31 August 2018

Resveratrol dan Polifenol Membantu Melindungi Sel & DNA Daripada Kerosakan

Assalamualaikum . Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 61. 


Vivix mampu melindungi sel daripada rosak. Bagaimana.?



Telomeres . Seakan “cap” yang melindungi Sel & DNA daripada kerosakan. Penuaan dan serangan radikal bebas akan menyebabkan telomeres ini menjadi semakin pendek dan kemudiannya terus rosak dan sel akan mati.

Sel yang telah mati dan tidak ada sel baru yang terbina, kita akan mendapat penyakit terutamanya yang berkaitan dengan penuaan dan serangan radikal bebas seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan banyak lagi penyakit kronik yang lain.


Maka Vivix berfungsi untuk memastikan “cap” atau telomeres ini sentiasa panjang dan sel/DNA akan terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas.

Oleh itu dengan mengamalkan Vivix dan menjadikan Vivix sebagai minuman harian, dapat membantu menjaga sel badan daripada kerosakan yang teruk dan juga dapat membina sel baru yang lebih sihat.

Harga Vivix Shaklee : 150ml : RM475.00 . 




Boleh Klik untuk belian secara online. Bayaran dibuat dengan kad kredit / debit >> BELI VIVIX ONLINE

Nak Jimat dengan belian VIvix Shaklee? Boleh terus wasap saya :)



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

30 August 2018

5 Tanda Baby Kita Cukup Susu Badan

Assalamualaikum

Kebanyakan dari kita tidak pasti, susu yang baby minum cukup ke tidak. Rasanya baby dah minum lama dah, tapi bila tak bagi je, menangis. Masih tercari-cari lagi susu. Kita sebagai ibu ni mula la rasa risau, tak cukup susu ke? Nak kena tambah susu formula ke?



No no no. tak perlu risau sebab.? Meh tengok saiz perut anak kita.


Tanda Baby Cukup Susu Badan


  1. Payudara terasa lembut selepas sesi menyusukan, sebab baby kita telah ‘mengosongkannya’.
  2. Selepas setiap kali sesi penyusuan, baby kelihatan tenang dan berpuas hati.
  3. Selepas kehilangan sedikit berat badan selepas dilahirkan, baby kita berterusan naik berat badannya (kebanyakan baby akan kehilangan berat badan mereka sebanyak 5-9% daripada berat semasa mereka dilahirkan, dan akan bertambah semula berat badan mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
  4. Beberapa hari selepas dilahirkan, baby kita akan mendapat susu pertama yang digelar kolestrum. Pada waktu ini, baby kita cuma akan menggunakan 1-2 lampin basah sehari. Tapi selepas susu kita dah banyak, baby akan menggunakan 6-8 lampin kain (cloth diapers) ataupun 5-6 lampin pakai buang (pampers) sehari. Tapi ini bergantung juga pada baby kita.
  5. Pada bulan pertama, baby kita akan buang air besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan menjadi kuning keemasan bermula pada hari ke-5 selepas kelahirannya. Bila usianya dah menginjak 1 bulan, aktiviti membuang air besar ini akan berkurangan. Seringkali juga terjadi, baby yang menyusu sepenuhnya susu ibu ni tak membuang air besar pun sehari. Tapi takpe, bila baby dah mula makan pada usianya 6 bulan, membuang air besar sehari sekali akan menjadi rutin sehariannya.

Tanda Baby Tidak Cukup Susu

  1. Baby kehilangan berat badan yang berterusan. Anda perlu perhatikan, sekiranya baby kehilangan berat badan secara berterusan selama 5 hari, bersegeralah berjumpa dengan doctor.
  2. Baby hanya menggunakan kurang dari 8 lampin kain ataupun 6 pampers dalam masa 24 jam, selepas 5 hari kelahirannya.
  3. Selepas hari ke-5 kelahirannya, baby anda masih mempunyai najis yang sedikit dan berwarna gelap.
  4. Warna urine baby anda sedikit gelap iaitu seperti warna jus epal (sekiranya urine baby pudar atau jernih, ini menandakan ia mendapat susu yang mencukupi, tapi sekiranya ia lebih pekat, ini menandakan yang baby tidak mendapat susu yang cukup)
  5. Payudara tidak rasa sebarang perubahan. Tidak menjadi lebih lembut seperti sebelumnya
  6. Anda tidak mendengar baby menelan susu yang diminum. (Tapi ada sesetengah baby memang senyap je dan kita tak dapat nak dengar bunyi telan pun. Jika baby anda tergolong dalam kategori ini, jangan risau ye)

