Ibu yang bersalin secara pembedahan lebih ekstra penjagaan diri semasa berpantang kerana luka pembedahan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun luka luaran kelihatan sudah sembuh.
Farah juga sudah 2 kali bersalin secara pembedahan. Pertama pada tahun Jan 2013, yang kedua Mei 2017. Pengalaman penjagaan kali pertama bersalin secara caesarean di jadikan panduan untuk penjagaan bersalin kali kedua nie..
Walaupun dah 2 kali caesarean, tapi apa yang di lalui tetap berbeza. Sakit bertambah. Penjagaan 2 kali ganda. Tempoh kehamilan semula perlu lebih jarak.
Bermacam-macam tip dan petua yang dikongsi tentang penjagaan ibu bersalin caesarean. Tak salah untuk mencuba salah satu daripadanya, mana tahu ia paling serasi dengan anda.
6 Tips Penjagaan Luka Caesarean
1. Pastikan tempat jahitan cepat kering terutama selepas mandi. Boleh guna pengering rambut untuk cepatkan ia kering.2. Jaga pemakanan semasa berpantang. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Amal makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, cuka kurma atau delima, badam, kurma. Luka cepat sembuh dan bahagian dalaman juga cantik.
4. Amalkan makan banyak sayur sawi dan minum jus oren sunkist untuk luka cepat sembuh. Mengamalkan pengambilan Vitamin C seawal kehamilan, membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Dose vitamin C boleh di tingkatkan selepas kelahiran. Farah ambil 4 biji vitamin c setiap hari. ( 2 pagi , 2 malam ) . Vitamin C Shaklee pilihan ku.
5. Semasa pantang banyak makan sup ikan haruan.
6. Elakkan mengangkat objek berat dalam jangka masa yang lama.
Amalan minum air gamat dan pati ikan haruan hanya boleh diminum oleh ibu selepas tempoh sebulan dan ke atas lepas bersalin itu pun dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan sebarang risiko adhesion colic.
Adhesion colic ialah keadaan di mana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman.
Kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan dijangka melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, bolehlah gunakan tip ini. Semoga luka bersalin anda cepat sembuh.
Sharing with Love ❤❤
No comments:
Post a Comment