Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

18 August 2018

Bahaya Gila Meroyan Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Penjagaan ibu dalam pantang sangat lah penting kerana waktu ini, ibu-ibu terlalu penat setelah berhempas pulas keluarkan tenaga untuk melahirkan nyawa si kecil.




Untuk ibu bapa yang pertama kali merasai pengalaman ini, kena bersedia dari awal. Bersedia dengan perubahan dalam kehidupan anda setelah mendapat cahayamata.

Mungkin sebelum ni banyak masa terluang, tapi sekarang perlu luangkan banyak masa dengan baby pula. Kena berjaga malam atau apabila ada hari bayi meragam.


Ada setengah ibu mungkin alami perubahan yang sukar mereka nak sesuaikan diri. Terlalu penat, tekanan, keadaan persekitaran dan suasana berpantang mungkin mempengaruhi.

Pastikan ada seseorang yang boleh membantu kita. Dengan adanya pembantu, mungkin akan berkurangnya tekanan dan kepenatan yang kita alami. 

Ada orang yang boleh bantu kita selesaikan kerja-kerja tertangguh. Jika terlalu penat dan tertekan, menangislah jika perlu.

Jangan pendam perasaan. Luahkan dengan menangis. Selepas menangis, biasanya kita akan rasa lega.

Jika ada yang perlu kita dapatkan bantuan atau pandangan, berbincang dengan pasangan. Dengan berkomunikasi, pasangan ibu bapa akan lebih memahami keadaan masing-masing terutama dalam tempoh baru menimang cahayamata.


Jangan stress untuk turunkan berat badan dengan cepat. Bagi masa untuk berat kita turun dengan selesa.

Kita juga perlu bantu diri sendiri untuk berusaha elakkan diri dari masalah meroyan.

Pemakanan yang baik dan seimbang juga perlu semasa pantang. Pastikan ambil makanan berkhasiat.





Anda perlukan nutrien dari vitamin tambahan untuk bantu kesihatan berada di peringkat optimum.

Supplement yang Kecik cadangkan yang boleh membantu ibu mengawal emosi adalah GLA Complex, B Complex dan Ostematrix

B complex untuk bantu badan tenang dan elak stress. Dalam b complex tu ada vitamin b6 yang sangat bermanfaat untuk kita lebih relax.

GLA complex bagus untuk bantu kawal hormon kita supaya seimbang. Hormon yang bercelaru boleh menyebabkan masalah meroyan juga.


Ostematrix ada magnesium. Stress menyebabkan kekurangan magnesium dalam badan. Jadi kena pastikan ia sentiasa cukup.

Jadi cegah laa meroyan nie sebelum terlambat.. 




Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

Belian secara online klik di sini >> NAK BELI  
RM 221.25 akan di tolak dari akaun anda. Terima Kasih .



28 September 2016

Cara Cepat Untuk Hamil & Tips Mudah Hamil

Menjadi idaman setiap suami isteri selepas diijabkabulkan adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia sehingga ke Jannah. Keluarga yang dilengkapi dengan tawa dan tangis anak-anak yang menghiasi kehidupan kita suami isteri

Namun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Namun, kita juga perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Mesti diingat, Allah kan pandang pada kesungguhan kita.




Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Hamil



Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat


  • Pastikan anda tahu waktu subur anda. Ini kerana telur anda (Ovum) hanya akan aktif dalam masa 24 jam dari masa ia dilepaskan dari Ovari. 
  • Jadi ia perlu disenyawakan dalam tempoh itu. Manakala bagi suami pula, sperma yang aktif akan hidup selama 48 hingga 72 jam.

Elakkan stress


  • Selalunya pasangan yang lambat menimang cahayamata ni akan mudah tertekan. Terutamanya dari desakan keluarga kedua-dua belah pihak dan juga pandangan masyarakat.
  • Ini sepatutnya dielakkan kerana apabila anda stress, ia akan mengubah waktu subur anda, seterusnya mengubah waktu ovulasi (waktu telur dibebaskan dari ovari) anda. 
  • Bila ianya terjadi, adalah sukar untuk anda jangka waktu subur anda yang sebenarnya.
** Abaikan sahaja kata-kata mereka tu, anggap jela mereka sayang dan sangat prihatin pada kita. Berdoalah supaya Allah kurniakan ketenangan kepada kita.


