RESIPI : Asam Pedas Ikan Pari

Mesti ramai yang suka resipi nie. Farah agak kurang gemar makan ikan pari. Sejak hamilkan Fiqar dulu,memang tak makan langsung ikan pari. Rasa nak muntah kalau bau ikan ini. Sekarang nie pun baru nak belajar semula makan ikan pari. Tapi tak ape. Farah kongsi resipi ini ok. 



Selamat Mencuba

Bahan-bahannya


  • ikan pari
  • belacan
  • cili kering- dikisar
  • bawang merah- dikisar
  • serai- dikisar
  • air asam jawa
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • daun kari
  • kacang bendi
  • tomato


Cara Menyediakannya


  1. panaskan minyak dan masukkan belacan goreng sehingga naik bau
  2. tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama belacan sehingga pecah  minyak
  3. tuangkan air asam jawa dan masukkan daun kesum dan bunga kantan dan daun kari
  4. seterusnya, masukkan  ikan, kacang benci dan tomato
  5. akhir sekali masukkan perasa dan tunggu sehingga ikan masak
  6. sedia dihidangkan


Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor