31 May 2016

Bila Harga Runtuh ViViX Akan Berakhir

Sabtu 28 May 2016 telah berlangsungnya National Conference untuk semua SID di Malaysia yang berlangsung di Sunway pyramid Convention Centre , Level CP3.

Buat pertama kalinya Farah menyaksikan sendiri apa yang Shaklee buat untuk meraikan mereka yang telah berjaya. Sungguh kagum melihat mereka semua. Sungguh Gah majlis yang diraikan ini. 



Ini adalah sebahagian daripada keluarga besar kami. Hanya berkenalan melalui telegram, berkongsi masalah dan pengalaman masing-masing. Membantu mereka yang memerlukan. Memberi tunjuk ajar kepada mereka yang tak tahu. 

Sama-sama ingin berjaya. Tak kenal erti putus asa. 


Yang bawa anak-anak, jangan risau Shaklee sudah sediakan tempat khas untuk mereka. Jangan fikir tak boleh bawa anak. Anak adalah sebahagian daripada bisnes Shaklee. Jadi, jangan tinggalkan mereka. Anak juga di raikan.

Aikkk... Kenapa beratur panjang nie.??

Mereka kejar ini ;;

Belian promosi terakhir Vivix.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. 

Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Jualan vivix masih ada di pasaran cuma tiada free vitamin c. Belian 2 botol vivix melayakkan anda mendapat FREE Membership (RM69) , Cash Back (RM30) , Belian terus dengan harga ahli. 

Wassup : Farah 011 277 94946


30 May 2016

Perut Kejang Dan Sakit Perut Berterusan Petanda Kepada Kanser Hati. Kenali Tanda Kanser.

Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. Namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. 

Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser. Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. 

Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku. Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.   

Sakit Biasa Mungkin Kanser Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. 

Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja. Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

Tanda-Tanda Amaran Kanser



#1 Sakit perut atau senak perut. 


  • Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.  


#2 Sakit Di Organ Dalaman


  • seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas    


#3 Perut kejang dan sakit perut berterusan. 


  • Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.  


#4 "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. 


  • Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. 
  • Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.  


#5 Kehilangan berat badan. 

  • Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.        

#6 Jaundis atau demam kuning. 

  • Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis.
  • Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.        


#7 Berdehit atau sesak nafas. 

  • Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.     


#8 Batuk yang kronik atau sakit dada. 


  • Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.     


#9 Kerap demam atau terkena jangkitan. 

  • Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.   


#10 Kesukaran menelan. 

  • Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.   


#11 Bengkak muka. 

  • Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. 
  • Ini terjadi kerana sel tumor  kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.  


#12. Nodus limfa 

  • yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. 
  • Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.   


#13 Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. 

  • Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. 
  • Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.   


#14 Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. 

  • Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan.    
  • Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. 
  • Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.     


#15 Sukar membuang air kecil. 

  • Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.   


#16 Masalah ereksi. 

  • Sukar mendapat atau mengekalkan  ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.   


#17 Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen.  

  • Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. 
  • Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.     


#18 Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. 

  • Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. 
  • Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.  


#19 Kanser kulit 

  • merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. 
  • Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.   
  • Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.  


#20 Perubahan pada kuku. 

  • Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. 
  • Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

29 May 2016

Kenali Ketulan Di Payudara : Dulu Ketulan Di Payudara Saya Besar, Sekarang Ketulan Itu Dah Semakin Kecil

Wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri sesudah sahaja habis kitaran haid pada setiap bulan. Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. 

Tidak semua benjolan di payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab atau punca benjolan atau ketumbuhan di payudara. 




Kenali Benjolan Di Payudara


Kanser payudara


  • benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). 
  • Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.

Fibroadenosis 


  • Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.

Galactocele (Bengkak Susu) 



  • Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

Breast cyst 



  • benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.

Fibroadenoma 



  • ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.

