29 December 2014

8 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul Dan Selamat

Ketika dalam pantang dahulu,Farah tidak pernah mandikan anak Farah. Takut dan tak biasa. Ibu yang mandikan anak. Terima kasih ibu. 

Selepas berpantang, baru lah pandai mandikan bayi.. Itu pun dengan bantuan suami. Kalau mandikan seorang diri,memang takut. Farah dan suami masing-masing masih belajar menguruskan bayi. 





Farah sudah biasa dengan penjagaan bayi baru lahir ini. Kerana Farah menjaga 2 orang adik sewaktu mereka kecil dahulu. 

Hanya part mandikan sahaja yang mengambil masa untuk belajar.Suami sahaja yang agak kekok untuk menguruskan bayi. Dia kata , takut nak pengang budak kecil nie. Banyak yang Farah ajar suami ketika itu..



Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. 

Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Disini Farah kongsi sedikit ilmu mengenai cara mandikan bayi baru lahir dengan betul dan selamat.


Cara Mandikan Bayi Dengan Betul



  • Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


  • Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.



  • Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.



  • Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.




  • Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.



  • Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.



  • Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.



  • Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.




Anda juga boleh lihat video ini bagi memudahkan sesi pembelajaran anda:-




Semoga entry ini memberi manfaat dan ilmu yang berguna untuk anda. 








No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...