30 September 2016

CYST Kecut Selepas Amalkan Cecair Merah

CYST ialah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama seperti fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan.

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan akan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan akan mengambil elektron dari molekul atau sel lain. 

Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. 

Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik di sebabkan oleh radikal bebas diperlukan antioksidan.



Antioksidan Membantu Kecutkan CYST 


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix juga mempunyai kandungan Resveretrol yang dapat berfungsi sebagai agen antiradang dan proses pengoksidaan.

Pemakanan seharian kita boleh menyebabkan perlakunya proses pengoksidaan dan juga keradangan sel.

Resveretrol ini adalah agen antioksidan dan sangat bermanfaat untuk melawan radikal bebas. Keistimewaan resveretrol ini ialah dia anti kulat, anti radang, anti bakteria, anti viral.

Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. 

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.





 

Belian 2 botol vivix melayakkan anda mendapat FREE Membership (RM69) , Cash Back (RM30) .. Wassup saya Farah . 01127794946 ...



29 September 2016

Hapuskan Sakit Tulang Belakang Anda Sekarang

Sakit di bahagian belakang terutama di bahagian tulang belakang dan pinggang bukanlah sesuatu yang ganjil malah boleh dikatakan ramai di antara kita yang mula mengalaminya di awal usia 30-an. 

Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Ianya juga antara penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit bagi mereka yang bekerja.






Punca Sakit Belakang @ Slip Disc


  • Membongkok sambil mengangkat benda berat
  • Kerja­kerja yang melibatkan mengangkat benda berat
  • Kerja­kerja yang melibatkan banyak duduk, terutamanya memandu
  • Berat badan berlebihan
  • Sukan lasak, seperti angkat berat
  • Kecederaan trauma pada tulang belakang, seperti jatuh atau kemalangan kereta

Tanda-Tanda Sakit Belakang


  • Sakit­ tulang belakang yang berpanjangan
  • Kebas dan kejang kaki
  • Lemah tenaga batin atau sukar untuk bersama
  • Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.

Rawatan Sakit Belakang


Pengambilan Vivix mampu mengembalikan kesihatan sendi dan tulang dan juga dapat mengembalikan keremajaan dan meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.

Vivix melindungi saraf, meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi.











28 September 2016

Cara Cepat Untuk Hamil & Tips Mudah Hamil

Menjadi idaman setiap suami isteri selepas diijabkabulkan adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia sehingga ke Jannah. Keluarga yang dilengkapi dengan tawa dan tangis anak-anak yang menghiasi kehidupan kita suami isteri

Namun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Namun, kita juga perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Mesti diingat, Allah kan pandang pada kesungguhan kita.




Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Hamil



Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat


  • Pastikan anda tahu waktu subur anda. Ini kerana telur anda (Ovum) hanya akan aktif dalam masa 24 jam dari masa ia dilepaskan dari Ovari. 
  • Jadi ia perlu disenyawakan dalam tempoh itu. Manakala bagi suami pula, sperma yang aktif akan hidup selama 48 hingga 72 jam.

Elakkan stress


  • Selalunya pasangan yang lambat menimang cahayamata ni akan mudah tertekan. Terutamanya dari desakan keluarga kedua-dua belah pihak dan juga pandangan masyarakat.
  • Ini sepatutnya dielakkan kerana apabila anda stress, ia akan mengubah waktu subur anda, seterusnya mengubah waktu ovulasi (waktu telur dibebaskan dari ovari) anda. 
  • Bila ianya terjadi, adalah sukar untuk anda jangka waktu subur anda yang sebenarnya.
** Abaikan sahaja kata-kata mereka tu, anggap jela mereka sayang dan sangat prihatin pada kita. Berdoalah supaya Allah kurniakan ketenangan kepada kita.


Kekalkan berat badan yang sihat

  • Untuk mendapatkan zuriat, anda perlulah dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda terlebih atau terkurang berat badan pun akan menyumbang kepada lambatnya hamil. 
  • Lakukan senaman secara berkala dan kawal pemakanan, tapi jangan pula lakukan diet secara ketat ye. Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang juga akan menyumbang kepada mudahnya untuk hamil.


Elakkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol serta merokok

  • Ia akan mengurangkan kualiti sperma dan peluang untuk hamil. Alkohol apabila dimakan mewujudkan komplikasi dan kekal dalam aliran darah wanita. 
  • Kafein dan merokok juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari darah dan menghadkan peluang untuk hamil. 
  • Sekiranya suami adalah seorang perokok, adalah sangat penting untuk mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi Vitamin C.

Pengambilan Asid Folik

  • Pengambilan asid folik adalah cara terbaik yang dicadangkan kepada isteri untuk meningkatkan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat. Ia boleh diambil sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum anda hamil. 
  • Tahap zat besi dan kalsium juga perlu dijaga dan semua ini membantu untuk mengurangkan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku pada janin dan juga menghasilkan baby yang sihat.

Banyakkan minum air

  • Apabila anda banyak minum air, ia akan membantu anda untuk melincirkan dan memudahkan tugas tisu-tisu dan organ-organ serta membantu nutrient diserap dengan sempurna.
  • Air juga pada masa yang sama mengeluarkan toxin dari badan kita.

Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu Anda





Set Kesuburan Suami Isteri

1.VitaLea with Iron Formula - 120 tablet
2. B-complex dengan Asid Folik – 120 tablet
3. Vitamin C – 180 tablet
4. GLA Complex – 60 capsule
5. Zinc Complex – 120 tablet
6. Vitamin E – 120 capsule

***************************************************

1.Vitalea with Iron Formula

- Ia membantu membekalkan vitamin penting dalam tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan dan bersedia untuk proses kehamilan.
- Dengan adanya Iron (Zat Besi) didalamnya, Vitalea sangat sesuai untuk isteri 

2. B-Complex with Acid Folic

- Asid folic sangat diperlukan pada awal kehamilan dan sebagai persediaan untuk hamil.
- Vitamin B12 yang ada dalam B-complex ini membantu membanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat membantu meningkatkan kesuburan isteri.

3. Sustained Release Vitamin C

- Bagi suami, Vitamin C ini akan membantu untuk mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya bergerak lebih aktif
- Bagi isteri pula, ia akan membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
- Yang uniknya, Vitamin C ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

4. Vita-E Complex

- Vita-E Complex Shaklee ini mengandungi 400 IU Vitamin E, 39.4 mg grapeseed, 65 mcg selenium
- Pengambilan bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ ketika bersama memang patut ambil
-Vitamin E ni. Selain dari itu, suami yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Dengan kehadiran selenium, ia akan membantu meningkatkan kualiti air mani suami.
- Ia juga mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

5. GLA Complex

- Diperkaya dengan Vitamin E dan sunflower seed oil yang membantu menstabilkan hormon isteri.
- Ia juga membantu menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya adalah membantu menyediakan “ruang” untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari
.

Semuanya berjumlah RM 476.00 tiada cas GST. Percuma kos pos..

Sekiranya anda juga ingin mencuba, boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee ini daripada saya. Saya akan bimbing anda cara makan yang tepat agar apa yang anda idamkan selama ini akan menjadi kenyataan. Wassup 01127794946



20 September 2016

Set Penyusuan Shaklee Menjadi Pilihan

Pilihan Set Penyusuan saya..

Pasti ibu-ibu semua idam untuk menyusukan bayi sehingga tempoh 2 tahun kan.? Niat ini harus di terap dan buat amalan yang boleh membantu proses penyusuan sejak dari tempoh KEHAMILAN lagii..

Tiada yang mustahil. Allah Maha berkuasa. Saya juga dapat menyusukan sehingga 2 tahun 4bulan walaupun saya masih bekerja ketika ituu..
Rasa seronok sangat..

Antara kebaikan bagi Set Penyusuan 


  • Atasi masalah sembelit
  • Bantu luka cepat sembuh
  • Jadikan badan sihat bertenaga
  • Tingkatkan imunisasi ibu dan baby
  • Atasi masalah susu sedikit
  • Mencantikkan kulit dan rambut
  • Bantu ibu untuk kembali ke berat asal

19 September 2016

Pesakit Kanser Payudara Sembuh Selepas Amalkan Resveratrol

Pada Oktober 2006, Saya didiagnos mengidap Barah Payudara. Saya menjalani 2 pembedahan membuang ketulan barah, melalui kemoterapi, Herceptin (rawatan antibiotic untuk pengidap barah payudara), radiasi dan hysterectomy(pembedahan membuang sebahagian uterus).

