08 January 2015

Sudah Sebulan Saya Batuk Tak Baik-Baik..AWAS!! Mungkin Virus Pneumonia @ Radang Paru-Paru Menyerang Anda.Segera Berjumpa Doktor.

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundipundi
udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang
dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah.
Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi
dan mikrob.






Punca 


Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang,kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanismepertahanan paru-paru menjadi lemah. 

Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan
sendirinya. Sekali anda mendapat serangan Pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.


Tanda dan gejala

Kadangkala Pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk
selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza,
bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang
bakteria Pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. 

Gejala-gejala

• Demam (390-400C) dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau
mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.


Pneumonia yang disebabkan oleh virus

Ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat
jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.


Amalan Yang Perlu Dilakukan


• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara
tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selesema dan
batuk).
• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi
sistem imun badan.
• Amalkan kebersihan diri yang baik.




Rawatan Awal ( Dirumah )




  • Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
  • Berehat secukupnya.
  •  Berhenti merokok.
  • Teruskan penyusuan ibu bagi kanak-kanak yang masih menyusu badan.
  • Guna puting botol  "Y" cut - susu akan keluar bila dihisap ( untuk mengelakkan tersedak susu )



AWAS!! Segera Berjumpa Doktor Jika :-

• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru. 


Ingin Dapatkan Supplement Tambahan Untuk Anak Dan Keluarga.? 
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor. 

6 comments:

  1. Bahaya pneumonia ni kan....thanks for info dear....

    ReplyDelete
  2. Takutnya.. saya walau tekak mula perit sikit je pun terus ambil vitc dua biji. Tingatkan antibodi.

    ReplyDelete
  3. Alahai, risaunya sekarang macam-macam sakit.. Batuk ni dah la selalu orang kebanyakan anggap biasa je..huhu. Lepas ni kene alert juga la..

    ReplyDelete
  4. Batuk ni memang tak boleh dipandang ringan terutama bila disertai dengan demam. Kena alert dengan kesihatan masing-masing.

    Jemput Baca: Panduan Penjagaan Ibu Hamil

    ReplyDelete
  5. Batuk yang terlalu lama ni bahaya...sekarang ni banyak penyakit yang datang di tambah dengan musim hujan ni...

    kebaikkan vivix yang harus di ketahui umum

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie macam2 jenis penyakit ada. Kita mmg kena jaga kesihatan.

    JommSihatDanCantik -> SUAMI SENTAP GARA-GARA MASALAH KEPUTIHAN ISTERI

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...