30 August 2018

5 Tanda Baby Kita Cukup Susu Badan

Assalamualaikum

Kebanyakan dari kita tidak pasti, susu yang baby minum cukup ke tidak. Rasanya baby dah minum lama dah, tapi bila tak bagi je, menangis. Masih tercari-cari lagi susu. Kita sebagai ibu ni mula la rasa risau, tak cukup susu ke? Nak kena tambah susu formula ke?



No no no. tak perlu risau sebab.? Meh tengok saiz perut anak kita.


Tanda Baby Cukup Susu Badan


  1. Payudara terasa lembut selepas sesi menyusukan, sebab baby kita telah ‘mengosongkannya’.
  2. Selepas setiap kali sesi penyusuan, baby kelihatan tenang dan berpuas hati.
  3. Selepas kehilangan sedikit berat badan selepas dilahirkan, baby kita berterusan naik berat badannya (kebanyakan baby akan kehilangan berat badan mereka sebanyak 5-9% daripada berat semasa mereka dilahirkan, dan akan bertambah semula berat badan mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
  4. Beberapa hari selepas dilahirkan, baby kita akan mendapat susu pertama yang digelar kolestrum. Pada waktu ini, baby kita cuma akan menggunakan 1-2 lampin basah sehari. Tapi selepas susu kita dah banyak, baby akan menggunakan 6-8 lampin kain (cloth diapers) ataupun 5-6 lampin pakai buang (pampers) sehari. Tapi ini bergantung juga pada baby kita.
  5. Pada bulan pertama, baby kita akan buang air besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan menjadi kuning keemasan bermula pada hari ke-5 selepas kelahirannya. Bila usianya dah menginjak 1 bulan, aktiviti membuang air besar ini akan berkurangan. Seringkali juga terjadi, baby yang menyusu sepenuhnya susu ibu ni tak membuang air besar pun sehari. Tapi takpe, bila baby dah mula makan pada usianya 6 bulan, membuang air besar sehari sekali akan menjadi rutin sehariannya.

Tanda Baby Tidak Cukup Susu

  1. Baby kehilangan berat badan yang berterusan. Anda perlu perhatikan, sekiranya baby kehilangan berat badan secara berterusan selama 5 hari, bersegeralah berjumpa dengan doctor.
  2. Baby hanya menggunakan kurang dari 8 lampin kain ataupun 6 pampers dalam masa 24 jam, selepas 5 hari kelahirannya.
  3. Selepas hari ke-5 kelahirannya, baby anda masih mempunyai najis yang sedikit dan berwarna gelap.
  4. Warna urine baby anda sedikit gelap iaitu seperti warna jus epal (sekiranya urine baby pudar atau jernih, ini menandakan ia mendapat susu yang mencukupi, tapi sekiranya ia lebih pekat, ini menandakan yang baby tidak mendapat susu yang cukup)
  5. Payudara tidak rasa sebarang perubahan. Tidak menjadi lebih lembut seperti sebelumnya
  6. Anda tidak mendengar baby menelan susu yang diminum. (Tapi ada sesetengah baby memang senyap je dan kita tak dapat nak dengar bunyi telan pun. Jika baby anda tergolong dalam kategori ini, jangan risau ye)

Sekiranya anda mengalami masalah susu merudum, jangan sedih. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan penghasilan susu. Anda boleh Makanan Penggalak Susu Ibu yang boleh membantu membantu penghasilan susu ibu.

Anda juga perlu melakukan Power Pumping setiap hari untuk menghantar signal ke otak yang anda memerlukan lebih banyak susu untuk baby anda.

Yang penting jangan stress, banyakkan minum air masak dan kerap menyusukan dan mengepam untuk si manja. Inshaa Allah, usaha yang tidak putus akan dibayar oleh Allah.

Semoga kita semua dapat menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun, seperti yang telah disyariatkan oleh-Nya.

Bagi yang ada masalah Puting Tengelam, ini adalah penyelesaian nya >>  Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...