Selepas selesai menjalani kemo, saya mula makan Nutriferon, Vitalea, Osteometrix, dan Vitamin C. 6 bulan selepas checkup terakhir , saya mula makan Vivix. Doktor yang merawat saya, iaitu Ketua Jabatan Pakar Pembedahan Onkologi di Pusat Kanser Moffit di Tampa, Florida memberitahu saya hasil pemeriksaan darah saya sangat baik.

Saya bertanya adakah ada penawar untuk kanser payudara. Doktor kata “Tidak!” tetapi terdapat satu bahan telah dikenalpasti boleh merawat sel yang dianggap kanser. Ia dikenalpasti dapat mengelak dari pembentukan semula sel kanser. Pusat Kanser Moffit telah memohon geran 1 juta dollar untuk kajian klinikal bahan ini.

Apabila saya tanya apakah bahan itu? Doktor itu menjawab

RESVERATROL

Saya beritahu yang saya ada ambil Vivix Shaklee (Resveratrol) selama 6 bulan. Doktor itu terkejut dan berkata:
Kamu adalah orang pertama yang kami jumpa mengalami kesan hebat dari Resveratrol. Saya nak minta kamu jadi pesakit rujukan sepanjang kajian “

Jika geran kajian itu diluluskan, saya rasa teruja kerana akan membantu Susan B. Komen Foundation dalam kajian ini. 

Mengambil Vivix, Nutriferon dan supplemen lain menghilangkan rasa takut saya kepada bahaya kanser kerana supplemen ini boleh bantu pertumbuhan semula sel kanser. 

Barbara W. Seminole, Florida
17 Sept 2009

16 September 2016

Side Income Sekadar Mengisi Masa Lapang

Cari pendapatan sampingan? Ramai orang suka cari duit lebih terutama di zaman inilah. Zaman yang semua kos berganda! 

Ada yang buat bisnes suka-suka nak isi masa lapang. Ada juga yang memang serius nak extra income. Ada juga sebab minat jadi kalau tak buat bisnes jadi tak senang duduk. Semulajadi gitu.

Apa agaknya kita nak buat? Ada yang jual tudung bawal, pastu dah boring jual tudung, beralih pula jual kain pasang. 

Saya kalau kena berjualan secara jumpa orang atau kena pujuk rayu orang ni susah sikit sebab bukan jenis yang ramah extravaganza kan. Jadi saya tak rasa ia serasi dengan saya. Sekadar jual dengan kawan-kawan bolehlah tapi kalau ingin mencari network yang lebih dari tu rasa susah sangat.

Jadi cara mudah untuk saya elak kena pujuk rayu orang lain membeli, saya join shaklee. Sebab tak perlu pujuk rayu orang untuk membeli. Orang yang cari kita. 

Apa yang penting kita kongsi kebaikan prodok shaklee yang kita dah guna.. Mudah dan simple.. Nak tahu cara lain.?? Meh laa rojer-roger Farah..

Wassup 011 277 94946



JOM SERTAI KAMI

15 September 2016

Online Pilihan Side Income Bantu Kukuhkan Kewangan Keluarga Anda

Cari pendapatan sampingan? Ramai orang suka cari duit lebih terutama di zaman yang serba serbi perlukan duit. 

Ada orang mahukan SIDE INCOME sebab perlu menampung hutang yang banyak. Pusing kiri, hutang, pusing kanan hutang. Hingga tidak dapat nak bernafas lagi dan anda perlukan bantuan segera.

Ada yang buat bisnes sampingan sebab ada impian ingin menjadi sesorang yang dapat menjana pendapatan lumayan dari rumah. Ramai blogger popular yang mendapat hasil lumayan dan dapat menyara kehidupan harian malah lebih dari itu dengan menggunakan blog. 

Pada mereka yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, jom sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak menyesal punyalah. Malah akan rasa penuh syukur dapat kenal dengan ramai orang yang sudah semacam adik beradik. Dan anda akan membimbing anda sehingga berjaya.


