15 August 2014

Rahim Terbalik

Hari ini Farah nak share pasal tajuk Rahim Terbalik.. Info ini dikongsi oleh salah seorang sid dan beliau juga mempunyai rahim yang terbalik.Jika anda salah seorg dari nya,jangan risau,kerana sid tersebut sudah berkhawin dan dikurniakan 3 cahaya mata... Terbuktikan..? Setiap kejadiaan pasti ada kelebihannya.

Ape Itu Rahim Terbalik

  • Rahim terbalik @ nama lainnya Retroverted Uterus.
  • Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. 
  • 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. 

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Rahim Terbalik

1.Sakit sewaktu berhubungan bersama suami
  • Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. 
  • Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.
  • Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. 
  • Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

2.Rasa sakit semasa haid
  • Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

3.Sakit pinggang yang kronik
  • Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.
Langkah Yang perlu Diambil
  • Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. 
  • Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.
  • Rahim terbalik tidak menghalang anda dari hamil seperti wanita lain. Sama seperti mereka,anda perlu menjaga pemakanan,mengambil supplement yang sesuai.
Kesimpulannya, rajin - rajin kan diri anda bertemu dengan doktor andai anda tahu diri anda bermasalah.. Usaha dan terus berdoa dan jagan mudah berputus asa..
Semoga apa yang Farah share nie dapat membantu anda dalam menyelesaikan segala masalah dan kerungsingan anda. Aamiin..




Untuk Lebih Penjimatan 
Hubungi saya. Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...