Selepas bersalin, siapa yang melalui masalah rambut gugur.? Keguruan rambut sampai rasa nak botak dah kepala.
Ini kerana selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang dalam fasa “berehat” semasa kita hamil, kini mula berguguran satu persatu.
Setiap bahagian pada tubuh kita memerlukan pemakanan yang seimbang, begitu juga dengan rambut yang lebat dan bersinar.
Selain itu, tabiat merokok, ketidak seimbangan hormon dan kekurangan tidur adalah antara faktor yang turut mempengaruhi.
Jom kita cuba kawal masalah keguguran rambut nie.
Makanan Untuk Rambut Sihat Dan Cantik
1. Telur
- Selain terkenal dengan sumber protein yang tinggi, telur juga kaya dengan mineral penting iaitu Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat besi.
- Zat besi sangat penting untuk pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut. Selain mengakibatkan anemia, kekurangan Zat Besi boleh mengakibatkan kerosakan pada rambut.
- Vitalea with Iron Formula yang dirumus khas dengan Zat besi ini boleh diamalkan.
2. Tiram
- Tiram atau kerang kaya dengan Zinc. Bila tubuh kita kekurangan zinc, semua bulu yang ada pada badan akan gugur termasuklah bulu mata kita.
- Selain dari tiram, zinc juga boleh didapati daripada cereal gandum.
- Tapi yang membuatkan tiram ini lebih istimewa, ia mengandungi protein yang tinggi. Anda perlu tahu bahawa rambut kita terdiri daripada 97% Protein.
- Pengambilan ESP Soy Protien dalam hal ini memang sangat membantu.
3. Walnut
- Ia merupakan satu-satunya keluarga kekacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3. Ia juga kaya dengan Biotin dan Vitamin E yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA.
- Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kerosakan rambut.
- Vitamin B-Complex mengandungi Biotin yang dapat membantu melindungi rambut.
4. Ikan Salmon
- Salmon kaya dengan Protein, Vitamin D serta Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut. Namun begitu, Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, ia perlu diambil dari makanan.
- Pengambilan Omega Guard yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3 juga sangat membantu.
5. Keledek
- Keledek yang sangat manis ini adalah sumber beta-carotine. Bila dah masuk dalam badan, ia akan bertukar menjadi Vitamin A.
- Pada dasarnya, setiap sel dalam tubuh sangat memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima.
- Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kehadiran kelemumur dan juga gatal-gatal pada kulit kepala.
- Pengambilan Carotomax boleh membantu.
Petua Kurangkan Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Beberapa petua yang boleh anda cuba untuk atasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
- Lumurkan kepala dengan minyak yang dimasak sendiri ataupon kalau tiada tu boleh lah pakai santan segar.
- Goreng beberapa biji buah keras (tanpa minyak). Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak Zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya.
- Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan diseluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
- Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan 15- 30 minit. Amalkan tiga kali seminggu.
- Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya =)
Penjagaan rambut yang rapi boleh membuatkan keyakinan individu itu bertambah. Tidak risau bila berdepan dengan orang ramai.
Selamat Mencuba =)
Sharing With Love
Kecik
ID 1116479
No comments:
Post a Comment