06 March 2015

Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?

Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.



Adakah kafein membahayakan bayi saya?

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.

Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang minum banyak kopi mengatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika PENYUSUAN. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku. Ingatlah bahawa teh, minuman kola dan minuman untuk tenaga juga mengandungi kafein. 

Nantikan entry seterusnya dari Farah untuk mengetahui  bagaimana cara menghentikan ketagihan kafein jika anda mengambil keputusan untuk berhenti mengambilnya. 





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...