Kekalkan berat badan yang sihat

  • Untuk mendapatkan zuriat, anda perlulah dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda terlebih atau terkurang berat badan pun akan menyumbang kepada lambatnya hamil. 
  • Lakukan senaman secara berkala dan kawal pemakanan, tapi jangan pula lakukan diet secara ketat ye. Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang juga akan menyumbang kepada mudahnya untuk hamil.


Elakkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol serta merokok

  • Ia akan mengurangkan kualiti sperma dan peluang untuk hamil. Alkohol apabila dimakan mewujudkan komplikasi dan kekal dalam aliran darah wanita. 
  • Kafein dan merokok juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari darah dan menghadkan peluang untuk hamil. 
  • Sekiranya suami adalah seorang perokok, adalah sangat penting untuk mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi Vitamin C.

Pengambilan Asid Folik

  • Pengambilan asid folik adalah cara terbaik yang dicadangkan kepada isteri untuk meningkatkan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat. Ia boleh diambil sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum anda hamil. 
  • Tahap zat besi dan kalsium juga perlu dijaga dan semua ini membantu untuk mengurangkan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku pada janin dan juga menghasilkan baby yang sihat.

Banyakkan minum air

  • Apabila anda banyak minum air, ia akan membantu anda untuk melincirkan dan memudahkan tugas tisu-tisu dan organ-organ serta membantu nutrient diserap dengan sempurna.
  • Air juga pada masa yang sama mengeluarkan toxin dari badan kita.

Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu Anda





Set Kesuburan Suami Isteri

1.VitaLea with Iron Formula - 120 tablet
2. B-complex dengan Asid Folik – 120 tablet
3. Vitamin C – 180 tablet
4. GLA Complex – 60 capsule
5. Zinc Complex – 120 tablet
6. Vitamin E – 120 capsule

***************************************************

1.Vitalea with Iron Formula

- Ia membantu membekalkan vitamin penting dalam tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan dan bersedia untuk proses kehamilan.
- Dengan adanya Iron (Zat Besi) didalamnya, Vitalea sangat sesuai untuk isteri 

2. B-Complex with Acid Folic

- Asid folic sangat diperlukan pada awal kehamilan dan sebagai persediaan untuk hamil.
- Vitamin B12 yang ada dalam B-complex ini membantu membanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat membantu meningkatkan kesuburan isteri.

3. Sustained Release Vitamin C

- Bagi suami, Vitamin C ini akan membantu untuk mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya bergerak lebih aktif
- Bagi isteri pula, ia akan membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
- Yang uniknya, Vitamin C ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

4. Vita-E Complex

- Vita-E Complex Shaklee ini mengandungi 400 IU Vitamin E, 39.4 mg grapeseed, 65 mcg selenium
- Pengambilan bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ ketika bersama memang patut ambil
-Vitamin E ni. Selain dari itu, suami yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Dengan kehadiran selenium, ia akan membantu meningkatkan kualiti air mani suami.
- Ia juga mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

5. GLA Complex

- Diperkaya dengan Vitamin E dan sunflower seed oil yang membantu menstabilkan hormon isteri.
- Ia juga membantu menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya adalah membantu menyediakan “ruang” untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari
.

Semuanya berjumlah RM 476.00 tiada cas GST. Percuma kos pos..

Sekiranya anda juga ingin mencuba, boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee ini daripada saya. Saya akan bimbing anda cara makan yang tepat agar apa yang anda idamkan selama ini akan menjadi kenyataan. Wassup 01127794946



07 February 2015

Atasi Masalah SENGGUGUT ( Priod Pain)

Kecik pasti, ramai wanita di luar sana yang mengalami keadaan ini pada setiap bulan. Ada yang kena seminggu sebelum dan berlarutan sehingga habis priod. Ada juga yang kena ketika permulaan priod. 

Ada pula yang mengatakan jika sewatu anak dara sudah mengalaminya, pasti selepas proses melahirkan, senggugut akan hilang. TETAPI tidak untuk Kecik. . 

Di zaman anak dara, Kecik tidak pernah mengalami senggugut, dan ketika itu takut juga lepas melahirkan akan mengalaminya. Sejauh mana kebenaranya ketika itu Kecik sendiri tidak tahu.. Alhamdulillah, selepas melahirkan Fiqar, dan mula kembali ke lumrah semulajadi wanita, Kecik tidak juga mengalami masalah sengugut ini.. Syukur.. 




Apa Itu Senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.


  • Senggugut utama atau Senggugut primer adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.



  • Senggugut sekunder disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Tanda Senggugut


• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.



