14 June 2016

Televisyen dan Percakapan Kanak-kanak

Kehidupan sekarang yang serba moden. Bayi masa kini lebih pandai dan terdedah dengan pelbagai jenis kemudahan moden.Anak Farah sendiri sejak kecil dia sudah terdedah dengan kemudahan moden sekarang seperti telefon bimbit,tab... Walhal Farah tidak mengajar anak Farah untuk kenal apa itu tab, apa itu TV.. Tetapi otak bayi sekarang lain,lebih cepat memahami barang-barang moden sekarang.Kebaikan dan keburukan bayi sekarang terdedah dengan kemudahan moden,ibu bapa sendiri yang merancang dan kawal agar anak-anak tidak terdedah dengan perkara-perkara yang buruk. Jom kita baca apa yang perlu kita lakukan.

Rancangan kartun sememangnya membuatkan kanak-kanak duduk diam di hadapan TV. Ini membolehkan ibu bapa membuat aktiviti lain seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Namun, membiarkan kanak-kanak duduk bersendirian di hadapan TV dalam tempoh yang lama bukanlah suatu tindakan yang bijak.




Rancangan TV Yang Tidak Selamat


  • Sesetengah rancangan TV tidak selamat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya rancangan berunsur ganas, seram dan lucah. Ibu bapa umumnya menyedari hal ini. Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa terdapat juga rancangan kartun yang memberi kesan negatif terhadap perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.   Antara bentuk rancangan kartun tersebut ialah kartun bisu dan kartun yang mempunyai aksi berlebihan.


1. Kartun bisu


  • Terdapat kartun yang tidak berkata-kata, tetapi memaparkan pelbagai aksi menarik dan lucu. Lalu berjaya mengekalkan minat kanak-kanak untuk menonton. Kanak-kanak yang menonton kartun sebegini tidak berpeluang mempelajari bahasa dan perkataan baru.


2.Aksi berlebihan


  • Selain itu, kartun yang mengandungi banyak aksi dalam satu masa seperti aksi tumbuk, tendang dan tembak yang dipaparkan dengan pantas.  juga memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak akan meniru aksi sedemikian tanpa menyebut sebarang perkataan yang bersesuaian seperti ‘serang, tembak atau adoi” kerana seluruh tenaga dan tumpuan diberikan kepada pergerakan tersebut





Beza antara menonton dan berinteraksi

Apabila kanak-kanak menonton TV, mereka hanya perlu melihat dan mendengar. Menonton merupakan aktiviti pasif. Kanak-kanak tidak perlu memberi respon. Ini berbeza apabila kanak-kanak berinteraksi. Ini kerana berinteraksi merupakan aktiviti aktif. Semasa berinteraksi, kanak-kanak bukan sekadar melihat dan mendengar, malah mereka perlu memahami dan memberi komen atau jawapan. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyoal semula. Menonton TV merupakan komunikasi sehala manakala berinteraksi merupakan komunikasi dua hala.

Kesan buruk menonton TV terlalu lama

Kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif akibat menonton TV terlalu lama. Kanak- kanak akan kurang bersosial, kurang bercakap dan kurang daya imaginasi.

1.Kurang kemahiran sosial

Kemahiran sosial penting bagi individu untuk berhubung dengan orang lain. Individu yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran. Untuk memiliki kemahiran sosial yang tinggi, seseorang kanak-kanak itu perlu sentiasa berinteraksi atau bergaul dengan orang lain di sekelilingnya. Sekiranya mereka banyak menghabiskan masa dengan menonton TV, semestinya aktiviti sosial berkurang. Maka mereka akan membesar menjadi individu yang kurang bersosial.

2.Kurang bercakap         

Menonton TV merupakan aktiviti pasif. Kanak-kanak tidak berpeluang untuk memberi komen atau menyoal semula. Justeru, kanak-kanak akan berdiam diri. Tiada perkataan atau ayat yang disebut. Secara tidak langsung tempoh menonton yang lama mengurangkan masa untuk kanak-kanak berlatih bercakap.

3.Kurang daya imaginasi

Daya imaginasi melatih keupayaan kreativiti kanak-kanak. Apabila kanak-kanak menonton TV terlalu lama, masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti berbentuk imaginasi telah berkurang Pelbagai aktiviti sedemikian boleh dilakukan, Contohnya mewarna, membina blok,  bermain lego dan bermain olok-olok.