Kami adalah berbeza kerana kami adalah bagaikan sebuah keluarga besar. Kami menjalankan bisnes sepenuhnya menggunakan medium blog dan secara online.

Image result for side income

Kelebihan Group WAHMillionaire


Orang kata kalau nak berguru biarlah kita mencari mentor dan kumpulan yang betul. Sebab sudah biasa kita dengar yang jika salah ikut group kemungkinan cita-cita kita nak berjaya akan jadi sia-sia. Apa yang kami janjikan?
  • Coaching/bimbingan adalah 100% secara online. Maknanya ibu bekerjaya, surirumah, individu yang ingin menyertai kami tidak perlu risau kena keluar rumah untuk mempromosi produk. TIDAK PERLU keluar rumah.
  • Tidak perlukan MODAL BESAR. Modal anda sepenuhnya hanyalah keinginan anda sendiri. Namun hanya yuran minima dikenakan iaitu RM65 sahaja untuk menjadi ahli shaklee. Dan ianya adalah SEUMUR HIDUP. 
  • Bimbingan adalah lifetime dan kami ada SUPPORT GROUP yang boleh membimbing anda yang betul-betul ingin merubah hidup.
  • Masa yang flexible, anda hanya perlukan 2-3 jam sehari untuk buat kerja-kerja bisnes sepeti membuat sharing produk dan sebagainya dan ia boleh dilakukan di dalam RUMAH ANDA SENDIRI.
  • TIADAK PERLU HADIRI kelas atau seminar secara paksaan atau berkala. Kelas yang ada pun adalah optional dan terpulang pada anda untuk ikuti atau tidak tetapi insyaAllah kelas yang ada adalah bermanfaat seperti kelas nutrisi iaitu kelas untuk belajar tentang produk.


Anda benar-benar ingin mengubah kehidupan anda? Ianya bermula dengan satu langkah iaitu dengan mengisi dan klik pada link di bawah. InsyaAllah anda pasti tidak menyesal!





14 September 2016

Cara Jana Pendapatan Sampingan Secara Online Dengan Mudah Tanpa Modal Besar

Anda minat nak jana pendapatan online tanpa modal yang besar.? Nak tahu macam mane.? Minat nak makan vitamin setiap bulan tanpa duit sendiri.?

Shaklee tawarkan BANYAK JENIS BONUS! Mereka yang usaha rebut peluang boleh rasa semua jenis bonus yang Shaklee beri. 

Selain bonus prestasi, ada bonus kereta, bonus kenaikan pangkat, insentif tambahan pada mereka yang capai level Coordinator ke atas. 

Bermula dengan makan sendiri ianya boleh berkembang menjadi bisnes yang hebat.

Bisnes shaklee saya kena buat online. Dah tentu saya tak nak berjualan rumah ke rumah. Ohh memang tidak sama sekali. Jadi caranya memang dengan online 100%. Awal-awal buat bisnes memang pelanggan belum ada.

Tetapi teruskan juga kongsi kebaikan product shaklee di blog, facebook, instagram dan lain-lain medium sosial media yang lain.

Jika anda tergerak hati untuk buat sesuatu contohnya bisnes sampingan ni, jangan segan jom sertai saya dalam group WAHMillionaire. Diasaskan oleh seorang WAHM Master Wan Fatihanum dan didedikasikan pada semua orang yang bercita-cita menjadi seorang jutawan.

Jadi saya menyeru pada mereka yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak menyesal punyalah. 

Malah akan rasa penuh syukur dapat kenal dengan ramai orang yang sudah semacam adik beradik.






12 September 2016

Idola Dalam Bisnes Shaklee Saya

Bila berbines, korang mesti ada idola kan.? Siapa idola dalam bis korang.? Hari ini nak cerita cikit laa idola bis saya.

Pada 2013 saya jumpa blog Mummy FuZza Nisa untuk mencari set berpantang. Sebab Tak nak makan jamu time pantang. Saya mencari Set Pantang Shaklee.