Satu kaedah perubatan Islam dengan menggunakan madu asli. Caranya :- 

1) ambil madu asli dan letak depan sejadah.
2) buat solat hajat 2 rakaat
3)selepas solat hajat bacakan pada madu tadi 
surah al-fatihah sekali, ayat kursi sekali
dan surah an-nahl ayat 69 sebanyak 21 kali
4) setiap hari ambil sesudu madu dan campurkan
dengan air suam. 
Terus minum yerk! :)

Vitamin Senggugut . Set Senggugut Shaklee


Boleh klik pada gambar untuk belian online menggunakan kad kredit / debit

Ostematrix - membantu mengurangkan simptom senggugut
B-Complex - Kekurangan Vitamin B meningkatkan masalah PMS. Vitamin B membantu stabilkan emosi.
GLA Complex - Membantu melegakan kesakitan semasa haid.


Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946












31 December 2014

Anda Ingin Hamil.? Stabilkan Hormon Anda Dengan Gla Complex Shaklee





  • GLA Complex Shaklee diekstrak dari  borage yang mengandungi lebih dua kali ganda GLA dalam EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA daripada sumber terbaik Omega-6. asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA) di gabung dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  

  • Kebiasaannya GLA digunakan untuk mengawal dan mengatur  kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain daripada itu, GLA Complex ini juga sesuai untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.



  • GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Supplement GLA asid linolek adalah sama penting seperti asid amino dimana asid yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.  Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. 



Fungsi Dan Kebaikkan GLA Shaklee

1.Mengatasi masalah senggugut

GLA Complex menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

2.Membantu cepat hamil

GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan cairan serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Cairan ini yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

3.Membantu mendapatkan kulit yang sihat & bebas jerawat

GLA Complex bukan sahaja baik untuk kitaran haid dan menstabilkan hormon badan wanita tetapi juga anti inflamasi dan boleh merawat kulit muka dari dalam. Kandungan minyak borage di dalam GLA Complex ini boleh melembapkan muka dan merawat jerawat terutama yang ada jerawat batu serta yang ada masalah kulit muka kering dan kasar.

4.Membantu menurunkan paras kolesterol

GLA Complex pada asalnya bukan produk untuk kurus tetapi kandungan omega 6 di dalamnya membantu membakar lemak dan menghadkan selera makan kita. Ambil GLA Complex sebelum tidur supaya lemak dibakar ketika kita tidur.

5.Membantu menghalang komplikasi diabetis

GLAComplex membantumerendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas kesakitan di sebabkan oleh gula darah yang tinggi.

6.Bertindak sebagai anti-penuaan

GLA Complex baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi omega 3 dan omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.

7.Menghalang tekanan darah tinggi 

GLA Complex bertindak untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakmasalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infraction. 

8.Menghalang tambah berat badan

GLA bertindak menerendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, memanbah penambahan berat badan. Sesuai diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper. 


Kita hanya mampu berusaha  tanpa berputus asa dan berdoa. Selebihnya, serahkan segalanya kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Segala yang diberi kepada kita, itu lah yang terbaik untuk kita. 

Bagi yang masih berusaha, teruskan usaha anda. InsyaAllah pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya. Selamat mencuba.


Gla Complex : 60 biji : RM 91.25 
Sehari 2 biji,teruskan makan walaupun sedang priod. Berhenti jika sudah hamil


Ingin Buat Tempahan.? Hubungi Saya.


FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor. 

11 December 2014

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Kencing manis adalah satu penyakit yang sudah biasa menyerang rakyat di Malaysia. Pelbagai kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan NGO untuk memberi kesedaran kepada rakyat bahaya kencing manis. Tetapi sejauh mana rakyat paham dan ambil tindakkan serius dalam hal ini.?
Disini Farah ingin kongsi maklumat mengenai kencing manis.




Penyakit kencing manis / diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.


Jenis-jenis Diabetes Mellitus


Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

  • Diabetes mellitus jenis 1.
  • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.


Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.




Punca Diabetes Mellitus

Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.

  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).





Gejala @ Tanda

Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:


  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
  • Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.


Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:


  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
  • Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).





Diabetic ketoacidosis (DKA)


  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
  • Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.


Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:


  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
  • Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Penyakit kencing manis tidak hanya berlaku di kalangan orang dewasa. Malah  di kalangan kanak-kanak juga mudah mendapat penyakit ini. Rawatan awal amat di galakkan bagi mengelak perkara yang lebih buruk terjadi. Oleh itu, sama-sama kita memupuk kesedaran terhadap penyakit ini dikalangan orang sekeliling kita. ..Hidup Lebih Sihat Tanpa Penyakit..


