31 July 2018

Happy Closing Day ❤

Assalamualaikum

Hari ini sudah 31 Julai 2018 . Maka berakhirlah bulan Julai tahun nie. Biasa akhir bulan adalah hari yang paling sibuk untuk semua SID Shaklee. Cukupkan mana yang tak cukup. Mencari mana yang perlu ditambah. Mencari dimana kekurangan. Moga di awal bulan sudah ada kemajuan. 

Ok. Kecik nak cerita cikit. SID Shaklee akan layak menerima BONUS Shaklee bila sesorang itu sudah dapat kumpul minima 150uv. Pada yang belum mencapai 150uv, maka tak dapat laa BONUS. 

Untuk yang amik Shaklee untuk kegunaan sendiri pun layak menerima BONUS asalkan sudah mendaftar menjadi AHLI. Jadi tak rugi pun berbelanja dengan Shaklee.

Jadi ahli, dapat beli harga ahli yang memang banyak jimat. Belian 150uv, dapat pulak bonus. Duit bonus tuu boleh laa guna untuk beli produk shaklee. Buat tambah-tambah. Bukan senang nak dapat duit free nie.

Banyak kelebihan dapatkan.? Beli, amalkan, jimat, dapat bonus.. Bestkan.? 

Pada yang nak menjual tuu. Boleh juga. Meh whatsapp Kecik. Tak perlu risau kan modal. Kecik akan ajar cara nak dapatkan free daftar ahli shaklee. Nak mudah daftar ahli RM75. 

Tak perlu simpan stok, tak perlu keluar ke pejabat pos, tak perlu modal yang besar. Hanya modal internet sahaja. Sharing : copy & paste. 

Nak tahu lebih lagi, kena laa whtasapp. Kecik akan terangkan selanjutnya. Boleh terus whatsapp Kecik untuk join PROJEK DUIT KEPUK-KEPUK . Whatsapp di link di bawah ye.



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

30 July 2018

Pengamal Milkbooster Shaklee Sejak 2013

Assalamualaikum

Kecik amalkan Set Penyusuan Shaklee sejak tahun 2013 .

Dzulfiqar lahir 2013. Alhamdulillah Kecik menyusukannya sehingga usia 2 tahun 4 bulan. Kecik masih bekerja ketika itu. Sekarang giliran Dhia . Lahir 2017 . Alhamdulillah masih meneruskan usaha penyusuan seperti Abangnya.

Kebaikan dan manfaat yang Kecik rasa, semestinya banyak dan tak di sangka..

Dengan set ini ibu-ibu akan rasa :

√ Tambah susu

√ badan bertenaga sepanjang hari

√ Tak nak cepat lapar

√ Susu pekat supaya anak cepat kenyang

√ Kulit gebu dan menawan

Jadi Kecik memang syorkan pada semua ibu menyusu untuk mengamalkan set menyusu shaklee nie..

Untuk yang baru nak mencuba produk shaklee. Ibu boleh cuba dengan set bajet dahulu  Set Menyusu Bajet »» ESP + Alfalfa + Ostematrik.

Tetapi sekiranya anak menghidap G6PD, maka Alfalfa tak boleh ambil. Cuma ESP & Ostematrix .. insyaInsya ia juga dapat membantu ibu-ibu semua..


"JOM IBU² MENYUSU SUSUKAN ANAK SEHINGGA UMUR 2 TAHUN"



Testimoni Set Menyusu Shaklee


Saya minum ESP untuk kurus, saya campur dengan chinch shake latte. Tapi yang paling tak best bila susu melimpah ruah. Selalu jadi bengkak. Tapi setiap malam tak perlu bangun untuk menyusukan. Bagi masa mula nak tidur dah waktu subuh. Raisha kenyang lama sangat.

Yang paling tak best bila eye back makin pudar. Liang roma makin mengecil. Kesan ESP nie merebak ke seluruh badan . =)



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479


29 July 2018

Cara Jana Pendapatan Sampingan Secara Online Dengan Mudah Tanpa Modal Besar

Assalamualaikum

Anda minat nak jana pendapatan online tanpa modal yang besar.? Nak tahu macam mane.? Minat nak makan vitamin setiap bulan tanpa duit sendiri.?

jom buat bisnes Shaklee. Shaklee tawarkan BANYAK JENIS BONUS! Mereka yang usaha rebut peluang boleh rasa semua jenis bonus yang Shaklee beri. 