Setahun dengan Shaklee, saya join ahli untuk dapatkan product shaklee dengan harga yang murah. Bermula untuk kegunaan sendiri. Akhirnya terjebak nak buat biz.. Banyak ilmu permulaan biz yang di ajar.. Berkenalan dengan rakan-rakan biz lain...

Masuk laa ke group under Neni Wan Fatihanum. Dalam situ, lagi ramai kenalan.. Lagi luas ikatan silaturahim terjalin. Bermula dengan kelas blog. Bertemu face to face dengan Neni Hanum.wow, simple jek org nye.. walaupun dah bergelar Master, tapi tidak membezakan dengan anak didiknya yg lain.. 

Mereka berdua tak pernah kedekut ilmu, sentiasa ada masa untuk melayan anak didik mereka. Berbisnes dalam masa yang sama menjadi seorang pendidik.. Sangat berjasa pada saya. Ilmu yang tiada ganti. Tidak dapat di bayar.

Mummy Fuzza di Penang, Neni Hanum di Shah Alam, Saya di Batu Pahat.. Berhubung dalam alam maya. Masing-masing sudah bekeluarga. Punya suami, punya anak. Menguruskan rumah tangga sendiri tanpa orang gaji. Menguruskan emapaya Shaklee sendiri. Mendidik ramai orang-orang yang memerlukan untuk merubah kehidupan yang lebih berkualiti.

Moga Allah terus beri mereka kesihatan yg baik untuk terus mendidik saya. Semoga Allah beri mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk melayan karenah anak didik mereka. Saya akan menjadi seperti mereka.


Sedikit impian saya nak face to face dengan Mummy Fuzza pula.. 




11 September 2016

Setiap Orang Pasti Punya Impian. Apa Impian Anda.?

Hadiah buat insan tersayang. sebagai seorang bisnes women, saya memiliki impian untuk beri hadiah terindah buat insan yang saya sayang. Yang sentiasa ada di sisi dikala suka dan duka saya. 

Image result for impian

Hadiah buat kedua ibubapa saya. Insan yang melahirkan saya Salwa Binti Sarijan dan insan yang bekerja keras untuk membesarkan saya Paiman Bin Hj Ahmad Gimin, dah tentu laa nak bawa mereka ke Tanah Suci Mekah. Tak kira lah sama ada HAJI atau UMMRAH. 

Image result for ummrah

Niat itu sudah tentu belum cukup untuk saya membalas jasa mereka membesarkan saya selama ini. Tetapi hanya cukup sekadar mengembirakan mereka berdua.. 


Hadiah buat suami tercinta pula adalah sebiji rumah yang menjadi idamannya selama ini. Dia cakap, memiliki rumah sendiri adalah cara melengkapkan harta yang dia ada di dunia ini.

Dan segala impian dan idaman orang sekeliling saya yang tak puas-puas menyokong saya . insyaAllah saya akan tunaikan. 

Yang paling penting, impian mereka saya akan realisasikan dengan BONUS SHAKLEE yang UNLIMITED.. 

Moga ALLAH memberi rahmat dan melimpahkan rezeki dalam bis Shaklee saya supaya saya dapat membahagiakan orang sekeliling saya. Amminn...


Percutian Idaman Semua - Disneyland

DisneyLand adalah tempat yang saya nak sangat pergi.. Syurga kartun. Siapa yang tak suka kartunkan.. Dari kecik sampai laa sudah jadi mak orang, saya masih suka tengok kartun walaupun ceritanya berulang-ulang..

Sudah semestinya saya akan bawa anak dan suami bercuti ke DisneyLand nie.. Sebab mereka gilakan kartun sama seperti saya. Sambil2 saya dan suami honeymoon lagi di luar negara pulak.. 

Perbelanjaan untuk ke sana saya anggarkan dalam 20k. Jadi kena lah kumpul duit kan.? Dan semestinya harapan saya. Saya akan pergi guna duit Shaklee..


Mudah mudahan impian saya untuk kesana tercapai di tahun 2020.. Semoga rezeki bershaklee bertambah maju. Semoga Allah permudahkan urusan ini.

Image result for disneyland

Taman Tema Disneyland


Disneyland ialah sebuah taman tema milik dan kendalian divisi Walt Disney Parks and Resorts dalam syarikat Walt Disney yang terletak di bandar Anaheim, California, Amerika Syarikat. 

