Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.
Jenis Migrain |
Migrain
Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa.
Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja.
Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.
Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
Punca Migrain
- Kesan daripada alahan seseorang
- Silau akibat lampu yang terang
- Bunyi yang terlalu kuat
- Bau wangi yang terlampau kuat
- Tekanan fizikal atau emosi
- Waktu tidur yang tidak teratur
- Merokok atau terdedah kepada asap rokok
- Stres
- Menahan lapar
- Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Cara Atasi Migrain
- Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Elakkan makan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
- Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
- Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
- Stress dan tekanan
- Jadual tidur yang tak tetap
- Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
Contoh Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) |
Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.
Rawatan Migrain
- mempunyai vitamin B2 dan B6 yang membantu untuk meredakan kesakitan akibat migrain
- merangsang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak atau di kenali sebagai hormon gembira untuk melegakan stress,strok
saya ada migrain. agak teruk juga bila kena, lebih-lebih agi masa hamil. pastu saya makan b complex dan ostematrix.. alhamdulillah sakit tu ada. tapi tak seteruk dulu..
Migrain ni memang sakit...saya biasa kena migrain ni ..tapi sejak amal b complex dan oste..alhamdulillah semakin pulih.
ReplyDelete