05 December 2014

Resipi Egg Benedict

Hari ini Farah hendak berkongsi resipi yang Farah dapat dari kawan suami. Masa itu kami datang berraya di rumah beliau. Akibat sudah lama tidak berjumpa, isteri dia pun masakkan lah macam-macam jenis makanan yang sedap-sedap. Niat di hati hendak singgah sekejap, tetapi terikat dengan pelbagai jenis masakan yang disediakan. Dia kata setahun sekali jumpa,jadi apa salahnya lepak lama-lama. Kali terakhir kami berjumpa , dia melawat Farah ketika sedang berpantang. hampir setahun lamanya tidak berjumpa. 

Dan isteri dia hidangkan makanan ini untuk kami, Sedap sangat. Dan Farah ambillah resepi dari dia. Boleh buat sarapan atau minum petang. Ringkas, Senang , Cepat Dan Sedap. Jom cuba.



EGG BENEDICT

Hidangan untuk 6 orang

Bahan-Bahan :-

  • 6 biji telur 
  • 6 keping roti potong
  • lada hitam - freshly cracked 
  • Sedikit butter atau majerin 
  • Garam 
  • Cili - Farah tambah sendiri sebab suka pedas


Cara Memasak :-


  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. 
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
  • Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam. 
  • Letak kan beberapa hiris cili 
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
  • Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
  • Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional) 
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
  • Sedia untuk di nikmati


Mudahkan.? Anda boleh ubah resepi ini mengikut selera anda. Selamat Mencuba.





Nak Tahu Tentang Produk Shaklee.?





Perlukan Bantuan.?

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

14 comments:

  1. Macam sedap jer....pasti kanak-kanak suka....
    terima kasih atas perkongsian resepi ini dear.

    Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

    ReplyDelete
  2. Tambah sosej sikit atau sos prego...perghh.terbayang satu makanan yg serupa mcm ni dlm fb.ringkas tp menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Cuti2 sekolah nie, haa buat dengan anak2 memang seronok

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

    ReplyDelete
  4. Senang je nampaknya resepi ni.. Slalu mkn roti bakar je kan...hihi

    ReplyDelete
  5. Mcm sdap jer...resepi pun nampak mcm mudah jer nak buat..nak try buat lah..terima kasih perkongsian resepi ini.

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok apatah lagi ada cheese tq resepi

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...