Petua Mendidik Anak

Bagi para Ibu Bapa yang masih baru mendapat anak..Mesti ingin tahu tips @ petua mendidik anak yang betul. Setiap ibubapa pasti mahu kan yang terbaik untuk anak mereka. Seperti  FArah juga yang baru 1tahun 7bulan bergelar ummi.,Farah masih lagi belajar cara mendidik anak dengan baik dan mengikut ajaran agama Islam. Kadang kadang kita terlepas pandang,ataupun baru tahu cara kita mendidik anak adalah salah.. Xmengapa.,sebelum terlambat,kita perbaiki kesilapan kita untuk kebaikan anak. Dalam pada masa yang sama juga,kita perlu teruskan berdoa agar anak kita mudah menerima apa yang kita ajar kepada mereka.
Jom,Farah ada bagi sedikit tips mendidik anak..


Pertama
Setiap malam,semasa anak sedang tidur, kita wiridkan "Ya Latif" ke ubun-ubun anak seberapa banyak yang mungkin. 100 kali.

Kedua
Selepas wirid,bacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Insyirah. 1 Kali.

Ketiga
Memanggil nama nya,dan berbuallah dengan anak ketika anak sedang tidur. Berbual yang berusurkan nasihat,impian kita terhadap anak,bercerita. Berbicara dengan penuh kasih sayang,sesungguhnya setiap perkataan yang kita lontarkan keatas anak ketika anak tidur amat berkesan terhadap jiwa dan roh nya.

KeEmpat
Ketika kita baru lepas mengambil wuduk (ibu dan bapa ), rajinkan lah menyapu air wuduk yang masih basah ditangan ke muka dan ubun-ubun anak.

KeLima
Selalu bergurau,bermain dan sering mendengar keluhan anak. Walau sesibuk mana pon ibubapa,luangkan lah sedikit masa untuk anak-anak. Agar anak tidak merasa terpinggir,kesunyian. Cuba pahami kehendak anak-anak. Tapi perlu di awasi kehendak anak yang melampau.. Mendengar setiap pendapat dari anak yang mungkin berbeza dari pendapat kita. Dan cuba selesaikan dengan bijak.

KeEnam
Bersabar dan berfikiran positif. Ibu Bapa jangan sesekali meluahkan rasa marah terhadap anak secara keterlaluan. Bagi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Jangan sampai mendera.

KeTujuh
Ajar anak dengan sifat SIMPATI. Apabila berjumpa dengan orang lain yang berada di dalam kesusahan seperti orang meminta sedekah,hulurkan lah kepada anak duit dan suruh anak serahkan duit tersebut kepada orang yang susah itu. Walaupon hanya RM1, kita perlu mengajar anak kita bersedekah..

Ke Lapan
Menyuruh anak berdikari,. Seperti makan,pakai kasut @ selipar ketika hendak keluar rumah. Sebersar kuman yang kita jar kepada anak memberi impak yang besar terhadap perkembangan otak anak kita.

KeSembilan
Berikan anak anak makanan yang sihat untuk kebaikan pembesarkan anak. Ibubapa juga perlu menjaga sikap,seperti tidak bergaduh di depan anak anak.Bergaduh lah di dalam bilik dan tidak di dengari oleh anak. Jangan memberi tekanan kepada anak kerana akan memberi impak terhadap emosi anak dan sikap suka berdendam.

KeSepuluh
Jangan pilih kasih dan membezakan kasih sayang dan layanan terhadap anak anak lain. Sama ada anak lelaki atau perempuan didik lah secara seimbang.

Kesimpulannya, kita tidak boleh terlalu mengharap untuk menjadikan anak kita begitu sempurna di mata kita.. Biarlah anak menjadi diri mereka sendiri dengan bimbingan daripada kita yang tidak terlalu memaksa mereka. Tidak semua manusia sempurna. Sekian sahaja semoga apa yang Farah kongsi dapat membantu ibubapa muda mendidik anak menjadi anak yang baik,soleh dan soleha. Yang baik datangnya dari ALLAH, jagn buruk datangnya dari kesilapan FArah sendiri. Sekian Wassalam.



Supplement yang baikk untuk anak.











Untuk Tempahan Hubungi Saya.
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)
FB :- Kecik Sangat