Cara Pemeriksaan Payudara ( Lakukan Sendiri )

Cara Kenalpasti Perubahan Payudara


  1. Bentuk payudara yang berbeza. Sama ada besar atau kecil sebelah.
  2. Puting payudara yang terbalik (inversion)
  3. Perubahan kulit payudara yang baru atau berterusan.
  4. Bendalir dari puting payudara – warna, kuantiti, kekerapan.
  5. Ketumbuhan – jangkamasa, saiz, kesakitan, lokasi di payudara.
  6. Kaitan antara ketumbuhan dan kitaran haid.
Cara Pemeriksaan Payudara Yang Betul

Golongan Yang Berisiko Terkena Kanser Payudara

  • Umur melebihi 40 tahun bagi yang belum menopause dan melebihi 50tahun bagi sesakit yang sudah menopause
  • Sejarah ketumbuhan di payudara yang dilaporkan sebagai atypia (sel yang tidak normal dan berpotensi membawa sel kanser)
  • Sejarah kanser payudara di dalam keluarga dan mempunyai kejanggalan genetik seperti BRCA1 and BRCA2
  • Pesakit yang pernah menerima radioterapi seperti “Hodgkin Lymphoma”.
  • Kandungan pertama pada usia melebihi 30 tahun
  • Tidak menyusukan anak (Memberi susu ibu – menyusukan anak selama setahun akan melindungi daripada kanser payudara)
  • Penggunaan hormon estrogen atau “hormone replacement therapy”.
  • Kedatangan haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun
  • Menopause pada usia melebihi 55 tahun.

Rawatan Kanser Payudara

Rawatan adalah berdasarkan jenis dan tahap penyakit. Punca penyakit hanya dapat dipastikan setelah sejarah penyakit, pemeriksaan klinikal dan ujian lanjutan dijalankan. 

Antara rawatan ketumbuhan di payudara adalah pembedahan, sama ada pembedahan pembuangan seluruh payudara beserta pembedahan kelenjar ketiak (mastectomy with axillary lymph node dissection) atau pembuangan ketulan di payudara sahaja (excision biopsy/wide local excision). 

Jenis pembedahan adalah tergantung kepada hasil biopsi atau sitologi. Rawatan suslan termasuklah rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain-lain.

Selain it, anda juga boleh cuba amalkan sesudu ViViX setiap hari. 


Saya sebenarnya ada masalah kesihatan sampai sekarang nie.. saya ada ketumbuhan dekat payudara saya. sebelum ini saya ada buat pemedahan buang ketulan dekat payudara dulu. 

Bila check doktor balik, ada lagi ketulan. Doktor kata nak buat operation. saya fikir tidak lagi. saya cuba ubat lain. Mak saya suruh saya cuba makan consume vivix dan gla. 

mula-mula tindak balas lambat sedikit. saya mula makan ubat nie dalam hujung bulan 3. lama-lama saya rasa tindak blas. ada berubahan dalam diri. dulu ketulan saya besar, sekarang ketulan semakin kecil.

28 May 2016

Tanda Pesakit Batu Karang : Rasa Gatal, Sakit Sebelah Pinggang Dan Ngilu Perut Dah Hilang

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. 

Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. 

Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. 

Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. 

Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. 

Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Kena Batu Karang



  • sakit di bahagian belakang dan bawah abdomen
  • sakit semasa nak membuang air
  • air kencing berwarna pink, merah atau coklat
  • rasa pening dan nak muntah
  • jadi demam jika sudah berlaku jangkitan kuman
  • kencing dalam jumlah yang sangat sedikit (seperti tak lawas)
Jika anda sudah merasai situasi di atas, segeralah berjumoa doktor untuk rawatan selanjutnya. Jangan tangguh supaya ia tidak menjadi lebih kronik.



Rawatan Buah Pinggang Secara Semulajadi


  • amalkan ambil jus lemon, olive oil dan cuka epal.
  • ambil jus delima
  • ambil vitamin sumber magnesium
  • makan celery
  • amalkan jus daun selasih
  • jauhkan makanan berproses dan makanan segera.
  • jangan minum air berkarbonat

Penawar Untuk Pesakit Buah Pinggang


vivix untuk ubati batu karang

memang berkesan. saya haritu pun alami kencing kotor dan perut ngilu. sangat bimbang..masalah buah pinggang..
perut dan sebelah kaki kiri terasa sakit.
dah terbayang antara buah pinggang/batu karang.
dah la ada tanda-tanda macam gatal-gatal tapi takde ruam pun. terbayang duduk dekat hospital.
tapi setelah saya minum vivix selama seminggu, rasa gatal dan sakit sebelah pinggang dan ngilu perut dah hilang..
aritu nak angkat benda berat pun takut. berbaloi la dengan harga.



