Tips Posisi Tidur Ketika Hamil
1.Posisi Mengiring
- Ibu hamil digalakan mengiring di sebelah kiri vena besar ( vena cava inferior ) membolehkan aliran darahyang optimum dari tubuh bahagian bawah tubuh anda kembali ke jantung anda.
- Aliran darah dan nutrisi boleh di salurkan maksima kepada bayi melalui plasenta.
- Dapat membantu buah pinggang anda membung sisa produk dan cecair dari tubuh badan ibu dan mengurangkan pembengkakan pada pergelang kaki dan tangan.
- Boleh mengiring ke kanan juga mengikut keselesaan anda

2. Posisi Terlentang
- ELAKKAN tidur dengan posisi terlentang kerana anda akn menekan usus dan vena besar ( vena cava inferior ) yang boleh menggangu aliran darah kembali ke jantung.
- Ia juga mempengaruhi tekanan darah untuk sesetengah ibu hamil yang memyebabkan penurunan tekanan darah dan boleh membuatkan anda pening,sakit kepala dan sesak nafas.
- Ia juga boleh meningkatkan risiko sakit pinggang.
3.Tambahkan Sokongan Semasa Tidur
- Ibu hamil memerlukan sokongan tambahan semasa tidur.
- Letakkan bantal dibawah perut dan kaki.
- Gunakan bantal yang lebih kecil
- Anda boleh guna bantal kehamilan bagi membantu tidur anda lebih selesa..

4.Separuh Kedudukan
- Separuh kedudukan adalah salah satu posisi tidur yang jarang dilakukan.Jika anda selesa,anda boleh melakukan nya.

Kesimpulan nya, anda jangan takut untuk mencuba pelbagai posis tidur ketika hamil. Apa yang penting posisi tersebut selesa dan tidak membahaya kan kesihatan diri anda dan juga bayi anda.
No comments:
Post a Comment