09 February 2015

Di Lema Jerawat..?? 7 Cara Yang Boleh Membantu..

Masalah jerawat sering merungsingkan fikiran setiap orang terutama sekali kaum wanita. Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.



7 Cara Atasi Masalah Jerawat


1 Cuci Kulit Wajah  

Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).

2 Jangan Memicit Jerawat

Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasinya.

3 Gunakan Krim Pelembap

Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar rumah pada waktu siang.

4 Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap

Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit, sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata dan jika kurang sesuai, baru ditukar.

5 Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral

Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.

6 Amalkan Pemakanan Sesuai

Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.

7 Minum Air Kosong

Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.

Selamat Mencuba.

Mengenai Kecantikan:-

Petua Kecantikan

Tips Kecantikan Lain





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...