30 June 2016

Lutut Mak Semakin Baik & Sudah Boleh Sujud Tanpa Perlu Tahan Guna Tangan,

Orang kita di Malaysia terutamanya golongan muda tidak mengambil serius tentang sakit lutut dan menganggap sakit tersebut mudah dirawat dan akan sembuh dengan sendirinya. 

Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut.

Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). 

Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.

Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. 

Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. 

Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

Image result for sakit lutut

Punca Sakit Lutut Boleh Berlaku

#1 Umur Semakin Meningkat


  • Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan factor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. 
  • Antara simpton-simpton pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.
  • Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yg sihat seperti perbanyakkan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin  C.


#2 Berat Badan Berlebihan @ Obesiti


  • Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. 
  • Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. 
  • Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.
  • Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejas sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).


#3 Baka atau Keturunan


  • Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. 
  • Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. 
  • Genetik yang ada pada pada ibubapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.Namun, daripada 5 adik beradik besar kemungkinan hanya 2 orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. 
  • Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama. Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius.
  • Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.


#4 Jantina ( wanita lebih berpotensi )


  • Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. 
  • Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. 
  • Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. 
  • Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.


#5 Tekanan Sendi Berpanjangan


  • Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.  
  • Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.
  • Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan factor utama sakit sendi ini terjadi. 
  • Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana  tekanan berterusan kepada sendi.


#6 Cedera / Trauma


  • Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. 
  • Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. 
  • Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.
  • Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. 
  • Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
  • Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. 

Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. 

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Rawatan Sakit Lutut

Nak menyampuk. husband akak konsisten 3 biji lecithin dan 3 biji ostematrix. Hampir setiap hari main takraw memang turun berat badan. Macam sakit tapak kaki semua hilang. Dia start aktif balik takraw dalam setahun nie. Btw, umur dia 45 tahun. Sukan memang banyak membantu.


Mak saya memang ada masalah sendi dekat lutut. Bendalir di lutut mak pernah kering dulu masa tahun 2013. Sampai satu tahap ligamen dekat bahagian lutut koyak. Mak terpaksa di tahan wad dan kena masukkan cecair dekat lutut.
Doktor kata biasanya cecair itu tahan paling lama 2 tahun. Paling cepat 6 bulan bergantung kepada keadaan. Dulu mak makan AJHT dan OMEGAGUARD. Kadang-kadang datang juga rasa sakit kat lutut. Mak tak boleh jalan jauh. 
Tapi sekarang dah dekat 3 bulan mak konsisten VIVIX dan COLLAGEN SHAKLEE .. Lutut mak semakin baik dan dah boleh turun sujud tanpa perlu tahan guna tangan. Alhamdulillah .. Mak turun naik tangga kat sekolah pun makin okey.
Semoga lutut mak makin baik. InsyaAllah. Senang mak nak beribadat.


 
 

29 June 2016

Cara Mudah Mengatasi Tumit Kasar & Merekah

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. 

Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. 

Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. 

Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. 



Punca Tumit Merekah / Pecah



  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Cara Atasi Tumit Merekah


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

 

Rawatan Tradisional Atasi Tumit Merekah


  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Rawatan Moden

Sekarang Farah guna Herba Bland Shaklee untuk mengatasi masalah tumit pecah. Senang je. Hanya sapu di permukaan yang pecah. 

Cepat mudah dan senang. Terus licin tumit. Bila-bila masa boleh sapu. Bukan untuk tumit sahaja, untuk kulit tangan kering, gatal-gatal sebab gigitan nyamuk juga boleh sapu. 

Farah juga guna untuk anak. Selamat dan tidak berminyak.



RM 39.75  Add on RM 6 For Postage


Wassup For Order : Farah 011 277 94946

28 June 2016

Ketahui Punca Jeragat Tumbuh Dan Cara Mengatasinya

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.

Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. 

Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.



Petua Hilangkan Jeragat Di Muka



#1 Lidah Buaya

  • Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. 
  • Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. 
  • Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

#2 Air Kelapa

  • Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. 
  • Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.

#3 Jangan Terlalu Urut Wajah

  • Bagi yang mengelami  masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. 
  • Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

#4 Jauhi Sinar Matahari

  • Oleh kerana Malaysia bersuhu panas  anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
 

#5 Jaga Pemakanan

  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protin dan juga vitamin.

#6 Ambil Supplement 

  • Pemilihan supplement kecantikan sangat penting. Pilih product @ supplement yang mempunyai logo KKM dan betul asli. Banyak product tiruan yang boleh merbahaykan kulit muka dan diri anda.
  • Cadangan Set Jeragat Shaklee andalah seperti berikut :




ESP:

  • ESP Shaklee membekalkan protein semulajadi dari sumber soya bukan GMO.
  • ESP mengandungi kandungan protein dan isoflavones yang bertindak serentak
  • untuk menghalang pertumbuhan sel tidak normal dan membaiki masalah jeragat.
GLA Complex:
  • Jeragat berlaku kerana terdapat masalah pada hormon. Oleh itu, pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) adalah amat penting. 
  • GLA Complex Shaklee mengandungi 2 kali ganda lebih GLA berbanding jenama lain di pasaran. 
  • Untuk menghilangkan jeragat pada, GLA Complex akan mengawal paras hormon estrogen & testosteron. Apabila hormon sudah stabil, masalah jerawat yang menjadi punca utama jeragat akan dapat diatasi.
Sustained Release Vita­C Plus:
  • Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan­lahan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet bagi membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. 
  • Vitamin C sekiranya diambil secara berterusan terbukti akan mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin memudar dan hilang.
Vitamin ­E Complex:
  • Vitamin E terkenal dalam berfungsi merawat pelbagai masalah kulit. Kandungan antioksidan yang tinggi adalah kunci untuk menghilangkan jeragat di wajah.
  • Mengambil 1 softgel vitamin E setiap hari mampu menghilangkan jeragat di wajah dan melambatkan penuaan. 
  • Selain itu, cara lain menggunakan vitamin E Shaklee untuk menghilangkan jeragat adalah dengan memecahkan softgel dan sapukan pada kawasan wajah yang berjeragat. Kaedah ini akan mempercepatkan proses menghilangkan jeragat di wajah di mana sel kulit yang rosak akan diganti dengan sel kulit yang baru.

 Testimoni Set Jeragat Shaklee

Hilangkan jeragat dan bintik hitam dimuka dengan ESP


I memang jenis mengamalkan pengambilan supplement dari dulu lagi. Basically i akan cari supplement untuk kulit, rambut, kesihatan dan untuk cari penawar priod pain/ sengguggut.
Dah macam-macam supplement i cuba, tapi satu pun tak ok untuk period pain. Sebelum Shaklee, i makan shepp placenta which cost me a lot of money. but i dont mind at all, as long its working ill definitely go for it. After a few month consumed sheep placenta kulit cerah and moist but pimples still naik durinh pms and time mesntrual and period pain/ senguggut still teruk.
So i've decided to change to other brand and i pilih untuk cuba shaklee. Amazingly, right adter consume esp within 2 weeks pimples tak naik during pmsin period and period pain vanished. Totally unbelievable.
Now i dah makan almost a month i can see a better complexion and kulit makin cerah and licin from day to day. Im in love with shaklee and made up myy mind to joim as a member and now become Shaklee Independent Distributor.



23 June 2016

8 Tanda Terkena Jangkitan Kuman Tibi [ Batuk Kering ]

Tibi atau Batuk Kering adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.

Ianya disebabkan oleh kuman TB.Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.


Cara Jangkitan Kuman Tibi Merebak



  • kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
  • Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
  • Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.

Tanda Terkena Jangkitan Kuman Tibi


  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

Golongan Yang Berisiko Terkena Jangkitan Kuman Tibi



Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Penyakit Tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman. Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan. Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.

Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.


Rawatan Tibi Dengan Shaklee



..Hubungi Saya Untuk Tempahan..

22 June 2016

Kenali 5 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Mencegah Kanser Payudara

Kanser payudara sama seperti jenis kanser yang lain disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat, termasuk di dalamnya adalah mengambil makanan-makanan yang sukar dicerna tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak biasa.

Para wanita disyorkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan atau mengurangkan mengambil makanan-makanan yang boleh mencetuskan kanser payudara.


Jenis Makanan Yang Menjadi Punca Kanser Payudara


Para penyelidik juga menyatakan bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara.