Sekiranya anda mengalami masalah susu merudum, jangan sedih. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan penghasilan susu. Anda boleh Makanan Penggalak Susu Ibu yang boleh membantu membantu penghasilan susu ibu.

Anda juga perlu melakukan Power Pumping setiap hari untuk menghantar signal ke otak yang anda memerlukan lebih banyak susu untuk baby anda.

Yang penting jangan stress, banyakkan minum air masak dan kerap menyusukan dan mengepam untuk si manja. Inshaa Allah, usaha yang tidak putus akan dibayar oleh Allah.

Semoga kita semua dapat menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun, seperti yang telah disyariatkan oleh-Nya.

Bagi yang ada masalah Puting Tengelam, ini adalah penyelesaian nya >>  Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946



29 August 2018

BUASIR KETIKA HAMIL SEMBUH & JAUNDICE CEPAT TURUN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.


Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. 

Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.


Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. 

Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex

Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 


Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. 

Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. 

Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 


Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix

Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice 


Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. 

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. 

Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 


Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!


Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946


28 August 2018

SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG


Hai semua. Assalamualaikum! 

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee. 

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi. 

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak. 

Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM! 

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah satu lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu. 

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin-vitamin ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa. 

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu-ibu. TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla dua tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O. 

Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak. 

Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga! 

Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi. 

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

Tu lah pengalaman nadim dengan set menyusu shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang. 

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!


Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon! 


Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!







Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

Klik  Untuk Belian Set Penyusuan Shaklee Secara Kad Kredit / Debit Kad >> SET MENYUSU SHAKLEE

27 August 2018

5 Tips kurangkan rasa MALU berniaga secara online


 1. Check apa niat anda berniaga. Takkan niat yang baik pun malu nak buat.

2. Kenapa anda perlu berniaga? Sebab anak-anak? Sebab mak bapa?

Cari satu sebab yang walau apapun org cakap, anda peduli sebab anda lebih pentingkan mereka.

3. Apa sebenarnya yang anda malukan sangat dengan berniaga atau mengaku anda adalah seller?

Rasullullah, manusia teragung pun berniaga.

4. Jangan fikiran negatif sebelum mencuba, (takut org kata, takut org kutuk, takut kena sindir).

Belum terjadi pun. Buat apa mau takut dengan benda belum jadi?

Jangan buang masa fikir apa yang orang lain nak cakap.

5. Bila mana anda rasa berniaga online itu low standard, tiada class, fikir balik, ORANG YANG PALING KAYA DI DUNIA adalah orang yang berniaga.


Jadi berniagalah dengan jujur dan ikhlas membantu orang. 😉😉
Kejayaan Bermula dari Diri Kita Sendiri.

Nak join Projek Duit Kepuk Kepuk saya.? Meh wasap .



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

21 August 2018

Bagaimana untuk memastikan bayi anda mendapat susu foremilk dan hindmilk dengan seimbang?

Assalamualaikum

Susu ibu sangat banyak manfaat dan ibu sangat disarankan untuk menyusukan bayi anda sendiri dengan susu ibu sehingga mereka berusia 2 tahun.

Khasiat susu ibu memang tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat pelbagai manfaat yang menakjubkan. Ada bayi yang menyusu susu ibu mempunyai badan montel, sihat walafiat. Ada juga bayi yang kelihatan kurus sedangkan dia menyusu susu ibu.

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkannya. Salah satunya ada kebenaran perkaitan dengan foremilk dan hindmilk. Sebab itu kita kena kenal dan tahu untuk mudah kita perhatikan anak-anak kita terutama yang menghadapi masalah dalam pertambahan berat badan.

Awal kelahiran ibu akan mengeluarkan “kolosterum” dari payudaranya. Masa ini belum lagi keluar air susu. Dalam jam-jam pertama kelahiran, cecair emas ini (kolusterum) sangat perlu diberikan pada bayi anda.