Suplement Yang Boleh Membantu


VIVIX : RM 475.00
Antioksidan yang paling baik. Dan bantu anda mengelakkan pembentukan protein AGE dan membaiki sel. Meningkatkan tenaga pada sel di peringkat selular.




ESP : RM 150.00
Membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan membantu pankreas menghasilkan insulin.




GLA COMPLEX : RM 91.25
Ejen anti radang  dan membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf.



VITA-C PLUS : RM 92.50
Berfungsi meningkatkan imuniti. Melawan jangkitan  dan mengelakkan gula dalam sel menjadi gula alkohol. Dan membantu menurunkan risiko kerosakan penglihatan dan ginjal. Serta menjaga kesihatan arteri.




OMEGA GUARD : RM 136.00
Membantu anda menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.



VITA- LEA : RM 88.75

Kromium diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh sel.





ZINC COMPLEX : RM 33.75
Membantu dalam penyembuhan luka. Biasanya pesakit diabetes apabila mengalami luka akan lambat proses penyembuhan luka tersebut menjadi kering. Dengan pengambilan Zinx Complex boleh membantu  anda untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.




TEMPAH SEKARANG


Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

02 August 2014

Set KeSuburan

Anda sudah berkhawin.? Setahun.?2 tahun.? bertahun-tahun.? Tapi masih belum dikurniakan zuriat.? Tiada apa-apa masalah.? Rungsing...
Usah risau,jangan berputus asa.. Teruskan berusaha dan Berdoa.. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Kat sni,Farah nak share cikit Usaha yang boleh anda lakukan. Harap dapat membantu.


 Langkah yang Perlu Dilakukan
  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap. Pemakanan amat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan dan juga memberi tenaga. 
  •  Hindari penggunaan pencuci faraj dan juga wangian faraj. Ini kerana ia akan menyukarkan sperma untuk hidup dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian untuk hamil.
  • Dapatkan berat badan yang Ideal. Cuba check BMI anda dan jikalau anda dalam kategori obesiti, sila mengambil langkah-langkah untuk menurunkan berat badan.
  •  Bagi suami, pemakaian boxer adalah lebih baik daripada 'brief' kerana ia boleh menghasilkan "sperm count" yang lebih baik.
  • Pastikan haid anda teratur. Jika haid anda tidak teratur akan menyukarkan kehamilan. Perbetulkan hormon supaya haid anda akan teratur dan merancang kehamilan akan menjadi lebih mudah.

Supplement Yang Perlu Diamalkan



Testimoni Berjaya Hamil Dengan Shaklee



Untuk Maklumat lanjut..
Farah
011-27794946(sms/whatsapp)


SENGGUGUT & Cara Mengatasinya

Kebanyakan wanita yang kedatangan haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakan yamh di panggil Senggugut.. Maaf Farah tidak pernah mengalaminya. Farah cuma ada kawan2 yang kebanyakan nya akan Senggugut ketika Haid. Ada yang sangat teruk,ada yang biasa2 jek... Biasa nya teruk laa... Farah nak share cikit tentang Senggugut nie dan cara mengatasinya.. InsyaAllah ape yang Farah Share nie boleh membantu kaum wanita semua.

Ape Itu Senggugut.?

Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea’.

Punca

• Memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
• Saluran pangkal rahim yang sempit.
• Penyakit-penyakit perkakas peranakan.

Sintom

• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.

Jenis-Jenis Senggugut 

Primer:
-Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
-Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
-Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:-
      1.kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk                     mengeluarkan ketulan darah haid.
     2.pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di                      kalangan gadis remaja.
-Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder.
-Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
-Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
 -Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. -Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.


Sekunder:

• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
• Antara punca penyebabnya adalah:
(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan
(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid
(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)

• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.


Sumber Dari Akademi Perubatan Islam Nur Syifa

ANGIN SENGGUGUT.

