20 August 2014

Kehamilan - Shaklee

Hari ini Farah nak kongsi cikit tentang masalah yang sering berlaku ketika hamil.Semua kaum wanita yang sedang hamil pasti mempunyai masalah yang tersendiri. Tak kira lah wanita tersebut mempunyai pengalaman atau tidak..Kerana masalah yang timbul kebiasaan nya tidak sama disetiap kehamilan. Setiap orang juga mempunyai pengalaman tersendiri. Jom kita teroka.

Antara Masalah Yang Berlaku Ketika Hamil 

1. Masalah Cirit Birit Ketika Hamil

  • Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah masalah tersilap makan. Tentu sahaja bakal ibu berasa bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan.
  • Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.
  • Kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. 

LAngakah Rawatan Awal

  • Banyak berehat kerana anda pasti keletihan akibat kehilangan banyak tenaga.
  • Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
  • Anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
  • Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
  • Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
  • Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.

2. SEsak Nafas
  • Kadang kala ada ibu hamil yang sering mengalami masalah sesak nafas atau cepat berasa mengah sepanjang kehamilannya.
  • Ia akan mengganggu pergerakan anda dan lebih membuatkan tidak selesa, tiada ubat yang boleh menyembuhkan sesak nafas anda sepanjang tempoh kehamilan ini.

Tip mengurangkan masalah sesak nafas ketika hamil
  • Makan dengan teratur dan perhatikan apa yang anda makan. Makan makanan yang berkhasiat untuk ibu dan bayi namun jangan sampai berlebihan. Makan berlebihan hanya akan membuatkan berat anda naik mendadak sehingga sukar dikawal. Berat badan yang berlebihan hanya akan menambah kesukaran untuk ibu bernafas. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari serta jangan lupa minum air masak secukupnya. Ia penting untuk mengekalkan fokus dan tenaga anda.
  • Pastikan postur badan anda tetap tegap. Ini membantu bahu dan punggung menarik tulang rusuk sehingga memberikan sedikit ruang untuk paru-paru.
  • Duduk beberapa minit banyak membantu ibu hamil. Ini kerana duduk dapat membantu ibu menenangkan diri sehingga membolehkan bernafas dengan lebih tenang.
3. Perubahan Warna Kulit
  • Salah satunya adalah perubahan warna kulit di beberapa bahagian tubuh badan. Ada wanita hamil yang mengadu pelik melihat berlaku perubahan warna kulit di beberapa bahagian badan mereka seperti ketiak, celak paha, leher bahkan muka. Ia pastinya sesuatu yang kurang menyenangkan terutama sekiranya anda memiliki jenis kulit cerah namun ketika hamil, kulit menjadi gelap dan kusam.
  • Tetapi jangan bimbang kerana ia hanya perubahan hormon dan biasanya akan berakhir selepas anda melahirkan bayi. Bagaimanapun perubahan pada warna kulit yang terjadi kepada hampir semua wanita hamil adalah kulit areola payu dara menjadi lebih gelap berbanding sebelumnya. Ia adalah perkara normal akibat perubahan hormon badan kerana anda hamil.
  • Bahkan wujudnya titik-titik pada kawasan areola yang semakin jelas jika disentuh. Puting payu dara juga semakin meregang sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. Di samping itu, jika anda perhatikan bahagian organ seksual anda turut mengalami perubahan warna menjadi merah muda keungguan.
4. Kekejangan
  • Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
  • Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Atasinya Dengan
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tip elakkan kekejangan betis
  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
5. Tangan Bengkak
  • Terasa malu hendak menghulurkan tangan untuk bersalam kerana jari-jemari membengkak. Ia mungkin menjadi masalah anda ketika hamil. Tetapi bukan semua orang mengalaminya.
  • Mengapa masalah bengkak terjadi pada jari tangan dan buku lali di kalangan sesetengah ibu hamil? Masalah bengkak ketika hamil dikenali sebagai edema. Ia merupakan perkara biasa semama kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Ini biasanya tidak perlu dirisaukan.
  • Antara simptom yang dialami adalah sedikit bengkakan pada buku lali, terutamanya apabila cuaca panas dan pada penghujung hari.
  • Sepatutnya, ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa. Anda juga mungkin menyedari keadaan jari tangan yang kaku dan membengkak pada waktu pagi, dan cincin anda sudah tidak muat dipakai.
Apa yang perlu dilakukan?
  • Berehat dengan meletakkan kaki ke atas.
  • Cuba senaman kaki yang ringan. Pegang tangan anda di atas kepala, gerakan sendi, dan regangkan setiap jari.
  • Berjumpalah dengan doktor anda. Tanda bengkakan yang berlebihan mungkin petanda penyakit praeklampsia.
Sampai Disini Saja yang Farah dapat share..tetapi jika kita teoka lagi..MAsih banyak masalah yang terjadi dikalangan ibu mengandung.. Apa pon masalh yang anda alami,jangan malu dan takut untuk bercerita dan berjumpa doktor. Anda perlu mendapatkan nasihat supaya masalah tersebut tidak membayakan nyawa anda dan juga bayi anda. Semoga apa yang FArah kongsi ini memberi manfaat yang berguna untuk anda. Selamat untuk semua.

***cerdit to Majalah Pa&Ma

Supplement yang boleh diamalkan dalam kehamilan


Untuk Maklumat Lanjut Hubungi Saya
Farah 011-27794946 (sms/whatsapp)









No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...