Selain bonus prestasi, ada bonus kereta, bonus kenaikan pangkat, insentif tambahan pada mereka yang capai level Coordinator ke atas. 

Bermula dengan makan sendiri ianya boleh berkembang menjadi bisnes yang hebat.

Bisnes shaklee saya kena buat online. Dah tentu saya tak nak berjualan rumah ke rumah. Ohh memang tidak sama sekali. Jadi caranya memang dengan online 100%. Awal-awal buat bisnes memang pelanggan belum ada.

Tetapi teruskan juga kongsi kebaikan product shaklee di blog, facebook, instagram dan lain-lain medium sosial media yang lain.

Jika anda tergerak hati untuk buat sesuatu contohnya bisnes sampingan ni, jangan segan jom sertai saya dalam group WAHMillionaire. Diasaskan oleh seorang WAHM Master Wan Fatihanum dan didedikasikan pada semua orang yang bercita-cita menjadi seorang jutawan.

Jadi saya menyeru pada mereka yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak menyesal punyalah. 

Malah akan rasa penuh syukur dapat kenal dengan ramai orang yang sudah semacam adik beradik.

Jom sertai kami >> NAK JOIN ProjekDuitKepukKepuk


28 July 2018

Tidak Berjaya Menyusukan Selepas Bersalin, Akhirnya Selepas Sebulan Berjaya Juga. Tipsnya Ialah :

Menjadi impian semua ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara direct selepas melahirkna. Namun tidak semua ibu mendapat nasib yang bertuah untuk terus menyuskan bayi selepas melahirkan.

Kecik sendiri mengambil selama 4 bulan untuk menyusukan Fiqar secara direct selepas melahirkan kerana mempunyai Masalah Puting Pendek . 

Alhamdulillah, mendapat sokongan daripada suami dan keluarga, Kecik tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.


Tips Tambah Susu Badan


1. Kerap Menyusukan


Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. 

Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

Bagi bayi yang mempunyai masalah KUNING di awal kelahiran, kekerapan menyusu amat digalakkan bagi menggalakkan bayi anda kerap kencing @ berak.

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu.Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. 

Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. 

Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Kerap Minum Air Masak

Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh.

Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

5. Posisi Penyusuan Yang Betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. 

Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. 


Ikuti kisah seorang ibu Fuzza Nisa, bagaimana beliau yang mempunyai masalah menyusukan di awal kelahiran sehingga terpaksa berikan bayi susu FM bagi memenuhi kepeluan penyusuan dan berjaya menyusukan selepas sebulan kelahiran bayi nya.

Berjaya Menyusukan Selepas Sebulan Melahirkan..


Fuzza Nisa 

ILMU. Penyusuan susu ibu memerlukan Ilmu. Semasa mengandungkan Sayf, Fuzza banyak membaca tentang kehamilan, penyusuan dan juga penjagaan bayi. Namun selepas bersalin, Fuzza masih tidak berjaya menyusukan Sayf secara direct sejurus selepas bersalin malah di top up pula dengan susu formula kerana susu ibu tidak mencukupi. Dan pada ketika itu rasa sakit, sedih, stress, down dan macam-macam lagi. Nasib baik tak meroyan…hehe

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Fuzza mempunyai suami dan ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Mereka tidak beri pressure tapi membantu secara positif. Dan seperti biasa Fuzza masih mencari Ilmu penyusuan tanpa putus asa sehinggakan Fuzza berjaya menyusu Sayf secara direct selepas sebulan bersalin. Mengalir air mata pada saat Sayf berjaya direct feeding. Syukur tak terhingga. Dan dalam entry kali ini Fuzza ingin kongsikan dengan mommies semua sedikit Petua Mudah Tambah Susu Badan yang saya amalkan sehingga sekarang.


Ikan yu ini adalah Milk Booster untuk Fuzza. Alhamdulillah, kalau makan ikan yu putih ni, memang dapat membantu menambah penghasilan susu ibu. Ikan yu ini boleh dimasak apa sahaja. Kalau goreng biasa pun sedap dimakan.



Semoga enrty ini memberi manfaat kepada ibu-ibu muda yang ingin menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun. Jangan mudah berputus asa. Dan jangan lupa berdoa dan amalan berzikir.

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

 

Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS




27 July 2018

Cuba 5 Makanan Untuk Kembalikan Rambut Ibu Lebat Dan Bersinar Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Selepas bersalin, siapa yang melalui masalah rambut gugur.? Keguruan rambut sampai rasa nak botak dah kepala. 

