Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Kencing manis adalah satu penyakit yang sudah biasa menyerang rakyat di Malaysia. Pelbagai kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan NGO untuk memberi kesedaran kepada rakyat bahaya kencing manis. Tetapi sejauh mana rakyat paham dan ambil tindakkan serius dalam hal ini.?
Disini Farah ingin kongsi maklumat mengenai kencing manis.




Penyakit kencing manis / diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.


Jenis-jenis Diabetes Mellitus


Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

  • Diabetes mellitus jenis 1.
  • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.


Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.




Punca Diabetes Mellitus

Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.

  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).





Gejala @ Tanda

Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:


  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
  • Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.


Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:


  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
  • Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).





Diabetic ketoacidosis (DKA)


  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
  • Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.


Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:


  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
  • Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Penyakit kencing manis tidak hanya berlaku di kalangan orang dewasa. Malah  di kalangan kanak-kanak juga mudah mendapat penyakit ini. Rawatan awal amat di galakkan bagi mengelak perkara yang lebih buruk terjadi. Oleh itu, sama-sama kita memupuk kesedaran terhadap penyakit ini dikalangan orang sekeliling kita. ..Hidup Lebih Sihat Tanpa Penyakit..


Suplement Yang Boleh Membantu


VIVIX : RM 475.00
Antioksidan yang paling baik. Dan bantu anda mengelakkan pembentukan protein AGE dan membaiki sel. Meningkatkan tenaga pada sel di peringkat selular.




ESP : RM 150.00
Membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan membantu pankreas menghasilkan insulin.




GLA COMPLEX : RM 91.25
Ejen anti radang  dan membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf.



VITA-C PLUS : RM 92.50
Berfungsi meningkatkan imuniti. Melawan jangkitan  dan mengelakkan gula dalam sel menjadi gula alkohol. Dan membantu menurunkan risiko kerosakan penglihatan dan ginjal. Serta menjaga kesihatan arteri.




OMEGA GUARD : RM 136.00
Membantu anda menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.



VITA- LEA : RM 88.75

Kromium diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh sel.





ZINC COMPLEX : RM 33.75
Membantu dalam penyembuhan luka. Biasanya pesakit diabetes apabila mengalami luka akan lambat proses penyembuhan luka tersebut menjadi kering. Dengan pengambilan Zinx Complex boleh membantu  anda untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.




TEMPAH SEKARANG


Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.