Bayi Anda Selalu Menangis Berjam-jam Di Waktu Tertentu Setiap Hari? Hati-hati. Mungkin Si Kecil Mengalami Kolik Pada Bayi.

Kolik adalah ketika bayi yang dalam keadaan yang sihat tetapi sering menangis secara berlebihan. 

Kolik bayi terjadi pada beberapa minggu awal setelah bayi lahir dan akan berhenti setelah bayi berusia 4 bulan. 

Biasanya bayi menangis di waktu petang dan sukar diredakan hingga beberapa jam.

Sebagai ibubapa pasti akan berasa susah hati bagi bayi anda, kecewa kerana anda tidak dapat membantunya, marah kerana anda sudah letih menenangkannya dan mudah menangis sebab kekurangan tidur.

Image result for kolik bayi


Punca Kolik



  • Asid reflux boleh menyebabkan perut bayi dalam keadaan sangat tidak selesa
  • Alah pada protien susu dalam susu formula atau laktosa. Kebanyakkan bayi yang mengalaminya adalah bayi yang minum susu dari susu formula
  • Bayi alah pada sesetengah makanan yang dimakan oleh ibu bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Oleh itu, ibu perlu elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi seperti makanan pedas, berminyak, berlemak, terlalu berempah dan berkafein tinggi.
  • Sistem gastrousus bayi yang belum matang yang boleh menyebabkan bayi mudah kembung perut dan berangin
  • Sistem saraf pusat bayi yang masih belum matang dan tidak stabil dan amat sensitif pada sebarang ransangan. Oleh itu, penjagaan pusat bayi semasa baru lahir amat penting. Pakaikan barut dan bedung bayi untuk elakkan perut berangin
  • Terdedah pada keadaan yang melampau seperti keadaan bising, pengudaraan rumah yang kurang baik, panas.

Tanda-tanda Kolik 

  • menangis tanpa henti sekurang-kurangnya lebih dari sejam
  • sukar untuk menenangkan bayi yang menangis
  • perut mengeras
  • menangis dengan tangisan yang kuat dan muka kemerah-merahan
  • selalunya menangis di waktu malam

Rawatan Awal


Urutan bayi dengan lembut pada badan bayi anda dengan tangan anda sendiri sedikit sebanyak membantu menenangkan bayi anda.

Sebagai sebahagian daripada rutin urutan, anda juga boleh mengurut lembut buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari bayi anda.

Urutan tangan yang lembut merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan anda, badan bayi dan suami anda jika dia sedang memerhatikan. 

Oksitosin ialah hormon yang memberi anda perasaan sayang dan kasih apabila anda memeluk erat bayi anda atau ketika anda menyusukannya.

Anda boleh urut bayi anda dengan menggunakan Krim Herbal Blend bagi melegakan ketidakselesaan yang bayi anda alami.

Image result for herbal blend

Wassup . Farah . 011 277 94946 .