Ia mengandungi antibodi yang boleh membuatkan bayi anda sihat dan terhindar dari jangkitan. Sangat-sangat rugi jika ibu-ibu terlepas salurkannya kepada bayi.



Perbezaan Hindmilk dan Foremilk


Foremilk bertekstur lebih cair kerana ia kurang lemak tetapi kaya dengan laktosa. Ini tidak bermakna ianya tidak bagus kerana fungsinya boleh menghilangkan dahaga pada bayi.

Apabila bayi menyusu, foremilk akan diterima olehnya dahulu yang mana boleh menghilangkan dahaga bayi. Diikuti selepas itu barulah hindmilk akan menyusul.

Dapat diperhatikan semasa cuaca panas, ibu akan lebih banyak mengeluarkan foremilk ini. Sungguh ajaib ciptaan Tuhan yang memberikan fungsi susu ibu sebegini rupa.

Hindmilk pula adalah susu yang rendah laktosa dan tetapi kaya dengan lemak. Ianya bertekstur lebih berkrim. Ia mengandungi banyak kalori untuk bantu pertumbuhan bayi.


Maka lengkaplah keperluan bayi kerana ia menerima foremilk yang kaya dengan laktosa untuk tenaga dan pertumbuhan otak manakala hindmilk kaya dengan kalori untuk bantu perkembangan pertumbuhan bayi.

Apa akan jadi jika baby tidak mendapat susu foremilk dan hindmilk yang seimbang?


Bayi boleh mendapat susu foremilk yang lebih banyak berbanding hindmilk apabila ibu mempunyai susu yang terlalu banyak. Sebelum sampai susu hindmilk, bayi sudah kenyang, atau mungkin dan tertidur.

Susu foremilk kaya dengan laktosa. Lebihan laktosa menyebabkan najis bayi berwarna hijau dan lebih berasid.

Simptom bayi tidak mendapat susu foremilk dan hindmilk yang seimbang adalah :



  • Najis berwarna hijau
  • Bayi banyak buang air besar
  • Perut kembung
  • Bayi sentiasa nak menyusu, tapi nampak macam tak kenyang
  • Ada darah dalam najis
  • Berat susah naik
  • Ruam lampin sebab najis lebih berasid



Adakah Bermakna Badan Mengeluarkan 2 Jenis Susu Yang Berbeza?


Tidak. Susu badan ibu adalah hanya satu jenis sahaja dan ia sudah pun dihasilkan di sel yang mengeluarkan susu. Apa yang membezakan ia menjadi terbahagi dua adalah apabila proses pengumpulan di salur susu itu dan tempoh masa ia dikeluarkan.

Perjalanan masa itu membuatkan bahagian susu yang “lebih berair” akan jatuh dulu ke bahagian puting susu diikuti dengan hindmilk tadi yang lebih berkrim.


Sebab itulah semakin lama jarak masa antara penyusuan dengan penyusuan seterusnya akan memberi kesan pada tekstur susu itu sendiri. Jarak yang lama akan menyebabkan susu badan lebih cair.

Bagaimana untuk memastikan bayi anda mendapat kedua-duanya dengan seimbang? 


  • Susukan bayi anda sebelah payudara lebih lama. Jangan suka tukar-tukar payudara. Baru lima minit payudara kanan, sudah tukar kepada payudara kiri. Akibatnya ada kemungkinan bayi anda tidak sempat mendapat hindmilk. 
  • Susukan bayi anda dengan kerap, jangan jarakkan masa terlalu lama antara satu penyusuan dengan yang seterusnya. Tempoh penyusuan jarak yang terlalu lama akan membuatkan lebih banyak susu yang cair dihasilkan. Akhirnya bayi akan kenyang dengan foremilk tanpa sempat mendapat hindmilk.


Nikmati perjalanan penyusuan ini dengan penuh keihklasan dan kasih sayang. Semoga lebih ramai ibu-ibu akan berjaya menyusukan bayi mereka lebih lama.





Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

Klik  Untuk Belian Set Penyusuan Shaklee Secara Kad Kredit / Debit Kad >> SET MENYUSU SHAKLEE





20 August 2018

Agen Shaklee Batu Pahat

Assalamualaikum

Kecik adalah Agen Shaklee Batu Pahat. Kepada sesiapa yang berada di kawasan Batu Pahat, Sri Gading, Parit Raja, Tongkang Pecah, Sri Medan, Minyak Beku , Senggarang dan Tanjung Labuh boleh  hubungi Kecik untuk dapatkan vitamin shaklee. Segala kos adalah PERCUMA.

Yanng berada diluar kawasan yang di sebutkan. Kecik boleh juga COD jika tiada apa-apa halangan. Kecik juga boleh gunakan khidmat pos untuk yang jauh. Untuk belian SET, FREE POSTAGE akan diberikan. 

Untuk belian satu produk sahaja, kos postage RM10 akan dikenakan.. Jadi, belilah SET . Lebih jimat. =)

Antara set yang Kecik boleh sediakan adalah :


  • Set Menyusu
  • Set Hamil
  • Set Berpantang
  • Set Detox
  • Set Kurus
  • Set Kesuburan
  • Set Kecantikan
  • Set Kesihatan Lelaki / Wanita
  • Set Kanak-Kanak
  • Set Kencing Manis
  • Set Sembelit
Pelbagai set lagi yang Kecik boleh cadangkan yang bersesuaian dengan bajet anda. Jangan risau ye.. Nyatakan bajet anda, Kecik akan tolong.



Dapatkan Dari Saya :


♥ free membership bernilai rm69 ( jika memenuhi syarat belian )
♥ consultation seumur hidup dari saya

♥ Peluang berniaga from zero to hero


Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

19 August 2018

Air Susu Ibu Dah Tak Ada? Apa Yang Perlu Ibu Buat?

Assalamualaikum

Sudah menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan anak sepenuhnya sekurang-kurangnya hingga umur 2 tahun. 

Namun, ada ketikanya, supply susu makin berkurang membuatkan ada ibu yang mula putus asa. Ada yang merasakan perkara itu normal dan mula memberikan susu formula. 

Malangnya, apabila susu formula mula diberi kepada anak, supply susu menjadi semakin kurang.


Jadi bagaimana nak banyakkan susu badan semula? 



Konsep penyusuan adalah mudah. DEMAND AND SUPPLY.  Bila ada permintaan susu, kilang susu akan bekalkan susu itu. Gunalah milkbooster canggih macam mana pun, kalau demand sikit, hanya sedikit lah susu yang dihasilkan oleh kilang susu.




Tips banyakkan susu badan semula



1. Kerapkan bagi baby menyusu dan pam susu

Apabila baby nak susu, cubalah bagi susu badan. Namun, ada baby yang mengamuk kan, kalau susu tu sikit. Kalau macam tu, boleh bagi susu dalam botol dulu (kalai baby dah besar). Bila dia dah tak terlalu lapar, boleh la bagi direct feeding untuk rangsangan pada kilang susu supaya hasilkan susu.

Apabila ada rangsangan hisapan dari baby, kilang susu akan penuhi permintaan itu dengan menghasilkan susu.

Tingkatkan signal keperluan susu juga dengan pam susu. Seeloknya, susun jadual pam susu dengan teratur. Pam susu 2-3 jam sekali. Jika anda wanita bekerja boleh pam pada pukul 5 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari , dan waktu malam. (Ini hanya cadangan, boleh sesuaikan dengan jadual anda) 

Jika berada di rumah bersama anak, Kecik sarankan supaya anda hanya pam sebelah payudara supaya anak dapat menyusu pada sebelah payudara lagi.


2. Buat power pumping

Power pumping seeloknya dilakukan pada waktu malam.

Cara Power pumping:



Pam susu selama 20 minit



Rehat 10 minit



Sambung pam susu 10 minit



Rehat 10 minit



Sambung pam susu 10 minit



Jumlah masa: 1 jam




3. Pam susu walaupun payudara belum penuh

Pam susu ikut jadual walaupun susu pada payudara belum penuh.