Taman ini didedikasikan dengan prawara-wara akhbar pada 17 Julai 1955, kemudian dibuka kepada awam pada 18 Julai 1955. Disneyland terkenal sebagai satu-satunya taman tema yang direka dan dibina di bawah seliaan langsung Walt Disney sendiri. 

Pada tahun 2005, taman ini telah dikunjungi oleh lebih 515 juta pelawat sejak pembukaannya, termasuk presiden, raja dan ketua-ketua negara lain.

Pada tahun 1998, taman tema ini dijenamakan semula sebagai "Disneyland Park" untuk membezakannya daripada kompleks Disneyland Resort yang lebih besar. 

Pada tahun 2007, taman ini menyambut lebih 14,800,000 pengunjung, menjadikannya taman kedua teramai pelawat di dunia, mengekori Magic Kingdom di Walt Disney World.

Image result for disneyland

09 September 2016

Cara Mudah Nak Buat Side Income Sambil Belajar

Bekerja sambli belajar.. Harapkan duit PTPTN memang cukup makan untuk tampung kehidupan seorang pelajar University. Korang mesti minta juga pada ibu bapa kan.? Atau ibu bapa pasti kan masukan sejumlah wang dalam akaun korang tanpa di minta. 

Image result for side income

Ramai juga yang buat part time macam di restoran, Mall, yang berdekatan dengan tempat belajar.

Tetapi sejauh mana pekerjaan itu membantu korang.? Hanya sementara, lepas abis belajar korang benti kerja, betul kan.? Sekarang saya nak ajar korang pelajar-pelajar semua berniaga. Berniaga dengan Shaklee.

Nak berniaga memang nampak mudah...pertukaran barang dengan duit. Tapi
Shaklee tak terhenti di situ sahaja.

Shaklee berkaitan dengan kesihatan, secara tak langsung mengajar kalian semua mempelajari fungsi vitamin, punca penyakit dan cara konsult customer. Dari situ, kalian dapat bantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Siapa tahu kalian juga boleh bantu ibubapa kalian dan ahli keluarga yang lain.

Jangan terkejut bila kalian dapat status 'doktor tak bertauliah' dari rakan-rakan korang tapi jangan ambil peduli sebab masa korang perlukan duit bukan mereka yang bantu korang tapi diri korang sendiri kena usaha bantu.


Fasa permulaan memang biasalah cabarannya sangat banyak. Memang akan merasa tewas dan gugurnya airmata. Di saat korang rasa tewas, jangan mengalah, gugurkan airmata korng hanya depan tikar sejadah. Kuatkan semangat untuk berjaya kerana Shaklee berbeza dengan MLM lain.

Kekuatan, ketabahan korang akan dibalas. Tiada yang mustahil dalam shaklee. Shaklee akan bayar berapa juga yang korang boleh capai. 2 angka, 3 angka, 4, 5, 6 angka.? Shaklee bleh bayar.

Image result for side income graduate

So jika anda ingin mencari part time dan ingin memilih Shaklee, jangan segan silu Wassup saya . Dalam mencari kesihatan yang optimum, mampu
belajar dengan lebih fokus, dapat juga bantu ekonomi diri sendiri kan? Korang juga boleh ringankan beban ibu bapa. 


Wassup : Farah : 011 277 94946






08 September 2016

Cara Dpat Beli Vitamin Secara Percuma

Apa yang kita dapat bila dah jadi ahli.? Selain dapat buat belian dengan harga ahli, anda akan dapt beli keperluan vitamin sendiri secara percuma.. Ehh.. yeke.? Macam mana tuu.?

Image result for free

Sebagai seorang pengedar sah shaklee yang betul-betul ingin berbisnes, pasti anda perlu tahu etika menjual. Apa etika menjual.? 

Etika menjual adalah anda perlu menjual product shaklee dengan harga jualan sahaja.. Tidak boleh jual product dibawah harga ahli.. 

Bila anda menjual harga retails, anda akan peroleh keuntungan kasar. 
Harga Jualan TOLAK Harga Ahli anda akan peroleh untung kasar. Jika untung kasar itu di kumpul, anda boleh la beli vitamin sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit poket.