#1 Arak


  • Mengambil alkohol dan minuman keras akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. 
  • Wanita-wanita yang terdedah kepada kanser payudara agar menahan diri dari minuman beralkohol. Jangan mengambil lebih daripada satu gelas minuman beralkohol setiap hari. 
  • Walaupun dengan hanya meminum beberapa gelas alkohol setiap minggu sudah boleh menyebabkan kanser payudara di usia tua. 1.5 ons minuman keras, 5 auns gelas wain, dan 12 ons bir setara dengan satu gelas minuman beralkohol.


#2 Kafein


  • Ada anggapan yang menyebutkan bahawa minuman berkafein, seperti kopi adalah salah satu penyebab kanser payudara.  
  • Kafein, tidak menyebabkan kanser tetapi meningkatkan risiko tumor payudara jinak (non-kanser), atau dikenali juga dengan sebutan benjolan fibrokistik.


#3 Lemak


  • Diet tinggi lemak, terutama lemak tepu adalah jenis makanan yang menyebabkan kanser payudara. 
  • Walaupun risikonya kecil tapi diet yang tinggi lemak mengandungi lebih banyak kalori, yang cenderung menyebabkan obesiti atau kegemukan yang secara langsung boleh dikaitkan dengan kanser payudara.


#4 Daging


  • Jenis daging dan cara memasaknya adalah faktor-faktor pencetus kanser payudara, apalagi jika diambil secara berlebihan. 
  • Daging merah, seperti daging lembu, dan daging yang digoreng adalah penyebab kanser payudara. Disyorkan untuk mengambil daging putih seperti daging ikan dan dada ayam.


#5 Soya


  • Makanan dari kacang soya merupakan alternatif makanan yang diperbuat daripada haiwan.
  • Tapi American Cancer Society memberi amaran bahawa mengambil produk soya dalam jumlah yang banyak dari masa ke masa dapat meningkatkan risiko kanser payudara. 
  • Hormon estrogen-phytochemical, yang ditemui dalam soya disebut-sebut berkaitan dengan tumbuhnya sel kanser payudara. 
  • Wanita yang sudah mempunyai kanser payudara harus mengelakkan produk soya, kerana boleh memburukkan keadaan mereka.
TETAPI :


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

Rawatan Kanser Payudara

Gejala kanser payudara sukar di kesan dari awal dan kebanyakan baru diketahui setelah sel-sel kanser telah menyerang organ tubuh yang lain sehingga sukar di sembuhkan. 

Rawatan kanser payudara dilakukan dengan pembedahan dan kemoterapi yang memberi kesan negatif secara fizikal dan mental bagi para wanita pesakit.

Untuk itu, perkara terbaik yang harus dilakukan seorang wanita untuk melindungi dirinya dari kanser payudara adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan sukan yang cukup. 

Jenis makanan tertentu telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser payudara seperti produk susu rendah lemak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengambil makanan dengan serat yang tinggi.

Terlalu gemuk juga tidak baik bagi kesihatan dan mempertinggi risiko terkena kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebih dianjurkan untuk menurunkan berat badan untuk membantu mencegah kanser payudara, dan masalah kesihatan yang lain.



Wassup for Order Farah 011 27794946

21 June 2016

Demam Denggi Menyerang Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.


Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.




Tanda Demam Denggi




  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.



Demam Denggi Berdarah




Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.


Tips Elakkan Diri Dari Gigitan Nyamuk


  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Rawatan Awal Demam Denggi



  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Rawatan Demam Denggi Dengan Shaklee



Performance drink 


  • Mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan dan sangat bagus untuk mengelakkan dehidrasi. Memandangkan pesakit denggi akan kerap muntah dan tidak selera makan maka ia akan menyebabkan badan letih dan kekurangan air.Performance drink mempunyai garam yang menstabilkan air dalam badan.
  • Performance drink juga memberikan tenaga kepada pesakit, berbeza dengan 100Plus. Biasanya orang akan mengambil 100plus bila demam denggi. 100Plus tidak mempunyai banyak garam natrium di dalamnya. Di dalam lebihnya banyak kandungan gula.
  • Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal – ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus magnesium dab chloride. Tidak mengandungi perisa. pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.