Ini kerana selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang dalam fasa “berehat” semasa kita hamil, kini mula berguguran satu persatu.

Setiap bahagian pada tubuh kita memerlukan pemakanan yang seimbang, begitu juga dengan rambut yang lebat dan bersinar. 

Selain itu, tabiat merokok, ketidak seimbangan hormon dan kekurangan tidur adalah antara faktor yang turut mempengaruhi.

Jom kita cuba kawal masalah keguguran rambut nie.



Makanan Untuk Rambut Sihat Dan Cantik


1. Telur

  • Selain terkenal dengan sumber protein yang tinggi, telur juga kaya dengan mineral penting iaitu Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat besi.
  • Zat besi sangat penting untuk pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut. Selain mengakibatkan anemia, kekurangan Zat Besi boleh mengakibatkan kerosakan pada rambut.
  • Vitalea with Iron Formula yang dirumus khas dengan Zat besi ini boleh diamalkan.
2. Tiram

  • Tiram atau kerang kaya dengan Zinc. Bila tubuh kita kekurangan zinc, semua bulu yang ada pada badan akan gugur termasuklah bulu mata kita.
  • Selain dari tiram, zinc juga boleh didapati daripada cereal gandum.
  • Tapi yang membuatkan tiram ini lebih istimewa, ia mengandungi protein yang tinggi. Anda perlu tahu bahawa rambut kita terdiri daripada 97% Protein.
  • Pengambilan ESP Soy Protien dalam hal ini memang sangat membantu.
3. Walnut
  • Ia merupakan satu-satunya keluarga kekacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3. Ia juga kaya dengan Biotin dan Vitamin E yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA.
  • Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kerosakan rambut.
  • Vitamin B-Complex mengandungi Biotin yang dapat membantu melindungi rambut.
4. Ikan Salmon
  • Salmon kaya dengan Protein, Vitamin D serta Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut. Namun begitu, Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, ia perlu diambil dari makanan.
  • Pengambilan Omega Guard yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3 juga sangat membantu.
5. Keledek
  • Keledek yang sangat manis ini adalah sumber beta-carotine. Bila dah masuk dalam badan, ia akan bertukar menjadi Vitamin A.
  • Pada dasarnya, setiap sel dalam tubuh sangat memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima.
  • Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kehadiran kelemumur dan juga gatal-gatal pada kulit kepala.
  • Pengambilan Carotomax boleh membantu.

Petua Kurangkan Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Beberapa petua yang boleh anda cuba untuk atasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.

  • Lumurkan kepala dengan minyak yang dimasak sendiri ataupon kalau tiada tu boleh lah pakai santan segar.
  • Goreng beberapa biji buah keras (tanpa minyak). Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak Zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya.
  • Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan diseluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan 15- 30 minit. Amalkan tiga kali seminggu.
  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya =)

Penjagaan rambut yang rapi boleh membuatkan keyakinan individu itu bertambah. Tidak risau bila berdepan dengan orang ramai.

Selamat Mencuba =)

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479


26 July 2018

Pilihan MilkBosster Yang Terbaik Untuk Ibu Dan Anak

Assalamualaikum

Sekarang nie ramai ibu-ibu yang mencari milkbooster atau makanan tambahan untuk ibu menyusukan agar susu menjadi banyak dan cukup untuk anak tersayang.

Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan yang perlu ada sepanjang tempoh penyusuan. Pemilihan pam susu, tempat menyimpan susu, kekuatan mental dan fizikal, cara kendalikan susu untuk bagi pada pengasuh, masalah-masalah yang akan timbul. Semua penting untuk memudahkan urusan sepanjang tempoh penyusuan nanti.

Di sini Kecik nak cerita tentang Set Menyusu Shaklee.. 





Set Penyusuan Shaklee ni terdiri daripada:



  1. Vitalea with Iron Formula – 120 Biji
  2. B-Complex with Folic Acid – 120 Biji
  3. Sustained Release Vitamin C -180 Biji
  4. Ostematrix – 120 Biji
  5. ESP – 850 gram
  6. Alfalfa small- 330 Biji

  • VitaLea Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multivitamin pertama di dunia. Ia melengkapkan nutrisi harian ibu yang lompong. Kebanyakan khasiat makanan akan hilang semasa kita memasak dan sebagainya.

