Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

02 January 2017

Set Kolesterol Shaklee Membantu Menurunkan Paras Kolesterol Dalam Badan Kita

Gaya hidup, kesukaran mengawal diet seharian dan beberapa faktor lain membuatkan ramai dikalangan kita menghadapi masalah kolesterol yang agak tinggi. 

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang set kolesterol shaklee , jom kita kenali apa itu Kolesterol.


Apa sebenarnya Kolesterol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ini terdiri daripada lemak (lipid) yang diselaputi protein.


Kolesterol yang termendap di salur darah boleh mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.


Jenis Kolestrol


Ada 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi bukan semuan kolesterol kita kene buang ye. Ada juga kebaikan kolesterol ini.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Tahap Normal Kolestrol Dalam Badan


Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang sering berlaku ialah:
  
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik


Cara Mengawal Paras Kolestrol


  • Mengawal Diet Harian – Kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang diproses. 

  • Lakukan Aktiviti Fizikal – Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya kolesterol jahat dapat dihapuskan.

  • Kawal Berat Badan - Mereka yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.

  • Hentikan Rokok Dan Alkohol - Kedua perkara ini sangat tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua tahu.. 

Set Kolesterol Shaklee Boleh Membantu Anda

Pengambilan supplement Shaklee secara konsisten akan dapat membantu anda. Namun, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.


Set Kolesterol Shaklee


** Tekan di gambar untuk dapatkan gambaran Set Kolestrol Shaklee dengan lebih jelas.. **

Set Kolesterol Shaklee


B Complex – Vitamin B3 yang membantu menurunkan kadar kolesterol.

Garlic – Khasiat bawang putih merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.

Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.




Hubungi saya Pengedar Shaklee Batu Pahat untuk dapatkan maklumat lanjut..  






28 September 2016

Cara Cepat Untuk Hamil & Tips Mudah Hamil

Menjadi idaman setiap suami isteri selepas diijabkabulkan adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia sehingga ke Jannah. Keluarga yang dilengkapi dengan tawa dan tangis anak-anak yang menghiasi kehidupan kita suami isteri

Namun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Namun, kita juga perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Mesti diingat, Allah kan pandang pada kesungguhan kita.




Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Hamil



Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat


  • Pastikan anda tahu waktu subur anda. Ini kerana telur anda (Ovum) hanya akan aktif dalam masa 24 jam dari masa ia dilepaskan dari Ovari. 
  • Jadi ia perlu disenyawakan dalam tempoh itu. Manakala bagi suami pula, sperma yang aktif akan hidup selama 48 hingga 72 jam.

Elakkan stress


  • Selalunya pasangan yang lambat menimang cahayamata ni akan mudah tertekan. Terutamanya dari desakan keluarga kedua-dua belah pihak dan juga pandangan masyarakat.
  • Ini sepatutnya dielakkan kerana apabila anda stress, ia akan mengubah waktu subur anda, seterusnya mengubah waktu ovulasi (waktu telur dibebaskan dari ovari) anda. 
  • Bila ianya terjadi, adalah sukar untuk anda jangka waktu subur anda yang sebenarnya.
** Abaikan sahaja kata-kata mereka tu, anggap jela mereka sayang dan sangat prihatin pada kita. Berdoalah supaya Allah kurniakan ketenangan kepada kita.


Kekalkan berat badan yang sihat

  • Untuk mendapatkan zuriat, anda perlulah dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda terlebih atau terkurang berat badan pun akan menyumbang kepada lambatnya hamil. 
  • Lakukan senaman secara berkala dan kawal pemakanan, tapi jangan pula lakukan diet secara ketat ye. Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang juga akan menyumbang kepada mudahnya untuk hamil.


Elakkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol serta merokok

  • Ia akan mengurangkan kualiti sperma dan peluang untuk hamil. Alkohol apabila dimakan mewujudkan komplikasi dan kekal dalam aliran darah wanita. 
  • Kafein dan merokok juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari darah dan menghadkan peluang untuk hamil. 
  • Sekiranya suami adalah seorang perokok, adalah sangat penting untuk mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi Vitamin C.

Pengambilan Asid Folik

  • Pengambilan asid folik adalah cara terbaik yang dicadangkan kepada isteri untuk meningkatkan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat. Ia boleh diambil sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum anda hamil. 
  • Tahap zat besi dan kalsium juga perlu dijaga dan semua ini membantu untuk mengurangkan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku pada janin dan juga menghasilkan baby yang sihat.

Banyakkan minum air

  • Apabila anda banyak minum air, ia akan membantu anda untuk melincirkan dan memudahkan tugas tisu-tisu dan organ-organ serta membantu nutrient diserap dengan sempurna.
  • Air juga pada masa yang sama mengeluarkan toxin dari badan kita.

Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu Anda





Set Kesuburan Suami Isteri

1.VitaLea with Iron Formula - 120 tablet
2. B-complex dengan Asid Folik – 120 tablet
3. Vitamin C – 180 tablet
4. GLA Complex – 60 capsule
5. Zinc Complex – 120 tablet
6. Vitamin E – 120 capsule

***************************************************

1.Vitalea with Iron Formula

- Ia membantu membekalkan vitamin penting dalam tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan dan bersedia untuk proses kehamilan.
- Dengan adanya Iron (Zat Besi) didalamnya, Vitalea sangat sesuai untuk isteri 

2. B-Complex with Acid Folic

- Asid folic sangat diperlukan pada awal kehamilan dan sebagai persediaan untuk hamil.
- Vitamin B12 yang ada dalam B-complex ini membantu membanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat membantu meningkatkan kesuburan isteri.

3. Sustained Release Vitamin C

- Bagi suami, Vitamin C ini akan membantu untuk mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya bergerak lebih aktif
- Bagi isteri pula, ia akan membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
- Yang uniknya, Vitamin C ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

4. Vita-E Complex

- Vita-E Complex Shaklee ini mengandungi 400 IU Vitamin E, 39.4 mg grapeseed, 65 mcg selenium
- Pengambilan bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ ketika bersama memang patut ambil
-Vitamin E ni. Selain dari itu, suami yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Dengan kehadiran selenium, ia akan membantu meningkatkan kualiti air mani suami.
- Ia juga mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

5. GLA Complex

- Diperkaya dengan Vitamin E dan sunflower seed oil yang membantu menstabilkan hormon isteri.
- Ia juga membantu menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya adalah membantu menyediakan “ruang” untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari
.

Semuanya berjumlah RM 476.00 tiada cas GST. Percuma kos pos..

Sekiranya anda juga ingin mencuba, boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee ini daripada saya. Saya akan bimbing anda cara makan yang tepat agar apa yang anda idamkan selama ini akan menjadi kenyataan. Wassup 01127794946



09 February 2015

Di Lema Jerawat..?? 7 Cara Yang Boleh Membantu..

Masalah jerawat sering merungsingkan fikiran setiap orang terutama sekali kaum wanita. Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.



7 Cara Atasi Masalah Jerawat


1 Cuci Kulit Wajah  

Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).

2 Jangan Memicit Jerawat

Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasinya.

3 Gunakan Krim Pelembap

Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar rumah pada waktu siang.

4 Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap

Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit, sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata dan jika kurang sesuai, baru ditukar.

5 Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral

Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.

6 Amalkan Pemakanan Sesuai

Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.

7 Minum Air Kosong

Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.

Selamat Mencuba.

Mengenai Kecantikan:-

Petua Kecantikan

Tips Kecantikan Lain





28 January 2015

Kenali Kanser Prostat Yang Sering Berlaku Di Kalangan Kaum Adam

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar.

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.



Apakah itu Kanser Prostat?


  • Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. 
  • Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.


Punca 

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. 

Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

1.UsiaRisiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

2.Sejarah KeluargaRisiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

3.HormonParas testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.



Tanda & Gejala



  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
  • Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Anda boleh klik ini bagi membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan Shaklee
Sistem Pembiakan Lelaki  . InsyaAllah Shaklee dapat membantu anda.



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

27 January 2015

Ketahui Masalah Ketidaksuburan Yang Berlaku Di Kalangan Kaum Adam

Sistem pembiakan lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki.



Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.



Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor.


  • Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga.
  • Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. 
  • Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. 

Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan 2 hingga 4 juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun penghasilannya menyusut dengan umur. Namun, tidak semua sperma yang dihasilkan mampu bersenyawa dengan baik. 


Masalah Kesuburan Lelaki

1.Andropause 

  • kekurangan hormon laki-laki. Dengan kata lain, andropause mungkin terkait dengan penurunan produksi hormon testosteron dan dehydroepiandrosterone (sejenis hormon steroid yang dibuat oleh kelenjar adrenal pada laki-laki dan perempuan)
  • biasa terjadi pada usia seorang  mencapai 40 tahun.

2.Pembesaran Kelenjar Prostat

  • PROSTAT adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra.
  • Antara tanda-tanda:- aliran kencing yang kurang baik (poor stream), kerap membuang air kencing (frequency), tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air (incomplete emptying) dan air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air (terminal dribbling).


3.Mati Pucuk


  • ketidakupayaan untuk mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk melakukan hubungan seks yang memuaskan. Kadang-kadang penyakit ini juga bersabit dengan masalah “premature ejaculation” atau cepat keluar air mani semasa bersama.
  •  lemah tenaga batin mungkin disebabkan oleh penyakit kesihatan asas, komplikasi daripada pembedahan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, faktor gaya hidup dan faktor psikolog

4.Kanser Prostat

  •  kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.
  •  Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. 
  • Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.

Suplement Yang Boleh Membantu





  • membantu pergerakan sperma laju
  • mencegah kerosakan sperma

  • 120 biji : RM 149.00
  • sebiji sehari, makan sebelum tidur








  • membantu perbanyakkan penghasilan sperma
  • membantu menghasilkan sperma yang sihat dan normal
  • memperbaiki masalah prostat
  • 120 biji : RM 33.75
  • sebiji sehari , makan seawal pagi ( selepas subur,perut kosong )



  • membantu perbaiki peredaran darah dalam badan
  • sesuai bagi yang mengalami masalah mati pucuk

  • 90 biji : RM 136.00
  • 1-2 biji sehari sekali sehari










Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...