Nutriferon


  • Immune booster' yang berperanan supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus denggi. Tindakan nutriferon adalah berlaku secara semulajadi.
  • Ia nya adalah amat selamat untuk badan serta meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu­satunya interferon semulajadi didunia. 
  • Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.


Wassup For Order: Farah 011 277 94946

16 June 2016

Kenali Dan Cegah Jangkitan Kudis Buta Untuk Seisi Rumah

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.

Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.

Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit kepada semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.

Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.


Tanda-tanda Kudis Buta

Munculnya luka berwarna merah (red sores) pada bahagian muka terutamnya hidung dan mulut dan juga kaki. 

Luka ini akan menggelembung, kemudian pecah dan keluar ai bisa dan menjadi kerak (develop honey-colored crusts)


Kanak-kanak yang memakai lampin juga cenderung untuk mendapat impetigo (kudis buta).



Cara Jangkitan Kudis Buta Ini Merebak

  • kanak-kanak yang masih menggunakan lampin @ pampers
  • yang kebiasaannya berada di tempat jagaan harian atau sekolah
  • ada radang atau gatal-gatal kulit disebabkan sesuatu yang lain
  • kebersihan yang kurang terjaga
  • cuaca yang panas
  • berada di tempat yang ramai orang di mana bakteria mudah disebarkan
  • menyertai aktiviti yang melibatkan sentuhan dari kulit ke kulit

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Supaya Tidak DiJangkiti

Langkah ini perlu dilakukan supaya ahli keluarga lain tidak dijangkiti hama kudis ini

  • Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
  • Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
  • Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas. Anda juga boleh menggunakan Basic H untuk sembur pada tilam dan perabot. Ianya lebih selamat untuk bayi dan kanak-kanak..
Lebih Lanjut Tentang >> BASIC H
  • Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama.


Rawatan Kudis Buta 




Set Lengkap ini terdiri daripada  :

Alfalfa dan Garlic 
  •  bertindak sebagai antibakteria dan antikulat di samping membantu menguatkan imun pesakit. 
Krim Herbal Blend 

  • Sapuan ke seluruh tubuh yang dijangkiti selepas mandi juga amat melegakan. Memang kurang rasa gatal dan merenyam tu. Malah ia juga membantu menghilangkan parut garuan yang meninggalkan kesan kepada kulit.

Pencuci Serbaguna Basic H

  • campurkan dengan air rendaman baju pesakit untuk basuhan
  • juga ditambah ke dalam air madian pesakit untuk membasmi hama
  • campurkan juga dengan air dan sembur di tilam pesakit.

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Saya : Farah 011 27794946


15 June 2016

INFO PANAU : Petua Dan Cara Hilangkan Panau Di Tubuh Badan

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. 

Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. 

Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Panau boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Mereka  yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.



Rawatan Awal Panau

Panau boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat makan/sistemik. Ubat sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan dibahagikan kepada jenis ubat yang tidak spesifik terhadap kulat dan antikulat.

Namun, anda juga perlu elakkan perkara berikut supaya anda dapat elak daripada terkena panau.

  • Elakkan dari berkongsi tuala dengan orang lain
  • Elakkan dari pakai baju yang sama (tidak basuh)
  • Membasuh muka @ mandi ketika sedang berpeluh. Biar peluh kering sendiri.

Petua Tradisional Hilangkan Panau

#1 Bawang Putih

  • Ambil sebiji bawang putih, kupas kulitnya dan tumbuk (tak perlu sehingga lumat) . Ambil bawang tersebut dan sapu di tempat yang terkena panau. 
  • Jika kawasan yang berpanau itu besar, lebihkan kuantiti bawang putih yang perlu ditumbuh tadi.

#2 Daun Gelenggang

  • Ambil beberapa helai daun gelenggang. Ramas @ tumbuk daun tersebut ( tak perlu sehingga hancur ). Kemudian tampal di kawasan berpanau.


Rawatan Panau Dengan Supplement Shaklee




#1 Garlic Complex 

  • merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.

#2 Alfalfa Complex

  • bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang. 

#3 Vitamin C

  • membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

#4 Krim Herba Blend

  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.

