13 December 2014

Cara Atasi Tumit Pecah

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.


 


Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Faktor penyebab

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa. 




PETUA TRADISIONAL


  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.


PETUA MODEN

Sekarang Farah guna Herba Bland Shaklee untuk mengatasi masalah tumit pecah. Senang je. Hanya sapu di permukaan yang pecah. Cepat mudah dan senang. Terus licin tumit. Bila-bila masa boleh sapu. Bukan untuk tumit sahaja, untuk kulit tangan kering, gatal-gatal sebab gigitan nyamuk juga boleh sapu. Farah juga guna untuk anak. Selamat dan tidak berminyak. 




Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Kod Produk:39078 (113g)
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary
RM 39.75 : 2 bulan
 ( bergantung kepada cara penggunaan )



Testimoni Pengguna


Pengguna Herbal Bland
http://whatever-ville.blogspot.com/2013/09/tips-hilangkan-tumit-merekah-dan-pecah.html )

Inilah rahsia tumit yang menawan!
Hehehe...
Ini adalah sejenis Multipurpose Cream (krim serbaguna) bernama Herbal Blend keluaran Shaklee.
Aku dah guna krim ni lama dah. Dulu aku gunakan untuk sapu pada kawasan kulit kering dan ekzema aku. Memang mujarab jugalah sebab tompok ekzema pada lengan aku yang dah agak lama (hampir 2 tahun rasanya) terus hilang dan tak kembali. Biasa kalau sapu ubat klinik, memang cepat hilang tapi lepas tu datang balik. Bila sapu ubat klinik lagi, dah tak berkesan.
Bila ekzema aku hilang, aku gunakan pula pada bahagian kulit kering. Lama-lama rasa macam best pulak. Memang dah jadi lotion harian untuk kulit aku. Dengan rasa dinginnya. Memang best.
Jadi, bila aku sedar aku ada rekahan pada tumit aku, terus aku ambil krim ni dan sapu tiap-tiap malam. Pada label pun memang disyorkan khas untuk merawat kawasan kulit kasar pada siku, lutut dan tumit. Tapi biasalah. Aku ni agak pemalas dan kadang-kadang je sapu. Makan masa juga la rekahan tu nak pulih.






Tempah Sekarang


Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.


8 comments:

  1. Herbal blend Mmg berbaloi2.. Utk hilangkan parut jerawat pun boleh.. Nak hlangkan parut di kaki pn blh.. Sbb tu namanya multipurpose cream..

    CARA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT

    ReplyDelete
  2. Herbal blend bantu anda untuk pulihkan kulit kaki yg merekah....herbal blend juga boleh atasi masalah gatal-gatal akibat gigitan nyamuk..memang terbaik laa herbal blend.

    Promosi Serentak Vita C Plus, Vita E Complex dan Collagen Powder di Penghijing Tahun

    ReplyDelete
  3. Banyak juga ya petua untuk tumit pecah ni...nak kena cubalah...herbal blend ni selalu sangat tak ada rezeki untuk order.

    amaran pengambilan supplement ketika hamil adalah sangat penting

    ReplyDelete
  4. saya pula sejak amal ESP, Collagen dan Vit C Shaklee, tumit saya dah tak pecah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya guna hb untuk anak2.ruam,batuk.gigitan nyamuk..semua pakai hb..alhamdulillah berkesan kat anak saya

    ReplyDelete
  7. Multipurpose herbal blend ni.gunakan tanpa was2

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...