08 December 2014

Tips Penjagaan Rambut & Set Rambut

Anda mengalami masalah keguguran rambut.? Rambut rosak.? Bercabang.? Semakin hari semakin kurang rambut. Farah juga mengalaminya. Terutama seklai selepas melahirkan. Rambut gugur dah boleh buat ranmbut palsu.. Di sini Farah sediakan tips bagaimana untuk mengatasinya. Jom kita belajar.

Keguguran rambut adalah masalah biasa yang dialami berjuta-juta individu di seluruh dunia. Kebanyakannya cenderung memilih rawatan bahan kimia atau krim untuk membendung masalah itu.Walaupun majoriti produk atau ubat untuk masalah ini boleh didapati di kaunter farmasi, ada yang memerlukan preskripsi doktor kerana segelintir kes bukan hanya membabitkan keguguran rambut tapi lebih daripada itu.Ada beberapa produk yang berkesan dalam mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut ini tapi ia memerlukan kos tinggi serta perlu digunakan secara berterusan untuk hasil berpanjangan.

Namun dengan wujudnya pelbagai maklumat di Internet, selain kajian terkini pakar kosmetik, masalah ini boleh dikurangkan dengan beberapa cara antaranya pemilihan produk yang sesuai dengan kulit kepala, pemakanan seimbang dan penggunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bantuan alternatif.



Tips Penjagaan Rambut

1. Syampu


  • Antara faktor penyebab utama keguguran rambut ialah kulit kepala berminyak. Kulit berminyak akan menyebabkan komplikasi antaranya jerawat, kelemumur dan eritema (keradangan kulit).



  • Gunakan syampu jenis pembersihan mendalam kerana ia boleh membantu menyingkirkan sebum dan minyak berlebihan, juga selepas mencuci rambut, bilas dengan air sejuk.



  • Kaedah ini bukan saja membuatkan rambut kurang kusut dan menggerbang tetapi turut menutup pori kulit kepala, sekali gus mengurangkan pengeluaran minyak dan menyimpan nutrien yang diperoleh daripada syampu itu.


2.Perapi


  • Perapi amat penting selepas bersyampu kerana ia membantu menambah lembapan yang hilang disebabkan syampu menyingkirkan semua yang ada pada rambut dan kulit kepala.



Benar, antara masalah rambut gugur disebabkan minyak berlebihan tetapi jika diabaikan penggunaan perapi, rambut akan menjadi kering dan leper.


  • Lumurkan perapi pada rambut dan bukannya kulit kepala.


3. Rawatan kulit kepala


  • Majoriti salun rambut menawarkan rawatan ini dan ramai yang berpuas hati dengan hasilnya. Bagaimanapun, mendapatkan rawatan yang sesuai dengan keadaan kulit rambut bukanlah kerja mudah kerana tidak semua rawatan berkesan.



  • Ia memerlukan beberapa sesi percubaan di beberapa salun selain memerlukan kos yang banyak untuk melakukannya.



  • Tapi untuk memudahkan pencarian, cuba ke salun yang menawarkan rawatan menggunakan bahan semula jadi atau organik dan biasanya rawatan yang memberikan haruman pudina boleh dikatakan berkesan kerana ekstrak pudina dapat mengimbangi minyak.




4. Perangsang pertumbuhan semula rambut


  • Sumber alam seperti santan dan lidah buaya sejak dulu menjadi bahan dalam rawatan kecantikan rambut. Hanya sapukan sedikit pada kulit kepala, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.



  • Santan dan lidah buaya juga boleh dicampurkan dengan minyak daun rosemary dan pati bunga lavender. Tumbuhtumbuhan ini dapat membantu menggalakkan pertumbuhan semula rambut.



  • Tonik rambut juga antara alternatif mudah yang boleh didapati di farmasi dan pasar raya. Tapi pastikan ia hanya mengandungi bahan organik.


5. Pemakanan


  • Tabiat diet atau pemakanan memainkan peranan penting dalam masalah ini. Sama seperti tubuh, rambut mendapat nutrien daripada apa yang kita makan.



  • Untuk mendapatkan hasil rambut sihat, diet harian perlu mengandungi vitamin E dan zat besi. Sebaiknya minum banyak air, kurangkan pengambilan garam dan makanan ringan serta lebihkan sayuran.




  • Lobak, misalnya bukan hanya elok untuk mata tetapi juga kaya vitamin A yang baik untuk rambut. Buah prun pula padat dengan zat besi sementara oat kaya serat dan tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-6 yang menjadi agen utama pertumbuhan rambut.

Sekian untuk entry kali ini... Kita jumpa di entry yang lain. Farah akan bercerita tentang produk penjagaan rambut ini dengan lebih lanjut supaya mudah untuk anda memilih... Tunggu...



Set Shaklee Untuk Masalah Rambut

SET LENGKAP :-  RM 741.25



TEMPAH SEKARANG




Nak Tahu  Lagi  Tentang Produk Shaklee.?



Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

12 comments:

  1. Rambut adalah mahkota wanita..tak kurang juga untuk lelaki..

    Makanan Nyahtoksin

    ReplyDelete
  2. Memang kena jaga bab ni..especially buat mereka yg bertudung.kadang2 bole gatal rambut kalau x jaga dengan baik

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba set ni.sebab zoe selepas melahirkan anak kedua makin menjadi-jadi je rambut ni gugur..sedih tol

    pengedar sah Shaklee kawasan Bintulu Sarawak

    ReplyDelete
  4. salah satu tak nak rambut gugur ialah jangan ikat rambut semasa basah...tapi tak taula pulak sejauh mana kebenarannya

    HENTIKAN PEMBUNUHAN DENGAN VIVIX SHAKLEE

    ReplyDelete
  5. Akak teringin sangat nak cuba syampu shaklee ni...insyaallah bulan ni nak order...

    tips tegangkan kulit wajah

    ReplyDelete
  6. Suka dengan set prosante ni. Rambut dah kurang gugur dan makin sihat setelah sebulan menggunakannya.
    Jom buat agar-agar milo orea yang yummy 

    ReplyDelete
  7. Leceh tau rambut gugur nie. Haa..nak tak nak kita kena take an action. Takkan nak biar rambut dah makin sikit baru nak cari penyelesaian kan..

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN E LEBIH SEMPURNA DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR??

    ReplyDelete
  8. Memang best sangat guna set pro sante ni. di samping tu amalkan juga vitamin2 untuk kuatkan sel2 kepala... terbaiklah..

    Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Yang Kronik Sehinggakan Muka Kelihatan Seperti Permukaan Bulan

    ReplyDelete
  9. ESP utk dalaman, ProSante utk luaran...paling basic yg ok dah tu..saya sendiri menggunakannya

    ReplyDelete
  10. Wangi je rambut selepas guna shampoo prosante walaupun bertudung

    ReplyDelete
  11. kalau anda bermasalah dengan rambut gugur, cepat-cepat ambik set rambut shaklee yea....memang luar biasa hasil nya.

    Petua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...