20 November 2014

Tidur Yang Berkualiti Untuk Kesihatan

MENDAPATKAN tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.Tetapi sejauh mana anda tahu @ paham mengenai tidur yang berkualiti... Tidur pon kena berkualiti baru lah badan sihat.. Tak ada lagi lah masalah sakit pinggang,sakit-sakit badan,letih dan lesu selepas bagun dari tidur yang tidak berkualiti.
Jom kita baca.



Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.





Langkah Yang Boleh Dilakukan

1. Kekalkan jadual waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2. Perhatikan makan dan minum anda.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

3. Cipta ritual waktu tidur.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.

4. Berada dalam keadaan selesa.

Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.





5. Had tidur waktu petang.

Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.

6. Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.

Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

7. Pengurusan tekanan.

Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting.

8. Temui doktor.

Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Dapatkan bantuan doktor.





Semoga entry Farah ini memberi manfaat kepada mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur ataupun yang mempunyai pasangan atau sesiapa sahaja yang kerap tidur.. Selamat mencuba.




Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.


18 comments:

  1. Assalammualaikum Dila,
    Kiwi adalah buah yang terbaik yang mempunyai vitamin-vitamin yang hebat-hebat. Tidur yang cukup amat penting. mengikut kajian saintis, orang dewasa hanya perlu tidur sekurang-kurangnya 5 jam dan bagi kanak-kanak ialah 8 jam sehari. Tidur dapat meredakan tekanan dan dapat membetulkan system pencernaan kita. Oleh itu sebelum tidur amalkan 3 QUL. Ini memberikan kita lena tidur dan menjauhkan kita daripada jins dan syaitan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole makan buah yg kaya antioksidan..itu mmbantu dapaykan tidur berkualiti

      BUAH,SHAKLEE DAN INSOMNIA

      Delete
  3. Ada anak kecik memang tak cukup tidur..terpaksa berkorban sket...huhu

    ReplyDelete
  4. Kalau kita tidah dapatkan tidur dan rehat yang cukup nanti kita akan cepat keletihan.Jadi untuk mengelakkan ianya berlaku pengambilan vitamin amat diperlukan oleh badan kita.

    ReplyDelete
  5. Tidur memang sangat diperlukan secukupnya untuk tubuh badan kita berehat....jangan biasakan tidur terlalu lambat dan larut malam. Kerana akan berpengaruh kepada kesihatan kita.

    meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    ReplyDelete
  6. Tips ada tapi susah sikit nk follow sbb anak kecik..

    ReplyDelete
  7. Allah dah cakap malam ialah waktu utk berehat dan tidur.. So.. Jgnlah waktu mlm itu, kita buat kerja. Siang itu waktu kerja.. Ad sbbnya Knp Mmg mcm tu rules dia..
    TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

    ReplyDelete
  8. Sesiapa pun memang perlukan tidur yang cukup tak kiralah siapa pun, orang yang bekerja ke surirumah ke...kalau tak cukup tidur memang tubuh kita akan jadi letih, lesu dan tak bertenaga.

    kawal kolestrol secara semulajadi

    ReplyDelete
  9. Tidur dan rehat yang cukup memang penting untuk kesihatan tubuh. Kalau tak cukup tidur, memang akan rasa letih dan mengantuk. Kat sinilah supplemen Shaklee banyak membantu saya.
    Jom Cari Duit Lebih

    ReplyDelete
  10. Kalau tak cukup tidur boleh efek kerja sepanjang hari. Boleh jadi penat lemah je.

    ReplyDelete
  11. sangat penting tidur yang cukup dan berkualiti, supaya bangun keesokan harinya kita sentiasa cergas dan bertenaga..

    Hilangkan Mual, Perut Sebu Dengan Peppermint Ginnger Plus

    ReplyDelete
  12. Sakit kepala mudah menyerang kalo x cukup tido..

    Peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Dah jd ibu memang kurang tidur, bila tak cukup mula 'meragam'. Bukan anak je meragam, mak pun meragam. Jd penting tidur yg cukup.

    Cerita Hari Ini >>> Karnival Upin & Ipin 2014 Havoc!

    ReplyDelete
  14. kekadang tidur kejap pun rasa segar dah bila bangun. Tapi kekadang tidur cukup pun bila bangun masih rasa lemau lagi..haa mesti ada yg xkena.

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, skrg masalah sukar tidur saya kini dpt diatasi setelah konsisten ambil esp Shaklee. Mmg membantu, jika dulu terkebil-kebil hingga jam 4am

    ReplyDelete
  16. jadual tidur sekarang memang tak menentu... tapi kalau boleh tidur yang betul2 lena walaupun hanya 5 minit adalah lebih bermakna kan...

    Tempat Menarik Di malaysia Yang Boleh Di kunjungi Di Musim Cuti Sekolah

    ReplyDelete
  17. Paling kurang tidur pun 5 jam..kurang lagi daripada tu memang sakit kepala la

    Jalan-jalan di Seremban

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...