  • B Complex Shaklee

B-Complex  yang mengandungi Vitamin B6 akan melegakan saraf kita dan seterusnya akan mengurangkan stress.

  • Sustained Release Vitamin C Shaklee 

Vitamin C  meningkatkan imun sistem ibu dan anak. Bila kita penat dan stress, imun sistem akan menjadi rendah dan seterusnya akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk diserang pelbagai penyakit. 

Sustained Release Vitamin C adalah istimewa kerana Vitamin C yang terkandung di dalamnya akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Ini akan memastikan badan kita mempunyai bekalan Vitamin C yang mencukupi dalam jangka masa yang panjang.


  • Ostematrix Shaklee


Ostematrix bukan sahaja membuatkan keperluan Kalsium badan mencukupi, namun sakit dan sengal badan selepas bangun dari tidur hampir tiada. 

Proses pembuangan air besar juga menjadi mudah.



  • ESP Soy Protien

ESP kaya dengan protein, ia bukan sahaja membanyakkan susu. Malah ESP membantu ibu kekal bertenaga sampai malam. Tiada lagi moody, tiada lagi mengadu keletihan.


  • Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa yang dikatakan sebagai raja tumbuhan juga memberi impak positif. Ada yang mengatakan Alfalfa ini sebagai perapat, hanya yang dah cuba je yang tahu kesannya =)


Set Menyusu Shaklee adalah milkbooster yang wajib anda pilih. Bukan sekadar susu meriah, namun kesihatan pun optimum.

Milkbooster ini boleh diamalkan seawal kehamilan lagi bagi membantu menggalakan sel-sel susu bekerja. Kecuali Alfalfa. Alfalfa kena makan selepas sahaja bersalin.

Hargai tempoh emas anda sepanjang tempoh penyusuan.. 


Testimoni Set Menyusu Shaklee


Ini adalah testimoni Kecik sendiri. Kecik kenal shaklee bermula dari set pantang shaklee. Dalam set tersebut ada Zinc, Alfalfa, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C dan B-Complex.

Fikir beli set pantang kan.? Bukan set menyusu. Tapi memang boleh terus dijadikan set menyusu kerana produk yang sama ada dalam set menyusu. 

Susu memang sangat banyak, sampai kena bengkak susu berkali-kali. Orang lain makan Alfalfa 5-10 biji,. Kecik makan 3 biji sehari.. Tapi alhamdulillah, susu memang sangat banyak.. Dan Kecik berjaya menyusukan anak sehingga anak 2 tahun 4 bulan. Ketika itu, Kecik masih bekerja.

Dulu tahun 2013. Sekarang Adiknya pula lahir 2017. 2018 dah setahun, masih lagi menyusu badan, alhamdulillah. Kedua-duanya lahir secara czer.

Amalkan lah Set Menyusu Shaklee nie selama yang boleh. Sebab nama jekk Set Menyusu, kebaikan produk yang ada dalam set ini bukan fokus untuk menyusu sahaja. Malah untuk kesihatan ibu yang optimum..



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479


25 July 2018

Pilih Untuk Bisnes Secara Sambilan Adalah Yang Terbaik

Assalamualaikum

Dalam keadaan Ekonomi sekarang nie, ramai yang memilih untuk buat 2 @ 3 pekerjaan dalam satu masa. Baik lelaki mahupun wanita. Tak kira yang bujang, berkhawin, pelajar. Semua memilih untuk bekerja.

Bagi wanita yang sudah berkhawin, pasti pilihan untuk mencari side income adalah duduk di rumah kerana lebih mudah untuk menguruskan hal rumah tangga dan lebih jimat dalam urusan penjagaan anak. Hantar pengasuh lebih masa, perlu juga tambah duit kan...

Bisnes Online adalah pilihan utama kaum ibu. Tapi di katakan semua lah pilih bisnes online nie.. Orang beli barang pon lebih jimat dan selesa dengan belian online..



Sebelum buat bisnes online, Kecik nak share sedikit tips yang perlu kita amik tahu.

1. Bisnes Online Secara Part Time

Untuk permulaan bagi menyesuaikan diri, pilih bisnes yang boleh buat secara sambilan. 

Boleh mula dengan menjadi dropship sesuatu jenama. Kerja dropship mudah. Hanya perlu share jualan ke media sosial dan submit order ke owner. Kita tak perlu simpan stok dan tak perlu keluar untuk urusan pos.