4.Kurang tumpuan

Ramai ibu bapa menganggap jika anak boleh memberi tumpuan pada rancangan TV bermakna anak mereka mempunyai tumpuan yang baik. Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan antara masalah tumpuan  dan tempoh masa menonton TV. Dengan bertambahnya tempoh masa menonton TV bagi kanak-kanak, maka berkurangan tumpuan mereka terhadap pertuturan. Mereka kurang berminat dan lambat memberi respon kepada pertuturan atau perbualan. Tidak sekadar berhenti di peringkat ini, masalah tumpuan seterusnya dapat dilihat apabila kanak-kanak sudah berumur pra-sekolah atau awal persekolahan. Mereka didapati sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.


Kanak-kanak memerlukan masa dan peluang yang cukup untuk berlatih bercakap. Tempoh menonton TV yang lama mengurangkan peluang mereka berlatih bercakap dan akhirnya melambatkan perkembangan pertuturan bahasa. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat sesetengah rancangan TV boleh membantu perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Jadi, ibu bapa perlu bijak memilih rancangan TV yang berbentuk sedemikian.Selain itu, ibu bapa juga hendaklah bijak mengurus waktu menonton yang sesuai bagi anak dan tempoh menonton TV agar tidak terlalu lama. 


Kebaikan diperolehi menonton TV


1.Kemahiran bercerita

Kanak-kanak boleh bercerita kepada ahli keluarga tentang rancangan TV yang ditonton mereka. Mereka boleh memberi komen tentang watak yang terlibat. Selain itu, ibu bapa juga berpeluang memberi komen. Dengan ini. komunikasi dua hala akan berlaku antara kanak-kanak dan ibu bapa, walaupun dengan menonton TV.

2.Menambah perkataan baru

Kanak-kanak juga dapat belajar perkataan baru. Ini kerana terdapat rancangan TV yang menayangkan perkara atau objek yang tiada di persekitaran harian kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengenali dan menyebut ‘zirafah,singa dan buaya’ walaupun binatang tersebut tiada di sekitarnya.





Aktiviti Selain Menonton TV




  • Bermain dengan rakan/ adik-beradik/ ibu-bapa/ penjaga
  • Membaca buku
  • Menolong ibu bapa/ penjaga
  • Bermain dengan alat permainan
  • Mewarna atau melukis



Tips Mengawal Anak-Anak


  • Elakkan bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun menonton TV. Sebaliknya galakkan mereka terlibat dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
  • Perhatikan rancangan TV yang ditonton. Jika terdapat unsur yang tidak sesuai, maka ibu bapa mestilah memberi penjelasan
  • Tentukan rancangan TV yang boleh dan tidak boleh ditonton.
  • Ibu bapa mestilah konsisten dan tegas terhadap peraturan yang telah ditetapkan bersama
  • Galakkan anak anda menonton rancangan TV berunsur pendidikan. Ini dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan anak, termasuklah perkembangan pertuturan dan bahasa mereka.


Kanak-kanak Malaysia juga tidak terlepas daripada perkembangan globalisasi dunia. Hari ini kita dapat menyaksikan kanak-kanak seawal usia 2 tahun bermain telefon pintar, komputer tablet, dan permainan video. Malah terdapat saluran TV yang dikhaskan untuk bayi. Justeru itu, sebagai ibu bapa/ penjaga yang bertanggungjawab terhadap setiap perkembangan anak, sewajarnya bijak memilih yang terbaik demi 
masa depan mereka.



*sumberdaripadaMyHealty





Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 


Hubungi Saya




FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , 
Johor.




23 comments:

  1. Awasi lah pergerakan anak-anak anda. Apa yang ia tonton dan apakah siaran television itu baik atau tidak untuk perkembangan si kecil anda. Batasi menonton television agar anak-anak tidak menjadi habit bagi mereka.
    Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

    ReplyDelete
  2. Boleh menonton tv atau permainan di hp tapi perlukan pengawasan.dalam sehari hadkan beberapa minit untuk mereka menonton rancangan kegemaran..banyak kan aktiviti ynag meransang perkembangan minda mereka untuk berfikir.

    elak makan racun tanpa sedar

    ReplyDelete
  3. Kita sbgai ibu bapa sama2 duduk bsama anak apabila mereka menonton tv, bermain tab atau bila2 mereka menonton sesuatu. Sbb mereka akan pasif bertanya itu ini. Sbgai ibu sy wajib brkomunikasi dgn anak2. Jangan mereka belajar sndri. Kelak mereka akan sisihkan kita.