4. Kosongkan payudara setelah pam

Setelah pam susu, guna tangan untuk betul-betul kosongkan payudara. Selalunya,  jika guna tangan, masih ada susu yang akan keluar walaupun ketika pam kelihatan seperti sudah habis susu keluar.


5.  Minum banyak air suam 

Air suam merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.


6. Makan makanan seimbang

Dapatkan sumber karbohidrat, protein dan vitamin daripada makanan. Makan makanan yang bervariasi mampu banyakkan susu.


7. Penggalak Susu

Boleh ambil supplement penggalak susu bagi membantu penghasilan susu ibu. Set Menyusu Shaklee adalah pilihan yang terbaik.


Untuk Belian Online Set Menyusu / Berpantang Shaklee ini . Boleh klik di gambar . Bayaran akan di lakukan dengan kredit kad / debit kad . 
RM 666.25 . 

Sila wasap saya untuk dapatkan harga RM 533.00 . Harga ini adalah jika anda sudah mendaftar sebagai ahli. Whatsapp saya untuk pendaftaran ahli. =)



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

18 August 2018

Bahaya Gila Meroyan Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Penjagaan ibu dalam pantang sangat lah penting kerana waktu ini, ibu-ibu terlalu penat setelah berhempas pulas keluarkan tenaga untuk melahirkan nyawa si kecil.



Untuk ibu bapa yang pertama kali merasai pengalaman ini, kena bersedia dari awal. Bersedia dengan perubahan dalam kehidupan anda setelah mendapat cahayamata.

Mungkin sebelum ni banyak masa terluang, tapi sekarang perlu luangkan banyak masa dengan baby pula. Kena berjaga malam atau apabila ada hari bayi meragam.


Ada setengah ibu mungkin alami perubahan yang sukar mereka nak sesuaikan diri. Terlalu penat, tekanan, keadaan persekitaran dan suasana berpantang mungkin mempengaruhi.

Pastikan ada seseorang yang boleh membantu kita. Dengan adanya pembantu, mungkin akan berkurangnya tekanan dan kepenatan yang kita alami. 

Ada orang yang boleh bantu kita selesaikan kerja-kerja tertangguh. Jika terlalu penat dan tertekan, menangislah jika perlu.

Jangan pendam perasaan. Luahkan dengan menangis. Selepas menangis, biasanya kita akan rasa lega.

Jika ada yang perlu kita dapatkan bantuan atau pandangan, berbincang dengan pasangan. Dengan berkomunikasi, pasangan ibu bapa akan lebih memahami keadaan masing-masing terutama dalam tempoh baru menimang cahayamata.


Jangan stress untuk turunkan berat badan dengan cepat. Bagi masa untuk berat kita turun dengan selesa.

Kita juga perlu bantu diri sendiri untuk berusaha elakkan diri dari masalah meroyan.

Pemakanan yang baik dan seimbang juga perlu semasa pantang. Pastikan ambil makanan berkhasiat.




Anda perlukan nutrien dari vitamin tambahan untuk bantu kesihatan berada di peringkat optimum.

Supplement yang Kecik cadangkan yang boleh membantu ibu mengawal emosi adalah GLA Complex, B Complex dan Ostematrix

B complex untuk bantu badan tenang dan elak stress. Dalam b complex tu ada vitamin b6 yang sangat bermanfaat untuk kita lebih relax.

GLA complex bagus untuk bantu kawal hormon kita supaya seimbang. Hormon yang bercelaru boleh menyebabkan masalah meroyan juga.


Ostematrix ada magnesium. Stress menyebabkan kekurangan magnesium dalam badan. Jadi kena pastikan ia sentiasa cukup.

Jadi cegah laa meroyan nie sebelum terlambat.. 



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946



17 August 2018

5 Kesilapan Yang Perlu Ibu Menyusu Tahu

Assalamualaikum

Ilmu penyusuan yang tiada penghujungnya. Setiap kelahiran berbeza pengalaman, berbeza masalah.


Jadi hari ni Kecik nak share tentang lima kesalahan yang perlu ibu menyusu elakkan secara umumnya.

Kesalahan Penyusuan Yang Ibu Menyusu Perlu Elakkan


1. Biarkan susu penuh baru nak pam

Ada ibu yang tunggu susu sampai penuh, sampai bengkak susu baru nak pam, terutama kepada ibu bekerja. 

