26 May 2016

Sudah Lama Saya Alami Masalah Haid Tidak Teratur, Sekarang Alhamdulillah Haid Keluar Dengan Lancar Malah Badan Lebih Sihat & Bertenaga

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh orang perempuan ialah haid tidak teratur. Haid tidak lancar boleh beri banyak kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba nak dapatkan anak. 

Farah juga mengalami masalah ini sejak dari mula-mula keluar haid satu ketika dulu berusia 16 tahun. Sehingga kini sudah berusia 28 tahun, tetapi alhamdulillah, Farah tiada masalah untuk hamil. 

Apa yang Farah lakukan adalah dengan buat jadual haid kita. Dulu tick di kalender. Sekarang sudah ada apps yang boleh membantu kita tahu waktu kita subur dan kitaran haid kita yang sebenar.


Download Apps My Calendar



Carta Kitaran Haid

Punca Haid Tidak Teratur



Punca haid tidak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang pregnant dalam situasi normal tidak akan alami haid hingga habis tempoh pregnancy. 

Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku. Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh breastfeeding. Ini juga selalunya adalah normal.



  • Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.
  • Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
  • Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.
  • Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
  • Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
  • Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.
  • Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.
  • Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.
  • Penggunaan dadah terlarang.
  • Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur



  • Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

  • Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

  • Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

  • Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata.

  • Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

  • Ambil supplement yang dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

Kesan Haid Tidak Teratur

 
Haid tidak teratur boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem tubuh badan seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang pasti akan memberikan kesan kepada kesihatan.

Juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. 

  • Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

  • Ketidaksuburan dan susah hamil – Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

  • Masalah kesihatan seperti anemia – Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

Supplement Yang Membantu Memperbaiki Hormon


Shaklee efet saya amalkan vivix, lama dah saya alami period tak teratur, saya amik vivix belum sampai sebotol.. period terus keluar lancar. sekarang tiap-tiap bulan period keluar lancar. badan pun lebih sihat dan bertenaga. memang terbaik lah vivix..


Wassup : 011 277 94946



1 comment:

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...