Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.
Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah).
Tahap Kanser Payudara Yang Perlu Diketahui
# Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
# Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
# Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
# Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.
Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Faktor Kanser Payudara Boleh Berlaku
# 1. Umur
- umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
- Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi.
- 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
# 2. Sejarah Keluarga
- terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya.
- Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
# 3. Sejarah Mengidap Kanser
- pesakit yang pernah menghidap kanser payudara sebelum ini.
- Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara boleh kembali.
- Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
# 4. Haid Awal
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun)
- putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
# 5 . Melahirkan Anak
- Tidak pernah melahirkan anak
- melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Tanda-Tanda Penyakit Kanser Payudara
- Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
- Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
- Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
- Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
- Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Cara Pencegahan Kanser Payudara
- Lakukan pemeriksaan berkala bagi payudara anda.
- Lakukan urutan payudara seminggu sekali
Lakukan gerakan urut bermula dari arah putting ke luar. Tekanan yang sederhana sahaja. Tekanan yang terlalu kuat boleh membuat pembuluh darah limfa tertekan dan menghentikan aliran racun dan cairan lainnya. Urutan sebaiknya dilakukan secara perlahan agar boleh mencapai hasil yang maksima (Gambar 1).
Urut payudara dengan kedua tangan, seperti gerakan meramas secara hati-hati dan perlahan dengan gerakan pusingan jam dan sebaliknya. Perhatikan, jangan tekan payudara terlalu kuat. (Gambar 2 dan 3).
Lakukan gerakan seperti gambar 4 dengan tekanan sedang. Gerakan ini dipercayai bermanfaat untuk melancarkan peredaran cairan dari payudara.
Waspada : – Jika semasa mengurut payudara, anda boleh merasakan adanya benjolan jangan panik.
Anda boleh teruskan urut dengan sekerap yang mungkin tetapi jika ia dirasakan bertambah memudaratkan, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Urut sebaiknya tidak dilakukan lagi pada zon yang terdapat benjolan itu.
Cegah Kanser Dengan Resveretrol
Resveretrol dalam vivix berupaya membantu membantutkan pembentukan sel kanser?
Apoptosis ini adalah satu proses kematian sel yang rosak dan diganti dengan sel yang baru. Sel rosak inilah yang berpotensi menjadi kanser.
Dalam kajian yang dibuat dalam artikel ” Role of Resveretrol In Prevention And Therapy Of Cancer: A review of preclinical & Clinical Studies By Bharat B
Aggarwal, The University Of Texas M.D. Anderson Cancer Center” menyatakan:
Resveretrol mempunyai potensi hebat dalam mencegah dan terapi untuk tumor.
Resveretrol dipercayai dapat mencetuskan proses apoptosis dalam sel seperti pada payudara, prostat, usus, pankreas.
Pada Oktober 2006, Saya didiagnos mengidap Barah Payudara. Saya menjalani 2 pembedahan membuang ketulan barah, melalui kemoterapi, Herceptin(rawatan antibiotic untuk pengidap barah payudara), radiasi dan hysterectomy(pembedahan membuang sebahagian uterus).
Selepas selesai menjalani kemo, saya mula makan Nutriferon, Vitalea, Osteometrix, dan Vitamin C. 6 bulan selepas checkup terakhir , saya mula makan Vivix. Doktor yang merawat saya, iaitu Ketua Jabatan Pakar Pembedahan Onkologi di Pusat Kanser Moffit di Tampa, Florida memberitahu saya hasil pemeriksaan darah saya sangat baik.
Saya bertanya adakah ada penawar untuk kanser payudara. Doktor kata “Tidak!” tetapi terdapat satu bahan telah dikenalpasti boleh merawat sel yang dianggap kanser. Ia dikenalpasti dapat mengelak dari pembentukan semula sel kanser. Pusat Kanser Moffit telah memohon geran 1 juta dollar untuk kajian klinikal bahan ini.
Apabila saya tanya apakah bahan itu? Doktor itu menjawab RESVERATROL .
Saya beritahu yang saya ada ambil Vivix Shaklee (Resveratrol) selama 6 bulan. Doktor itu terkejut dan berkata:
“Kamu adalah orang pertama yang kami jumpa mengalami kesan hebat dari Resveratrol. Saya nak minta kamu jadi pesakit rujukan sepanjang kajian “
Jika geran kajian itu diluluskan, saya rasa teruja kerana akan membantu Susan B. Komen Foundation dalam kajian ini.
Mengambil Vivix, Nutriferon dan supplemen lain menghilangkan rasa takut saya kepada bahaya kanser kerana supplemen ini boleh bantu pertumbuhan semula sel kanser.
Barbara W. Seminole, Florida
17 Sept 2009
No comments:
Post a Comment