Jangan sampai susu penuh baru nak pam tau, sebab bila kita kerap tunggu susu penuh baru nak pam, badan kita akan menghasilkan sejenis protein, iaitu 'feedback inhibitor of lactation' (FIL).

FIL ni akan hantar signal supaya kelenjar susu jangan hasilkan susu banyak-banyak dah sebab nampak macam susu ni dah lebih dari sepatutnya.

Jadi, kalenjar susu pun perlahan-lahan akan kurangkan penghasilan susu. Lama-lama, susu akan jadi makin sikit. 

So, ibu-ibu jangan tunggu payudara penuh baru nak pam, tapi pam lah ikut jadual.


2. Ibu berada dalam dalam keadaan stress dan letih

Sebenarnya ada banyak benda yang ibu-ibu nie berfikir. Lauk belum masak, rumah belum kemas, kain belum basuh, kain belum lipat, anak nak tu, anak nak ni, aish macam-macam la. =)

Walaupun nampak kecik, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kepada emosi ibu. Settle kerja rumah, badan dah penat, Suami pulak buat-buat tak nampak, lagi la bertambah stress ibu-ibu.

Jadi, sangat penting sokongan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Suami kena tolong jugak isteri, ringankan beban isteri kat rumah supaya isteri dapat rehat dan tak perlu nak fikir banyak sangat benda.

At least, ibu tak perlu fikir, rumah belum kemas, kain belum basuh, at least dah ringan beban tu sikit kan. Hehe

Yang penting, suami isteri kena sama-sama bertoleransi untuk jayakan proses penyusuan ni.


3. Ibu terlampau risau tentang proses penyusuan

Ada ibu terlampau risau, betul ke tak lekapan susu anak aku ni, anak aku ni cukup susu ke tak, anak aku ni kenyang ke tak minum susu ibu.

Ibu-ibu ragu dan risau tentang proses penyusuan menyebabkan emosi ibu terganggu. Ibu tak perlu terlampau risau tentang proses penyusuan.

Proses lekapan yang betul, kalau tak pasti sangat, boleh tanya pakar penyusuan tengok betul ke tak cara kita menyusu tu.

Pastikan proses penyusuan adalah sesuatu yang menggembirakan.


4. Ibu tak jaga makan

Bila kita menyusu baby ni, special sangat sebab kita makan untuk 2 orang. Apa yg kita makan, anak kita pun dapat. Kalau kita makan pedas, baby kita pun rasa sama, sampai ada baby yg sakit perut bila mak dia makan pedas banyak-banyak kan.

Sepanjang penyusuan, ibu-ibu digalakkan makan makanan seimbang. Kalau ada ibu yang tak makan sayur, belajar lah makan sayur demi baby anda.

Makan sayur, makan buah setiap hari supaya baby kita dapat vitamin yang diperlukan dan dapat susu terbaik. Ibu-ibu elakkan makanan yang tak berkhasiat dan makanan proses dan mengamalkan gaya hidup sihat.


5. Ibu cepat putus asa apabila susu drop dan terus bagi susu formula

Sifat seorang ibu, ingin bagi yang terbaik untuk anak. Ada ketika, susu ibu drop dan keluar sikit je. Dalam hati ibu, takut anak lapar dan terus bagi susu formula.

Malangnya, bila dah start bagi susu formula, susu makin drop sebab baby dah tak hisap susu dengan mak.

Sebaiknya, teruskan bagi baby minum dengan lebih kerap. Ibu jugak perlu buat kerja lebih dengan pam susu supaya penghasilan susu akan jadi lebih banyak.

Jangan cepat putus asa, cari lah kawan yang boleh support kita untuk teruskan proses penyusuan supaya kita dapat bagi susu terbaik untuk anak kita.

Kecik doakan supaya kita semua dapat susukan baby sepenuh nya sehingga umur 2 tahun. 




Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

3 Teknik Pam Bantu Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum. Hari ini Kecik nak share cara pam yang paling berkesan untuk tambah susu badan dengan cepat dan mudahh. Sesuai untuk ib...

Popular Posts