2. Jangan Berhutang

Carilah online bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar sehingga anda perlu berutang untuk memulakan bisnes tersebut.

Kang bisnes tak jalan, hutang tak habis bayar lagi.. Dah susahkan diri..

Buat pilihan yang bijak.

3. Testimoni Diri Sendiri

Untuk bisnes yang melibatkan produk penjagaan diri seperti kosmetik, supplement, ubat-ubatan. Seeloknya anda laa yang menjadi testimoni pertama kepada pembeli pertama anda. 

Anda perlu cuba produk tersebut, anda rasa sendiri kelebihan, keberkesanannya, anda benar-benar yakin, baru laa anda boleh pilih untuk buat bisnes produk tersebut.


Tak de laa nanti pembeli akan berkata "aiii awak yang jual, tapi awak tak cuba produk tuu, macam mana awak tahu berkesan" . Dah satu kerja nak menjawap. =)

Bisnes Shaklee adalah pilihan Kecik. Kerana apa, kerana tiada istilah goyang kaki untuk dapatkan income dalam Shaklee. 

Maksudnya, anda buat anda dapat. Sebesar mana usaha, sebesar itu hasilnya.. Dalam shaklee, walau beribu orang yang dah daftar di bawah anda, anda tetap perlu usaha mencari pembeli. Perlu promot jualan di media sosial, perlu hadiri kelas produk shaklee, perlu promot tentang bisnes ini.

Dah berribu yang daftar ahli shaklee di bawah anda tidak bermakna berribu income yang anda dapat hasil daripada usaha mereka. No No No... Seribu income downline yang mereka target, 3 kali ganda ribu yang anda perlu target. 

Ada juga dowline lebih banyak income daripada upline. Upline tak buat jualan lebih kann,.. Tak akan nak dapat income lebih.. Tak gituu..  

Itu laa yang Kecik suka pasal Shaklee.. =) Tak nak cite banyak laa.. Nak tahu, meh join..

Nak jadi Drophip Kecik.? Meh wasap >> NAK JADI DROPSHIP


24 July 2018

Teknik Lekapan Penyusuan Yang Betul Dapat Mengelakkan Payudara Melecet

Assalamualaikum

Di awal-awal penyusuan, ada tak ibu-ibu yang merasakan kesakitan pada puting breast.? Ini kerana di awal penyusuan, ibu baru nak belajar menyusukan dalam masa yang sama nak ajar bayi baru lahir menyusu.

Tersilap teknik penyusuan akan menyebabkan puting breast melecet dan luka. Jadi akan mengakibatkan kesukaran untuk urusan penyusuan.

Jangan ambil mudah ye bila breast melecet dan luka, ia boleh mengakibatkan luka tersebut beradah dan bernanah.. Segera rawat untuk pulihkan luka tersebut.

Kecik pun tak terlepas kena melecet nie. =) . Anak ke dua nie die agak ganas ketika menyusu. Berkali-kali juga laa breast tetiba rasa pedih.. Bila dah rasa pedih dan sakit bila menyusukan, Kecik cepat cepat letak krim herba . Alhamdulillah, cepat sembuh.. Tak boleh tunggu,takut jadi bengkak susu. 


Teknik Lekapan Penyusuan Yang Betul


Ibu yang mengalami masalah payudara melecet kerana bayi menyusu pada puting, bukannya pada areola.

Teknik lekapan yang betul adalah bayi mesti menyusu pada bahagian areola, bukannya pada puting. Jika bayi menyusu pada areola, masalah kesakitan pada puting payudara tidak akan berlaku.




Areolala adalah bahagian bulatan gelap pada sekeliling payudara. 



Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul kerana selain daripada puting payudara melecet, jika salah teknik semasa penyusuan membuatkan bayi tidak akan mendapat manfaat susu pada tahap maksima. Bayi pun jadi tak puas untuk menyusu.

Ibu-ibu boleh minta misi untuk mengajar teknik yang betul dalam penyusuan. Atau boleh minta sesiapa yang mahir tentang ini.

Jangan berputus asa untuk mengamalkan teknik ini. Tiada yang senang melainkan dengan latihan. Bila sudah terbiasa ianya adalah mudah sahaja demi bayi anda yang tersayang. Dan juga demi diri anda sendiri berasa selesa dalam setiap kali penyusuan.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya ibu-ibu semua. =)

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

 

Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS




23 July 2018

Saya Pengedar Shaklee Senggarang

Assalamualaikum 

Pada semua warga Senggarang, boleh  hubungi Kecik untuk dapatkan vitamin shaklee. Segala kos adalah PERCUMA. 

