04 February 2019

7 Petua Mengatasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum 😄

Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Bagi wanita biasa, keguguran rambut sehari adalah dalam lingkungan 50 hingga 100 helai. 

Namun, semasa mengandung, pertambahan hormon estrogen akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak, menjadi tebal dan lebih sihat berbanding biasa.

Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan turun mendadak ke paras normal. Penurunan hormon estrogen ini mengambil masa 2 hingga 3 bulan atau ada yang mencapai sehingga 9 bulan lamanya bergantung kepada badan ibu. Jadi, di sepanjang tempoh penurunan ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang amat teruk.

Selepas tempoh tersebut, proses keguguran rambut akan kembali seperti asal. Pertumbuhan serta keadaan rambut juga akan kembali normal seperti sebelum hamil. 

Walau bagaimanapun, ibu usah risau, situasi ini tidak akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.


Tentu ibu tertanya-tanya, adakah cara untuk mengatasi masalah ni kan? atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keguguran rambut, silap langkah boleh botak pula. 




Jom kita baca petua yang Kecik kongsi, di bawah:


Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin


  1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.
  2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.
  3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.
  4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.
  5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.
  7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.





Sekiranya masalah ibu bertambah teruk, sila berjumpa doktor dengan segera. Usah tunggu sehingga botak pula ya. 

Diharap sedikit petua ini boleh membantu ibu menghadapi krisis rambut gugur selepas bersalin. Bertabahlah ibu, ia pasti akan berakhir juga. 😊





❤ Sharing With Love ❤

Kecik
ID 1116479
WhatsApp : 01127794946

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...