23 January 2015

MANFAAT : Urutan adalah sentuhan bahasa bayi yang pertama bagi menzahirkan kasih sayang ibubapa kepada bayi

Sentuhan adalah bahasa bayi yang pertama.Hubungan kulit ke kulit dapat membantu anda dan suami untuk berkomunikasi dengan bayi tanpa perlu bersuara. Ini adalah salah satu daripada cara terbaik untuk menzahirkan kasih sayang dan menguatkan ikatan antara anda dan bayi anda. Fikirkan bagaimana hebat rasanya bila orang tersayang menyentuh anda. Ianya mungkin berkali ganda lebih hebat lagi untuk bayi anda.




Menenangkan bayi dan mengurangkan tangisan


  • Pelbagai kajian menunjukkan yang urutan mempunyai kesan tenang yang mententeramkan bayi anda dan berjaya mengurangkan tangisannya.


Merangsang perkembangan fizikal, emosi dan minda



  • Ia merangsang hormon yang menggalakkan perkembangan untuk membantu bayi mencapai potensi sepenuhnya.


Membantu bayi tidur lebih nyenyak


  • Meningkatkan paras serotonin dan mengatur rentak rembesan melatonin untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak.


Menguatkan sistem imunisasi bayi


  • Peningkatan paras serotonin membantu menguatkan imunisasi bayi.


Mengurangkan angin, kembung, refluks dan sembelit



  • Kajian menunjukkan yang urutan membantu di dalam proses pembuangan najis daripada tubuh bayi.


Membuatkan anda dan si manja merasa hebat



  • Urutan merangsang pengeluaran hormon oxytocin yang mampu membolehkan anda berasa hebat apabila anda mendukung erat bayi atau semasa menyusukannya.


Membantu proses penghadaman bayi



  • Sentuhan meningkatkan rembesan hormon penghadaman dan membantu sistem penghadaman bayi untuk bekerja dengan lebih efisien.




Urutan membolehkan bayi tidur lebih nyenyak. Mungkin inilah hadiah yang terbaik berbanding yang lain.




2 comments:

  1. Urutan pada baby akan buatkan baby selesa dan merasakan ketenangan . Berikan sentuhan lembut anda kepada bayi anda agar mereka ceria dan aktif.

    Jom baca Bahayanya Bila Ibu Mempunyai Kadar Hwmoglobin Yang Rendah Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  2. Urutan pada baby akan buatkan baby selesa dan merasakan ketenangan . Berikan sentuhan lembut anda kepada bayi anda agar mereka ceria dan aktif.

    Jom baca Bahayanya Bila Ibu Mempunyai Kadar Hwmoglobin Yang Rendah Semasa Mengandung

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...