Boleh COD di mana-mana sahaja mengikut keselesaan anda. Di shopping mall, di stesen minyak, kedai makan, nak minta hantar ke rumah pun boleh. 

Antara yang boleh anda dapatkan daripada Kecik adalah


  • Set Menyusu Shaklee
  • Set Hamil Shaklee
  • Set Kurus Shaklee
  • Set Gastrik Shaklee
  • Set Resdung Shaklee
  • Set Kecantikan Shaklee
  • Set Kanak-KAnak
  • Vivix
Dan macam-macam lagi. Sebarang masalah kesihatan dan yang nak cuba amalkan supplement shaklee, boleh whatsapp Kecik. 

Pada yang di luar kawasan Kecik COD . Kecik boleh pos. Mintak tolong Abg Posmen hantarkan barang. =)

Jadi ahli Shaklee untuk dapatkan harga yang lebih murah. Silap-silap layak dapat cash back dari pihak Shaklee..

Kalau nak vitamin Shaklee cepat-cepat whatsapp sini >> Pengedar Shaklee Senggarang, Batu Pahat






22 July 2018

3 Tips Mudah Bagi Ibu Menyusu Yang Bekerja Untuk Terus Menyusukan Bayi

Ibu menyusu yang bekerja pasti mengimpikan proses penyusuan di teruskan sehingga bayi berusia 2 tahun.

Bila sudah hampir hendak masuk kerja, baru mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, hendak mengajar anak minum dari botol, baru belajar hendak pam. Adakah sempat? Semestinya tidak..

Jadi, ini dia tips berguna untuk ibu semua.


1. Guna Pam 


  • Belajar gunakan pam seawalnya untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. 
  • Pilih pam yang paling selesa bagi anda. Pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.


2. Stok Susu

  • Simpan stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. 
  • Ibu boleh mula pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi sedang tidur. 
  • Di peringkat awal, susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.

3. Ajar Bayi Guna Botol
  • Ibu boleh mula ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1,2 minggu sebelum masuk kerja. 
  • Minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. 
  • Ajar awal supaya bayi tidak menolak botol dan sudah semestinya akan membuat ibu stress.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada ibu bekerja. Gagal seketika tidak bermakna gagal selamanya. Tingkatkan usaha & ilmu untuk lebih maju di masa hadapan. Jangan mudah berputus asa.. 




Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

 

Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS



21 July 2018

Pengambilan Nanas Mungkin Tidak Akan Menyebabkan Keguguran, Namun..

Assalamualaikum

Bercerita pasal nenas dan kehamilan, pasti ramai yang tidak makan nenas waktu hamil kerana takut keguguran. Perkara nie memang sudah biasa diperkatakan.

Kesian pada ibu yang benar-benar mengidam dan teringin nak makan nenas. Ada juga yang mengalami masalah morning sickness yang tak boleh makan makanan lain kecuali nenas.

Sebelum tu, kita ambil ilmu dulu pasal nenas. =)



Khasiat Buah Nenas

Nenas membekalkan 100% kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita seharian. Selain itu ia juga mengandungi:


  • Folate
  • Iron
  • Magnesium
  • Copper
  • Vitamin B6


Nutrisi ini sangat penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan kita sendiri.

Bahaya Makan Nenas Waktu Kehamilan


Asid yang ada pada nenas boleh menyebabkan kepedihan ulu hati atau reflux. Pada ibu yang mempunyai masalah perut sensitif perlu berhati-hati. 

Ada juga ibu yang akan mengalami masalah elegik makan nenas . Contohnya :


  • gatal atau bengkak pada mulut
  • kesan pada kulit (gatal dan sebagainya)
  • asma
  • selesema
Segera berjumpa doktor ye. Elegik ini selalunya akan berlaku dalam beberapa minit selepas makan nenas.

Nenas mengandungi bromelain yang tidak digalakkan diambil semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan pemecahan protein dalam badan dan menyebabkan pendarahan.

Kandungan bromelain yang ada dalam nanas tidak banyak. Tetapi untuk mendapat kesan pendarahan, ibu perlu makan sehingga 7 ke 10 biji nenas pada satu-satu masa. Banyak tauuu.. Mahu lidas dibuatnya. =)


Pengambilan nenas pada kadar biasa tidak akan membahayakan kandungan. Bersederhanalah dalam setiap perkara, termasuklah dalam pemilihan makanan.