Total Set Panau Shaklee : RM 263.68 
Free postage ke seluruh Malaysia

Wassup For Order : Farah 011 277 94946

14 June 2016

Senaman Muka Dan Mulut

Pernah dengar senaman muka dan mulut.? Pernah buat.? Sejauh mana anda paham tujuan dan kepentingannya. ? Lazimnya, kita hanya mendengar mengenai senaman fizikal. Apakah oro-motor serta peranannya dalam kehidupan seharian? Entry hari ini Farah kongsi kepentingan senaman ini dan cara melakukannya. Jom baca






Apa Itu Oro-Motor

Oro-motor merujuk kepada struktur dan fungsi otot-otot muka (contoh: bibir dan rahang) dan ruang dalam mulut (contoh: lidah dan lelangit lembut).Aktiviti makan dan bertutur memerlukan kekuatan, koordinasi dan kawalan struktur oral.

1.Aktiviti ketika makan termasuklah:


  • menghisap



  • menggigit



  • memecah



  • menjilat  



  • mengunyah


2.Aktiviti ketika bertutur termasuklah:

  • udara dari paru-paru yang mencukupi untuk bertutur (sistem pernafasan)

  • penghasilan frekuensi, kekuatan dan kualiti suara (sistem fonasi)

  • penghasilan bunyi resonan seperti sengau (sistem resonan)

  • pergerakan artikulator (bibir, rahang, lidah, lelangit lembut) untuk menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan (sistem artikulasi)

  • pertuturan yang jelas agar mudah difahami

  • penghasilan intonasi, rima dan ritma

 Struktur Dan Fungsi Oro-Motor

Sebelum sesuatu senaman muka dan mulut dilakukan, adalah penting untuk memahami peranan oro-motor. Jadual di bawah adalah struktur dan fungsi oro-motor yang penting untuk bertutur dan menelan.





1.Bibir
  • Dapat membuka dan menutup mulut
  • Bibir dapat dibulatkan dan ditarik
  • Makanan dan minuman dapat dikekalkan dalam mulut
  • Mulut kekal tutup semasa rahang bergerak ke atas dan ke abawah

2.Rahang
  • Dapatkan meluaskan saiz bukaan mulut
  • Dapatkan menstabilkan lidah, bibir dan pipi
  • Kunyah dapat digerakkan secara putaran

3.Lidah
  • Bolus (makanan) di dalam mulut semasa mengunyah dan menghancurkan makanan
  • Lidah dapat bergerak ke depan-belakang untuk memulakan penelanan
  • Lidah dapat dikawal dan digerak ke depan, belakang, sisi dan atas

4.Larinks
  • Dapat menghasilkan kualiti, frekuensi dan kekuatan suara
  • Sistem mekanisme perlindungan yang menghalang makanan/minuman masuk ke saluran paru-paru dengan batuk

5.Gigi
  • Menggigit, memecah, menghancur, dan mengisar makanan
6.Lelangit Keras

  • Kestabilan di dalam mulut dapat dikekalkan
  • Bersama lidah untuk memproses makanan dalam mulut

7.Tonsil
  • Sistem tindak balas (imun) terhadap bendasing ketika bernafas dan menelan

8.Lelangit Lembut
  • Tutup bukaan rongga hidung untuk membenarkan proses penelanan berjalan dengan lancar

9.Orofarinks
  • Laluan utama bagi makanan, minuman dan udara
10.Nasofarinks

  • Ruang pertukaran udara pada saluran auditori (Eustachian) untuk menstabilkan tekanan udara antara farinks dan telinga tengah


Apakah tanda yang dikaitkan dengan masalah oro-motor?


  • Kekuatan serta koordinasi bibir, lidah dan rahang yang lemah

  • Pertuturan tidak jelas

  • Air liur meleleh

  • Kekuatan otot muka yang lemah

  • Sukar untuk mengunyah dan menelan

  • Perubahan suara

  • Sukar untuk membuat pergerakan oral (mulut atau lidah)




Siapakah yang Perlu Terapi Oro-Motor?