Saya baru kali pertama merawat seorang perempuan yang mengalami senggugut semenjak sembilan tahun yang lalu. Saya terdiam mendengar cerita suaminya pada malam itu setelah saya meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku disebalik peristiwa kesakitannya. Menurut suaminya , dia selalu berbual secara misteri bersama isteri sewaktu isterinya tidur. Seolah olah ada satu suara lain disebalik isterinya yang sedang tidur, tapi dia kenal itu adalah suara isterinya. Apabila bangun pagi nanti dia akan menceritakan semula pengalamannya berbual bual mengenai diri yang satu lagi semalaman itu. Sehingga akhirnya suami dapat meneka ada sesuatu keganjilan telah berlaku dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

Isterinya selalu menafikan dirinya berbual sewaktu tidur, sehingga dua tiga malam yang sudah,mereka berjumpa saya, saya rasa isterinya masih belum menerima apa yang diperkatakan oleh suami. Suaminya menceritakan satu persatu pengalamannya berbual dengan makhluk ghaib yang menumpang suara isteri setiap kali isteri tidur itu sudah berlalu dan bermula semenjak sembilan tahun yang lalu. Ini satu perkara yang tahyul dan benar benar dongeng saya rasa. Eloklah kalau saya yang menceritakan di sini, memang di sini ruangan berdongeng. Suaminya pernah berkata dengan saya budak perempuan itu berumur sekitar enam belas tahun dan dia tidak pernah memberutahu kepadanya siapakah nama sebenarnya. Kenapa dia datang dan apa yang dia lakukan semua dia beritahu kepada suaminya.

BERCAKAP DENGAN JIN SENGGUGUT.

Saya terus meminta izin dengan suaminya meminta izin untuk menyoal siasat isteri yang saya lihat semenjak dari tadi tidak memandang ke arah saya. Cara dia duduk pun dapat saya rasakan mungkin dia ada masalah batin dengan saya. Rupa rupanya benar, dia mengakui. Semenjak dari awal tadi dia sudah merasa gelisah dan risau dan bimbang, tak tau pula apa yang dirisaukan. Tapi saya lama lama dengar satu suara halus." Abang, jom lah balik..jom la bang, kita balik..Ustaz ni jahat tau .." saya pun hairan tiba tiba dia bersuara kepada suaminya dengan mengajak pula suaminya balik ke rumah.

Saya agak inilah suara suara yang selalu mengajak suaminya berbual sepanjang malam sebelum suaminya sendiri tertidur. Suaminya itu sebenarnya anak bekas tok sidang di BNO yang bekerja di Kuala Lumpur. Saya pernah berkawan dengan adik adik lelakinya termasuk Mamat. Kalau Farid saya pernah berjumpa di rumah Wak Juki Parit Baru sewaktu di jemput datang melihat anaknya yang terkena isim akibat mengamalkan ayat ayat perang. Saya seru jin yang berada di dalam perut isterinya keluar sebahagian supaya dapat bercakap dengan saya dan membuat sedikit perjanjian kalau boleh. Saya minta Kak Hasbi yang kebetulan pula datang pada malam itu untuk menjadi sarung kepada jin senggugut ini.

JIN SENGGUGUT MAKAN JANIN DAN DARAH.

"Kenapa kamu ganggu saya, kenapa kamu kacau aku nak duduk dengan dia" meracau racau marah suara keras itu memarahi saya." aku tahu kamu dah tipu kawan kawan aku, kamu perdaya dia dengan bermacam macam cara, tapi jangan ingat boleh perdaya aku..ha ha ha ha.." Terkedu saya mendengar kata katanya, seolah olah dia mengikuti perkembangan diri saya merawat dan berunding dengan jin. Memang saya memilih berunding kerana itu adalah pesan guru. Jadi pasti ada kebaikan jika menurut pesan guru. Tetapi individu lain, lain pula haknya, saya tidak boleh menghukum mereka. Kenapa saya berunding dengan mereka , sebab saya dibenarkan menyembelih mereka kalau mereka mendustakan Allah dan rasul itu sahaja.

Saya beri tawaran istimewa yang sangat sukar diperoleh jika tidak mendapat kerjasama dari bangsa jin yang sama. Kepada jin pemakan janin itu saya tawarkan makanan janin dari alam jin setiap hari semangkuk besar. Saya jemput salah seorang dari bangsa yang sama dengannya yang sememangnya suka makan darah dan janin membawakan semangkuk penuh janin di dalam pandangan jin. Setelah hidangan itu sampai, terjelir jelir lidahnya bersegera untuk menghirup darah yang ada. " Nanti dulu, saya benarkan kamu memakannya selepas kamu keluar dari tubuh ini. Dia pun bersetuju lalu dia menjerit dan perlahan lahan dia mengendurkan diri keluar dari tubuh Kak Hasbi. Saya faham ada permainan menguji kecekapan akal waktu itu sebagai tanda kebijaksanaan sang jin penipu. Dia keluar memang dah keluar tapi keluar dari tubuh Kak Hasbi masuk semula ke sarung tubuhnya yang asal juga.