Sekiranya ibu-ibu masih ragu-ragu nak mengambil nenas dapatkan nasihat doktor sebelum makan. 

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479





20 July 2018

Jenis Makanan Yang Ibu Menyusu Perlu Berwaspada. Awas Ibu!!!

Assalamualaikum

Orang kata ibu menyusu nie boleh je makan sesuka hati. Sebab bila kita apa yang kita makan, banyak kalori terbakar bila menyusu.

Tapi jangan laaa sampai jadi pelahap ye.. =) .. Kena control juga..

Untuk diri sendiri, Kecik makan seperti biasa. Cuma kuantiti tuu lebih cikit laa berbanding waktu tak menyusukan. Sebab Kecik akan sentiasa terfikir untuk kurus. Jadi kena laaa pandai-pandai kawal.


Klik >> TIPS IBU MENYUSU NAK KURUS

Jenis Makanan Yang Ibu Menyusu Perlu Berwaspada


Sebenarnya, jenis makanan nie, untukk anak kita. Bila ibu makan memang tiada apa-apa kesan. Tapi kesan akan nampak pada anak yang menyusu. 

Awas yaa ibu-ibu!!


1. Minuman Bergas

  • Boleh minum dalam jumlah yang sedikit. Minum secawan insyaAllah tiada effect kepada bayi menyusu.
  • Effect yang boleh terjadi pada bayi adalah kembung perut. 
2. Kandungan Kafien
  • Contohnya : coklat, milo, kopi & nesscafe
  • Kurangkan pengambilannya. Boleh ambil pada waktu pagi.
3. Air Kosong
  • Yang nie memang ibu menyusu perlu ambil lebih.
  • Kalau biasa 8 gelas sehari, ibu menyusu kena minum lebih.. 
  • Bagus untuk penghasilan susu ibu tauu.
4. Teh
  • Teh ni dikatakan boleh mengganggu penyerapan zat besi. Jadi kalau boleh janganlah minum teh jika anda ada mengambil makanan yang berzat besi.
  • Teh juga boleh jadi punca anak anda kembung perut.
Teh yang selamat sudah semestianya Cinch Tea Shaklee =)
Campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar anda sentiasa segar dan cergas. Nikmatinya pada bila-bila masa, panas atau sejuk.



5. Makanan Pedas
  • Jika bayi ada masalah kembung dan angin elakkan makanan pedas.
  • Boleh teruskan makan makanan pedas kalau anak dah sembuh.
Kecik bedal jekk makanan pedas nie.. =)  Pedas pon ada hadnya kan.? heheheheh

6. Telur & Kekacang
  • Biasanya bayi mudah terkena elergik pada telur & Kekacang. Jadi ibu-ibu kena hati-hati ye..
7. Ikan
  • Ibu Kecik cakap, ikan boleh membuat kan susu ibu jadi banyak. Sejauh mana kebenarannya tak pasti. Yang pasti waktu berpantang memang ikan adalah menu utama. =)
  • Pilihan ikan terbaik dah ikan salmon & tuna kerana kandungan omega 3 yang ada pada ikan tersebut.
  • Omega 3 sangat bagus untuk bayi. 
  • Mahal nak beli ikan salmon & tuna.? Boleh ambil Omega Guard Shaklee.


8. Sumber Protien
  • Sumber protien yang biasa ibu ambil adalah ayam. Tapi perlu ingat ye, ayam kurang sihat untuk tubuh. Ada kandungan kolestrol .=)
  • Ibu-ibu boleh ambil sumber protien dari tumbuhan.. 
  • Paling baik adalah ESP Soy Protien . Soya non-GMO . Selamat .


9. Sumber Kalsium
  • Kalsium nie ada dalam produk tenusu & sayuran . Susu, Keju, Avocado, Brokoli
  • Tapi, ada sesetengah bayi akan mengalami masalah alergik pada produk tenusu. Jadi ibu-ibu perlu pantau dulu pengambilan produk tenusu. Bayi okey, baru ibu boleh teruskan.
  • Boleh amalkan Ostematrix Shaklee untuk memudahkan ibu dapat sumber kalsium. Selamat untuk bayi.