Mahu melangkah memang agak ragu apatah lagi bagi anda yang belum pernah mencuba. Tapi yakinlah bisnes shaklee ini tiada risiko kerana yuran keahlian yang sangat minima. 

Jom apa lagi, jana pendapatan dengan shaklee sekarang. Tiada yang boleh merubah nasib kita melainkan diri sendiri. Usah takut mahu mencuba kerana tidak pernah rugi orang yang mencuba.


Wassup 011 27794946


07 September 2016

Cara Mudah Buat Duit Dari Rumah Untuk Seorang Suri Rumah

Anda seorang suri rumah sepenuh masa.? Anda berkira-kira untuk 'shopping' .? Setiap bualn mesti buat bajet untuk mintak suami duit 'shopping' betul tak.?

Mahu jana pendapatan sampingan hanya dari rumah? Salah satu cara untuk bebas dari hutang adalah anda perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan lebih dari biasa. Kalau sekadar menunggu sahaja gaji bulanan suami untuk anda bebas ber'shopping' . Gaji suami pasti sudah banyak komitmen lain yang terpaksa ditanggung.

Secara tak langsung dapat juga kita membantu masalh kewangan En suami kita.. Malah, kita boleh buat tabungan yang hampirtak terlintas difikiran..

Image result for kerja dari rumah

Cara Nak Jana Pendapatan Hanya Dari Rumah?



Tidak mustahil anda boleh jana pendapatan luarbiasa dengan bekerja dari rumah. Boleh dilihat ramai blogger-blogger otai yang memang dapat menyara hidup malah lebih dari itu sehingga menjadi jutawan dengan hanya menulis blog. 

Nampak mustahil tapi Farah sangat yakin memang ada dan ramai. Jadi kenapa kita tidak gunakan peluang yang ada untuk kembangkan potensi diri? Hanya duduk depan komputer dan taip.

Bukan taip kosong tau. Taip perlu ada ilmu. Niat untuk berkongsi. Jangan risau, Bisnes Shaklee tidak membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri , ibu dan anak. 

Malah boleh membuatkan anda membuka mata betapa pentingnya menjaga kebajikan suami, anak dan ibubapa. 

Permulaan Pertama Untuk Berbisnes


Mula-mula anda kena mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah. Nak daftar mudah sahaja, hanya berikan komitmen bayaran sebanyak RM69 dan anda boleh menjadi ahli berdaftar serta merta. Dan bermulalah satu perjalanan baru buat anda. 

Seperti Farah, anda akan berada dibawah Empayar WAHMillionaire yang diketuai oleh Master Wan Fatihanum yang juga seorang suri rumah sepenuh masa. 

Dalam Empayar ini, kami akan berhubung dan berkomunikasi setiap hari dalam satu group khas melalui online. Dan jika ada kelas pun ianya dibuat secara santai di mana kelas ini adalah hasil permintaan dan keinginan kami bersama seperti sesekali kami akan membuat sesi “potluck” di mana kami beramai-ramai jumpa dan belajar sambil makan-makan.

Tiada jadual specific untuk kami berjumpa, malah bila-bila masa yang perlu boleh berkumpul bersama jika ada permintaan. Yelah semuanya online sesekali nak juga bertentang mata kan. Namun ia bukanlah satu perkara wajib di mana semua orang patut datang. Tiada paksaan.

Orang kata jika tak mulakan langkah pertama bagaimana nak tau potensi diri. Usah terpengaruh dengan bisikan yang mengatakan tak boleh sebelum cuba. Adakah kita boleh meramal masa depan? Semua orang ingin berjaya namun tidak semua orang mampu mengatur langkah pertama.

Sebagaian Daripada Empayar WAHMillionaire


Mulakan langkah pertama anda dengan mengisi borang di link di bawah atau boleh terus wassup Farah di 011 277 94946




5 Cara Untuk Pilih Sumber Protein Yang Baik Untuk Badan

Assalamualaikum Cara Untuk Pilih Sumber Protein Yang Baik. #1 sumber tumbuhan atau haiwan.  sumber haiwan seperti daging merah mungk...

Popular Posts