Menenangkan bayi dan mengurangkan tangisan
- Pelbagai kajian menunjukkan yang urutan mempunyai kesan tenang yang mententeramkan bayi anda dan berjaya mengurangkan tangisannya.
Merangsang perkembangan fizikal, emosi dan minda
- Ia merangsang hormon yang menggalakkan perkembangan untuk membantu bayi mencapai potensi sepenuhnya.
Membantu bayi tidur lebih nyenyak
- Meningkatkan paras serotonin dan mengatur rentak rembesan melatonin untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak.
Menguatkan sistem imunisasi bayi
- Peningkatan paras serotonin membantu menguatkan imunisasi bayi.
Mengurangkan angin, kembung, refluks dan sembelit
- Kajian menunjukkan yang urutan membantu di dalam proses pembuangan najis daripada tubuh bayi.
Membuatkan anda dan si manja merasa hebat
- Urutan merangsang pengeluaran hormon oxytocin yang mampu membolehkan anda berasa hebat apabila anda mendukung erat bayi atau semasa menyusukannya.
Membantu proses penghadaman bayi
- Sentuhan meningkatkan rembesan hormon penghadaman dan membantu sistem penghadaman bayi untuk bekerja dengan lebih efisien.
Urutan membolehkan bayi tidur lebih nyenyak. Mungkin inilah hadiah yang terbaik berbanding yang lain.
Urutan pada baby akan buatkan baby selesa dan merasakan ketenangan . Berikan sentuhan lembut anda kepada bayi anda agar mereka ceria dan aktif.
ReplyDeleteJom baca Bahayanya Bila Ibu Mempunyai Kadar Hwmoglobin Yang Rendah Semasa Mengandung
Urutan pada baby akan buatkan baby selesa dan merasakan ketenangan . Berikan sentuhan lembut anda kepada bayi anda agar mereka ceria dan aktif.
ReplyDeleteJom baca Bahayanya Bila Ibu Mempunyai Kadar Hwmoglobin Yang Rendah Semasa Mengandung