Jadi segala yang ibu-ibu makan, kena hati-hati tau.. Makan sedikit dulu, pantau keadaan bayi.. Baru laaa selamat .. =) 





Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946






kalau nak beli set menyusu shaklee dengan KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA SENDIRI, klik sini yee >> SET MENYUSU SHAKLEE

19 July 2018

Tips Rawat Carpal Tunnel Syndrome (CTS) atau Dikenali Sebagai Kebas Dan Sakit Pada Pergelangan Tangan

Tidur yang lena dikejutkan dengan rasa sakit bak ditusuk jarum di jari dan pergelangan tangan. Berulang kali tangan dan jari diusap atau disapu minyak panas bagi menghilangkan cetusan ras itu, namun sakitnya seakan-akan tiada tanda berkurangan.

Keadaan itu tidak berterusan sakitnya dan hanya hilang selepas beberapa minit. Rasa sakit itu kembali selepas beberapa jam yang menyebabkan tangan mulai kebas dan sukar menggenggam atau memegang barangan.



Bagaimana Kebas Tangan Ini Berlaku?



  • Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur.
  • Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri. Namun, ia juga boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain jika simptom berterusan.



Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.

Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.

Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan.

Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan.


Kebas Tangan Sering Berlaku Pada Golongan:



  • Masalah obesiti
  • Diabetes
  • Penyakit artritis
  • Mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan 
  • Wanita hamil 
  • Warga Emas
  • Atlet Sukan


Peratusan wanita yang mengalaminya pula tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ia berlaku kerana pergelangan tangan wanita lebih kecil tetapi saiz terowong yang sama seperti lelaki membuatkan saraf di bahagian terbabit cenderung untuk terhimpit.


Cara Kurangkan Rasa Sakit Kebas Tangan



  • Bagi mengurangkan simptom atau rasa sakit yang dialami, Dr Tay menyarankan pengambilan vitamin seperti B6 dan B12.


  • Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan awal tidak berkesan. Ini biasanya mengambil masa pendek dan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh. 


  • Pemedahan ini dilakukan bagi membesarkan laluan saraf, selain pengambilan vitamin yang membantu peredaran darah lalu mengurangkan rasa sakit, kebas atau tidak selesa pada tangan.
  • Kurangkan penggunaan peralatan elektronik dalam tempoh lama. Ini membolehkan pergelangan tangan berehat daripada terlalu banyak melakukan bebanan.
  • Rehatkan tangan selepas 15 minit menaip atau menggunakan komputer. Jika terpaksa menggunakan komputer pada tempoh lama untuk menyiapkan tugasan, kerap lakukan senaman regangan pada pergelangan tangan yang hanya mengambil masa kurang seminit.
  • Gunakan pelapik yang boleh digunakan ketika menaip di komputer bagi mengurangkan bebanan dan rasa tidak selesa pada pergelangan tangan.
  • Bagi golongan berisiko, digalakkan menggunakan sokongan pada tangan ketika tidur untuk mengelakkan tangan terlipat.

Urutan Ringkas Atasi Masalah Sakit Tangan



  • luruskan tangan di depan dada pada laras 90 darjah. Tegakkan tapak tangan. Gunakan tangan kiri untuk menolak tapak tangan kanan ke belakang. Tahan selama 15 saat.


  • Ulang perkara sama pada tangan kiri. Seterusnya, rapatkan kedua-dua tapak tangan di dada. Tekan lembut kedua-duanya dan tahan antara 15 ke 20 saat.


Vitamin Kebas Tangan




Shaklee B-Complex 

Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Mengandungi Vitamin B1, B6 dan B12 yang khusus untuk fungsi saraf dan memperbaiki peredaran darah di dalam tubuh.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix

Ostematrix bukan sekadar mengandungi kalsium tetapi turut mengandungi magnesium yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh. 

Ia berfungsi untuk menguatkan tulang dan gigi. Selain menjaga kekuatan tulang, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas terutamanya ketika hamil.  

Selain itu ia juga membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan terutama kepada mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Omega Guard

Minyak Ikan Omega 3 ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. 

Ia juga bertindak sebagai anti radang yang mengurangkan kesakitan kepada  sendi dan saraf yang bermasalah. 

Istimewanya lagi minyak ikan Omega ini berupaya menyingkirkan kolesterol yang berlebihan daripada tubuh, iaitu salah satu punca penyempitan salur darah yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.




Whatsapp Kecik >> NAK BELI SET KEBAS


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479




Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...