    Tips & Info >>> 10 Panduan Mudahkan Kelahiran. Bakal Ibu Wajib Baca!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Menonton tv ada Byk kelebihan dan juga kekurangannya.. kelebihannya blh improve English misalnya.. kekurangannya Kalau knak2 sokmo Tgk tv.. Xda masa study lgsung.. So tak Bagus lah..
    SEGMEN BLOGWALKING BOLEH TINGKATKAN TRAFIK BLOG

    ReplyDelete
  6. pemerhatian daripada ibubapa penting ketika ank2 menonton tv...bukannya apa...tujuan untuk memantau ank2 supaya menonton rancangan yang sesuai dengan umurnya..

    pilihan bijak untuk si manja

    ReplyDelete
  7. Anak sk tengok cerita upin ipin..tapi ok la..dia dah ikut rentak menyanyi lagu-lagu.sebelum ni langsung tak keluar suara..

    ReplyDelete
  8. Thanks fot good info.Anak2 zaman sekarang terlalu taksub dgn tv dan gajwt2..agak susah nak control

    ReplyDelete
  9. Nak tengok tv boleh tak salah, macam dila cakap perlu ada pengawasan ibu bapa, rancangan yang tak sesuai dengan anak-anak jangan tengok, kalau tengok tv bersama ibu bapa itu yang seeloknya. Anak-anak saya suka tengok pencetus ummah, 30 minit ustaz don, rancangan yang boleh buat mereka belajar.

    ReplyDelete
  10. Alamak, cuti sekolah dah mula. Mula lah pening nak kontrol masa tengok tv ni. Thank you utk peringatan ni

    ReplyDelete
  11. Lagi satu, kalau anak2 asyik dengan tv, secara tak langsung anak2 pun duduk terperuk saja dalam rumah. Minda pun tak berkembang. Tak dapat latih skil bersosial dengan orang. Nanti lama2, bila keluar rumah mereka terlebih excited.

    JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK JANGAN SAMPAI TERGADAI

    ReplyDelete
  12. Boleh tengok tv dengan mereka juga. At least kita tahu apa yang mereka lihat.

    ReplyDelete
  13. Pengaruh tv memang bukan dikalangan kanak-kanak sahaja..tetapi orang dewasa pun boleh terpengaruh.cuma perlu tengok juga rancangan yang ditonton oleh anak-anak kita.

    ReplyDelete
  14. betol3...tapi saya suka lyn ank tgk upin ipin.sbb nmpk dia lbh cepat tangkap ape yg upin ipin ckp dan buat.apa2 pun pantau jgak lah kan.

    Punca Wanita Sukar Hamil & Kenapa Gagal Hamil

    ReplyDelete
  15. Pengaruh tv nie memang banyak kesan buruk yer.ibubapa perlu pantau setiap rancangan yg ditonton oleh anak2.

    ReplyDelete
  16. bukan setakat tv je, budak2 kecil seawal 2 tahun pun dah pandai guna gajet. Tak elok juga untuk pemglihatan,minda dan aktiviti sosial..

    MASALAH KULIT GATAL TIADA LAGI

    ReplyDelete
  17. Penting ibu bapa bersama-sama anak ketika menonton..cuti sekolah dah bermula lagi macam-macam rancangan dipertontonkan untuk mereka.

    Adik Manis 40an

    ReplyDelete
  18. Huhu, memang betul sangat info ni. Kalau boleh elakkan anak-anak tengok rancangan kartun yang menggunakan bahasa pasar dan sebagainya. Sebab, mudah sangat mereka nak meniru, lebih-lebih lagi percakapan yang tidka baik.
    Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee

    ReplyDelete
  19. ada kebaikan dan ada keburukan menonton televisyen..jadi ibu bapa harus memantau anak-anak anda.

    ReplyDelete
  20. Teringat dulu2.. setiap tv dirumah perlu ada lesen..

    ReplyDelete
  21. memang betul tv mempengaruhi percakapan anak-anak..saya nampak beza anak buah yg suka menonton tv dengan yg gemar bermain...yang gemar menonton tv lebih lambat bercakap..5 tahun pun belum petah..

    CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...