ilmu penyusuan semasa hamil

Semasa hamil lagi,kita sudah perlu mencari ilmu penyusuan sebanyak mungkin, terutama jika kita sedang mengandungkan anak pertama.

Jika ada kelas tentang penyusuan, Kecik sarankan agar menghadiri kelas penyusuan untuk mengetahui teknik penyusuan yang betul dan mempunyai maklumat yang cukup tentang penyusuan.

2. Menyusu kedua-dua bayi serentak

Menyusu ke dua-dua bayi serentak amat menjimatkan masa dan mereka tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu.

Penggunaan bantal menyusu sangat membantu jika kita ingin menyusu kedua-dua bayi serentak.

Penggunaan bantal menyusu boleh menyokong bayi dan membuatkan kita dan bayi berasa lebih selesa. Bantal ini boleh dibeli sebelum bersalin supaya kita dapat terus menggunakannya selepas bersalin.

3. Khaskan sebelah payudara untuk kembar pertama dan satu lagi untuk kembar kedua

Supaya kedua-dua bayi mendapat foremilk dan hildmilk yang mencukupi.

Contohnya kembar pertama menyusu sebelah kanan, biarkan dia kosongkan payudara sebelah kanan dan kembar kedua mengosongkan payudara sebelah kiri.

Susu pada bahagian hadapan payudara lebih cair dan susu di belakang payudara lebih pekat. Jadi apabila mereka menggunakan payudara yang sama, mereka akan mendapat susu cair dan susu yang pekat itu.

Selain itu, jika kita telah khaskan kembar pertama sebelah kanan dan kembar kedua sebelah kiri, kita akan dapat mengetahui yang mana belum menyusu dan akan mengejutkan kembar yang belum menyusu agar bangun menyusu.


Sekali sekala, kita boleh menukar payudara, contohnya kembar pertama tukar ke payudara kiri dan kembar kedua tukar ke payudara kanan.

Pastikan ketika itu, susu telah penuh kembali setelah dikosongkan. Dan yang paling penting, kita kena ingatlah yang mana dah menyusu, yang mana belum. Jangan susukan bayi yang sama pulak..Hehe

4.  Pam susu apabila ada masa terluang

Menyusu dua orang bayi pastinya tidak sama dengan menyusukan seorang bayi. Jika ada masa terluang, curi masa untuk pam susu.

Stok susu adalah sangat penting apabila kita ingin berehat.

Kadang-kadang, badan terlampau penat dan kita ingin berehat. Jika kita ada stok susu, seseorang boleh membantu kita memberi susu kepada bayi menggunakan sudu @ botol.

Tapi jangan guna botol susu terlalu awal tau, nanti ditakuti bayi tak nak menyusu dengan kita. Stok susu juga penting semasa kita sedang berurut dengan tukang urut dan lain-lain.

5.  Makan makanan yang seimbang dan minum air yang cukup

Makan makanan yang seimbang bantu susu kita lebih pekat dan banyak. Kalau makan nasi, tak de sayur, tak de buah, setakat ada sejenis lauk je, boleh nampak tau, susu kita nampak macam cair je kalau pam.

Jadi, penting sangat ibu-ibu makan makanan yang berkhasiat supaya dapat cukup nutrien dan baby kita pun boleh dapat yang terbaik.

Air yang cukup pun sangat penting untuk elakkan badan ibu dehydrated. Kalau badan ibu dehydrated, nanti ibu boleh jadi cepat penat.

Boleh share pada kawan-kawan yang ada atau tengah mengandung anak kembar. Semoga berjaya.



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...