03 September 2014

Tanda - Tanda Kehamilan

Bagi yang baru berkhawin,pasti ingin mengetahui tanda-tanda kehamilan. Pasti anda tertanya-tanya ape sintom yang biasa berlaku di awal kehamilan. Dan untuk pemeriksaan lanjut dan inginkan kepastian selepas menemui tanda-tanda awal kehamilan,anda perlu terus berjumpa doktor untuk pengesahan dan memeriksa tahap kesihatan bayi dan diri anda.


Tanda-Tanda Awal Hamil

1. Tidak Datang Haid

  • Bagi anda yang mempunyai kitaran haid yang teratur,anda pasti tidak sukar mengetahui yang anda sudah hamil andai anda lewat datang haid. Hanya perlu beli Pregnancy test di farmasi dan buat ujian.Pasti nya keputusan akan positif.
  • Bagi yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur,anda perlu menunggu sehingga anda betul2 pasti yang anda hamil.( Farah mengalaminya..Farah tunggu sehingga seminggu untuk kepastian yang Farah tidak datang haid ketika itu. Dengan sedikit keyakinan,Farah beli Pregnancy Test untuk lebih kepastian..Dan hasilnya positif..)


2.  Mual @ Morning Sickness
  • Kebiasaannya apabila anda mengalami muntah-muntah,sakit kepala,tekak loya, Pastinya keputusan positif menanti anda. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut kerana bila kita sering muntah,badan kita akan terhidrat dan kurang air. Para suami perlu beri lebih perhatian terhadap situasi ini dan perlu membantu isteri kerana isteri anda akn letih dan lesu. ( Farah pon mengalaminya. Morning Sickness sehingga 5bulan..xboleh makan terlalu banyak. )

3. Payudara yang tegang dan Sensitif
  • Anda akan merasai perubahan nya. Rasa seperti payudara bengkak.. Pastikan anda menukar bra yang lebih selesa dan dapat menampung payudara anda.
4. Penat
  • Perubahan hormon di awal kehamilan membuatkan kita merasa malas,nak berbaring sahaja. Tubuh si ibu yang mencuba untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam badan. Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini. ( Farah ada tekanan darah rendah,cara Farah atasi nya dengan rajin rehatkan diri dan tidak terlalu terdesak untuk melakukan sesuatu aktiviti.. Cuba untuk tidak terlalu berfikir. Tenangkan diri.)
5. Mood
  • Wanita Hamil sering berubah mood. Kadang ok kadang xokey. Para suami sila bersabar ya... Adakalanya kaum ibu ini akan sentiasa marah,Suami pon boleh kena marah. Kalau dah manja.manja tersangat.. Nasihat untuk para suami LAYANKAN JEK sikap isteri anda... Dan kaum isteri pula,jangan terlalu ikut perasaan...



Kesimpulan nya, kaum suami dan kaum isteri perlu sering dekatkan diri kepada pencipta. Mohon lah agar segala nya baik dan selamat. Kaum suami perlu mendoakan agar si isteri tidak mengidam benda yang sukar dicari.. ( Matilah nak... Pening nak cari benda yang isteri ngidam nie.. ) hehehehehehe.....
Semoga apa yang FArah share ini dapat membantu para suami dan isteri sekalian. MOga segala urusan kalian dipermudahkan oleh-NYA..insyaAllah \.. aamiin..






No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...