Dengan izin Allah saya terus bangun dan mendekati isteri si Fadil, meminta dengan menghadapkan diri ke arah kiblat dan meluruskan kedua belah kakinya. Tidak lama selepas itu isteriny terjatuh ke lantai simen, segera dipapah oleh suaminya yang kebetulan pun memang ada disebelahnya. Tidak lama kemudian isterinya kembali pulih dari lemah dan ingatannya pulih segera, dia bercerita kepada saya banyak angin telah keluar sebenatar tadi. Senak perutnya selama ini tiba tiba hilang serta merta. tetapi badannya terasa amat lemah sekali. Saya bersyukur ke hadrat Allah saya dapat berunding dan mengeluarkan jin pemakan darah dan janin wanita itu selama ini. Hanya dengan bantuan dari Allah..

Supplement Cadangan Shaklee.





Cara Makan:- 
2 biji sehari sekali makan. Makan setiap hari walaupon sedang haid. 
** Berhenti makan jika sudah hamil

Alhamdulillah,setakat ini sahaja yang Farah dapat Share.. Moga apa yang Farah share dapat membantu kaum wanita untuk mengatasi masalah senggugut nie.. Sama-sama kite berusaha. dalam berusaha jangan pula kita putus berdoa.. Berdoa dan terus berdoa. Agar diberi kesihatan yang baik.. Aamiin..

Untuk Maklumat lanjut hubungi 
Farah 
011-27794946(sms/whatsapp)


11 July 2014

GLA Complex



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


Fungsi utama GLA Complex ini adalah:


  • meningkatkan kesuburan
  • menormalkan kitaran haid
  • mengurangkan senggugut
  • menstabilkan hormon
  • mengurangkan symptom menapouse
Bagi mereka yang sudah berkhawin tetapi masih belum dikurniakan zuriat atau mereka yang sudah lama tidak hamil lagi. Anda boleh mengamal kan GLA Complex ini untuk membantu tahap kesuburan anda.
Alhamdulillah,ramai juga yang berjaya halim setelah mereka mengamalkan pemakanan GLA ini..

Antara Lain Fungsi GLA Complex


  • Membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita
  • Melegakan Pre-Menstrual Syndrome (PMS)
  • Menstabilkan hormon didalam badan
  • Membantu dan mengawalatur kitaran haid
  • Membantu dan menangani dalam proses menopause/putus haid
  • Diperkaya dengan Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh badan secara semulajadi
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Membantu menangani masalah ekzema
  • Membantu mengawal kolestrol, kencing manis dan darah tinggi
  • Melegakan simptom akibat daripada reumatoid athritis


Cara Makan:- 
  •  2 biji sehari sekali makan.
  • Setiap hari walaupun sedang haid
  • Berhenti jika sudah Hamil
Anda juga boleh menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya mengatasi masalah masing-masing. Tidak salah jika anda mencuba. Kita berusaha dan Allah SWT penentu nya.. Semoga Allah dapat membantu anda yang dalam kesusahan. aamiin..

Hubungi Saya:
Farah
011-27794946 ( sms/whatspp)

30 June 2014

Testimoni Berjaya Hamil

Set Kesuburan Shaklee

Antara produk Shaklee yang terhangat selain ESP ialah GLA COMPLEX.  Bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.,InsyaAllah Set ini dapat membantu anda, kita hanya berusaha tanpa putus asa, rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah, berkat usaha dan doakan kita yang istiqamah akan diberikan rezeki oleh-Nya..

GLA COMPLEX MEMBANTU KEHAMILAN?

GLA COMPLEX SHAKLEE merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Antara fungsi GLA Complex ini adalah membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil. Apabila haid tidak teratur, maka amatlah sukar untuk menentukan hari subur anda. GLA Complex dapat menstabilkan dan menyeimbangkan hormon, dan mengatur semula haid. Maka peluang untuk  mendapat anak akan lebih cerah.

Selain itu, ia juga membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Pada hari subur, wanita akan menghasilkan sejenis cecair dan pastikan ianya berwarna putih telur (cecair berkualiti). Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Maka amat penting untuk mendapatkan cecair serviks yang subur dan berkualiti kerana peluang untuk hamil akan bertambah cerah...insyaAllah.


Tidak rugi mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai salah satu usaha sebelum berserah kepada-Nya.

Kelebihan

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
  • Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
  • Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.


Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...