  • Dysarthria (otot yang mengawal pergerakan pertuturan adalah lemah, perlahan dan kurang koordinasi pergerakan disebabkan oleh kerosakan/masalah pada sistem saraf hujung)

  • Apraxia (sukar untuk merancang, mengikut aturan bunyi dan mengawal pergerakan motor atau otot untuk menghasilkan pertuturan. Masalah ini bukan disebabkan oleh masalah otot/ saraf yang lemah)

  • Kecacatan struktur (Contoh: Klef bibir/lelangit)

  • Sindrom Down

  • Kanak-kanak yang didiagnos sebagai "lambat bercakap"         

  • Masalah fonologi atau sebutan (kesukaran untuk menghasilkan dan membentuk bunyi pertuturan yang betul)



Rujukan
  1. American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). Speech-Language Pathology Medical Review Guidelines [PDF Document]. Retrieved fromhttp://www.asha.org/uploadedFiles/SLP-Medical-Review-Guidelines.pdf
  2. Elamar. Oral Motor Exam Structures and Functions [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/10524428/oral-motor-exam-structures-and-functions-flash-cards/
  3. Elamar. Oral Motor Development [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/6580538/oral-motor-development-flash-cards/
  4. Hutton, T.L. Oral-Motor Workouts for Home [PDF Document]. Retrieved from Super Duper® Handy Handouts!® Online Website:http://www.superduperinc.com/handouts/pdf/179_Oral-MotorWorkout.pdf
  5. Kumin, L. Resource Guide to Oral Motor Skill Difficulties in Children with Down Syndrome [PDF Document]. Retrieved from Resource Guide Online Website:http://ndsccenter.org/worpsite/wp-content/uploads/2012/03/OralMotor.pdf



Saya Seorang Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Farah seorang anggota Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mula menceburi bidang ini pada 11 Dis 2009 setelah tamat krusus asas yang pihak JPAM adakan di Ulu Tiram Johor Bahru. Ketika itu, Farah sudah mengenali suami. Kami pergi krusus asas bersama. 



Krusus asas tersebut di sertai dari pelbagai daerah di Negeri Johor, lebih kurang macam PLKN lah. Semua tak kenal,yang Farah kenal suami lah. Tetapi itu lah yang membuatkan kita dapat ramai kawan. Macam-macam perangai yang boleh kita nampak. Ada yang ok. Ada yang tidak. Semua itu lumrah kehidupan.


Sepintas Lalu Dalam JPAM


Group Farah ketika ini.

Lepas tamat krusus asas ini, bukan boleh terus bangga menjadi anggota. Kenalah menjalani latihan-latihan lanjutan yang di tawarkan. Pelbagai latihan yang ditawarkan. Latihan tersebut di jalankan di pusat-pusat latihan JPAM yang terpilih. Bukan senang hendak berada di atas. Jurulatih dan pegawai yang ada, semua perlu menjalani beberapa jenis latihan dan krusus untuk melayakkan diri mereka memegang sesuatu jawatan. 

Latihan Mingguan 

Latihan mingguan di adakan bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan kita tentang perkara asas dalam pertolongan cemas. Andai terjadi apa-apa di kalangan ahli keluarga kita, sedikit sebanyak kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Nanti tidaklah terlalu panik atau takut. 


Teknik Menurunkan Mangsa Dari Tempat Yang Tinggi



Aktiviti Luar Mendaki Bukit Bersama SISPA KPTM Batu Pahat.

Selain itu, antara tugas anggota adalah :- 

1.Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

  • Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  • Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  • Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
2.Memberi respond kepada bencana dengan cara:

  • Menubuhkan pasukan (First Responder).
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

3.Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

  • Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  • Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.





Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Kompeten dalam perlindungan keselamatan dan pengurusan bencana.


MISI
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.

MOTO

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"






Berminat nak menyertai kami.? Boleh datang isi borang di pejabat JPAM yang berhampiran dengan anda. Niat anda untuk menyertai adalah untuk memberi pertolongan yang cepat andai berlaku apa-apa kejadian di kalangan ahli keluarga anda,. Jika anda tidak menolong ahli keluarga anda, siapa mahu tolong dan bagaimana pula anda ingin menolong orang awam yang lain.
Sekian sahaja untuk entry kali ini. 






FArah @ Kecik Sangat

ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...