Krusus asas tersebut di sertai dari pelbagai daerah di Negeri Johor, lebih kurang macam PLKN lah. Semua tak kenal,yang Farah kenal suami lah. Tetapi itu lah yang membuatkan kita dapat ramai kawan. Macam-macam perangai yang boleh kita nampak. Ada yang ok. Ada yang tidak. Semua itu lumrah kehidupan.
Sepintas Lalu Dalam JPAM
Group Farah ketika ini.
Lepas tamat krusus asas ini, bukan boleh terus bangga menjadi anggota. Kenalah menjalani latihan-latihan lanjutan yang di tawarkan. Pelbagai latihan yang ditawarkan. Latihan tersebut di jalankan di pusat-pusat latihan JPAM yang terpilih. Bukan senang hendak berada di atas. Jurulatih dan pegawai yang ada, semua perlu menjalani beberapa jenis latihan dan krusus untuk melayakkan diri mereka memegang sesuatu jawatan.
Latihan Mingguan
Latihan mingguan di adakan bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan kita tentang perkara asas dalam pertolongan cemas. Andai terjadi apa-apa di kalangan ahli keluarga kita, sedikit sebanyak kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Nanti tidaklah terlalu panik atau takut.
Teknik Menurunkan Mangsa Dari Tempat Yang Tinggi
Aktiviti Luar Mendaki Bukit Bersama SISPA KPTM Batu Pahat.
Selain itu, antara tugas anggota adalah :-
1.Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
- Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
- Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
- Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
- Menubuhkan pasukan (First Responder).
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
3.Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
- Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
- Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
Visi, Misi Dan Moto
VISI
Kompeten dalam perlindungan keselamatan dan pengurusan bencana.
MISI
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.
MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"
Berminat nak menyertai kami.? Boleh datang isi borang di pejabat JPAM yang berhampiran dengan anda. Niat anda untuk menyertai adalah untuk memberi pertolongan yang cepat andai berlaku apa-apa kejadian di kalangan ahli keluarga anda,. Jika anda tidak menolong ahli keluarga anda, siapa mahu tolong dan bagaimana pula anda ingin menolong orang awam yang lain.
Sekian sahaja untuk entry kali ini.
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
Johor.
wah lasak jugak Farah ni ye:)
ReplyDeleteDah minat lah mummy....
ReplyDelete