Tak Percaya.? Jom Tengok TESTIMONI VIVIX

27 May 2016

Cara Mudah untuk Hilangkan Rasa Ngantuk Ketika Memandu

Siapa yang tidak mengantuk ketika memandu.? Terutama jika perlu memandu untuk jarak jauh. 

Memandu ketika mengantuk sangat berbahaya kepada diri dan juga pemandu lain di kawasan tersebut.


Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu




Rehat sebelum perjalanan



  • Sebelum bertolak untuk pulang ke kampung, anda mestilah bersedia dengan tubuh badan yang sihat dan pastikan anda berada di dalam keadaan tenang. 
  • Kadang kala keadaan stress juga mampu membuatkan anda hilang tumpuan dan boleh mendorong kepada pemanduan dalam keadaan merbahaya.
  • Rehat secukupnya amat penting terutama masa tidur anda. Jangan sesekali memaksa diri untuk memandu dalam keadaan yang mengantuk.



Elak memandu berseorangan



  • Kadang- kala disebabkan terlalu bosan dengan perjalanan yang jauh, dan anda pula berseorangan di dalam kereta, potensi untuk berasa mengantuk adalah tinggi. 
  • Untuk mengelakkan diri dari merasa bosan semasa memandu, bawalah setidaknya seorang rakan anda untuk di ajak berbual. Jika anda bersama ahli keluarga  atau rakan-rakan, ajaklah mereka berborak apa sahaja topik yang anda rasakan sesuai. 
  • Carilah topik yang boleh membuat anda tergelak kerana ia akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk ketika memandu.



Pasang radio atau lagu secara kuat



  • Jangan sesekali biarkan suasana memandu dalam keadaan terlampau sunyi. Jadi, untuk meriuhkan keadaan di dalam kereta anda, pasanglah radio atau lagu kegemaran anda pada volume yang lebih tinggi daripada biasa. 
  • Lebih menarik jika anda menyanyi bersama untuk menghilangkan rasa bosan. Sebaiknya pasang lagu yang mempunyai rentak rancak . Pilihlah ikut citarasa anda tersendiri.


Berehat sekejap jika perlu



  • Khas bagi anda yang memandu dalam tempoh masa yang lama, badan anda pasti akan merasa letih dan penat. Tidak salah jika anda berhenti di mana-mana R&R untuk merehatkan diri. 
  • Ambil masa dalam 15 ke 20 minit untuk tidur sebentar. Selepas bangun pastikan anda mencuci muka dengan air bagi menyegarkan diri semula. 
  • Walau tidur hanya sebentar, ia sudah cukup untuk memberi semula tenaga untuk anda terus memandu.


Tidak dapat dinafikan, perasaan mengantuk sebenarnya adalah diluar kawalan kita, namun mengambil langkah untuk mengurangkan rasa mengantuk semasa memandu adalah amat penting. 

Berhati-hatilah ketika memandu, kerana sedikit kecuaian mampu mengundang maut.




Cara Mudah Untuk Hilangkan Rasa Ngantuk

Bukan sahaja untuk pemanduan, malah membantu anda untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bekerja.

Ubat Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu



26 May 2016

Sudah Lama Saya Alami Masalah Haid Tidak Teratur, Sekarang Alhamdulillah Haid Keluar Dengan Lancar Malah Badan Lebih Sihat & Bertenaga

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh orang perempuan ialah haid tidak teratur. Haid tidak lancar boleh beri banyak kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba nak dapatkan anak. 

Farah juga mengalami masalah ini sejak dari mula-mula keluar haid satu ketika dulu berusia 16 tahun. Sehingga kini sudah berusia 28 tahun, tetapi alhamdulillah, Farah tiada masalah untuk hamil. 

Apa yang Farah lakukan adalah dengan buat jadual haid kita. Dulu tick di kalender. Sekarang sudah ada apps yang boleh membantu kita tahu waktu kita subur dan kitaran haid kita yang sebenar.


Download Apps My Calendar



Carta Kitaran Haid

Punca Haid Tidak Teratur



Punca haid tidak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang pregnant dalam situasi normal tidak akan alami haid hingga habis tempoh pregnancy. 

Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku. Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh breastfeeding. Ini juga selalunya adalah normal.



  • Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.
  • Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
  • Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.
  • Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
  • Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
  • Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.
  • Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.
  • Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.
  • Penggunaan dadah terlarang.
  • Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur



  • Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

  • Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

  • Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

  • Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata.

  • Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

  • Ambil supplement yang dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

Kesan Haid Tidak Teratur

 
Haid tidak teratur boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem tubuh badan seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang pasti akan memberikan kesan kepada kesihatan.

Juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. 

  • Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

  • Ketidaksuburan dan susah hamil – Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

  • Masalah kesihatan seperti anemia – Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

Supplement Yang Membantu Memperbaiki Hormon


Shaklee efet saya amalkan vivix, lama dah saya alami period tak teratur, saya amik vivix belum sampai sebotol.. period terus keluar lancar. sekarang tiap-tiap bulan period keluar lancar. badan pun lebih sihat dan bertenaga. memang terbaik lah vivix..


Wassup : 011 277 94946



25 May 2016

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kekal Bertenaga Ketika Berpantang

Bagi ibu-ibu yang hampir untuk melahirkan, semoga selamat menjalani proses kelahiran. Di harap Allah permudahkan urusan kelahiran tersebut.

Sama ada bersalin secara normal mahupun Caesarean , kedua-duanya perlu jaga rapi ketika dalam pantang selama 40hari @ 44 hari. 

Di sini Farah share cara penjagaan luka bersalin normal dan caesarean . Semoga bermanfaat kepada semua.





Tips Penjagaan Luka Bersalin Normal @ Caesarean




Jahitan episiotomi (Normal )


  • Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
  • Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

Luka Caesarean


  • Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
  • Pastikan menjaga kebersihan dan selepas mandi pastikan luka jatihan betul-betul kering. Boleh lap dengan tisu di kawasan jatihan untuk pastikan kawasan itu benar-benar kering.   
  • Jika ibu-ibu tidak tahan dengan kesakitan yang di alamai, ibu-ibu boleh mengambil ubat penahan sakit.
  • Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.

Ibu-ibu juga digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.

Dinasihatkan supaya mengambil makanan tinggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. 


Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.


Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan


Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian

Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  •        Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  •        Cantuman luka : elok atau terbuka
  •        Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  •         Ibu mengalami Demam



Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Bertenaga Ketika Berpantang


Luka Bersalin Cepat Sembuh

Vivix ni bertindak:

  • memulihkan sel-sel yang rosak
  • mengembalikan tenaga pada sel
  • pelihara sel yang masih sihat
  • Selain itu, kandungan resveretrol dalam Vivix bertindak memanaskan badan sebab tu sesuai sangat diambil kalau ibu-ibu mengalami bentan.



Wassup For Order : Farah, 011 27794946

24 May 2016

Merokok Punca Lelaki Tidak Subur

Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. 

Walaupun lelaki dapat terus menjadi 'produktif' pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.

Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. 

Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.

Merokok Punca Lelaki Tidak Subur


Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. 

Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. 

Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.


Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.


Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. 

Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Jumlah SpremaYang Kurang

Sperma Yang Tidak Normal

Pergerakkan Sperma Lambat



Rawatan Berhenti Rokok

Berhenti Rokok Dengan Vivix

customer ambil VIVIX sebab nak bantu masalah hyperthyroid . At the same time, die pun merokok. Lepas consume vivix, rasa rokok dah tak sedap. Alhamdulillah berjaya kurangkan dan stop terus masalah ketagihan merokok.


23 May 2016

7 Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

Sesungguhnya bukan kita minta. Sukar dapat anak boleh jadi isu jika suami isteri tidak memahami. Tapi ramai di kalangan pasangan suami isteri sekarang yang sangat tidak kisah. Masalah ini bukanlah menjadi satu isu besar buat mereka. Namun AWAS! Masih ada lagi di luar sana yang kesedihan dan berendam air mata kerana masalah ini.

Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Bila dihayati ayat ni maka hati yang gundah jadi ceria semula. Tugas kita adalah usaha sedaya upaya untuk cuba merawat. Yang menyembuhkan bukanlah kuasa kita kan?


Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita



  1. Keputihan 
  2. Fibroid : berlaku di uterus (rahim wanita). Juga dikenali sebagai ketumbuhan.
  3. Ovarian Cyst : berlaku di ovari
  4. PCOS : Polycysctic Ovary Syndrome
  5. Endometriosis
  6. Kanser Payudara
  7. Kanser Serviks



Keputihan




  • Keputihan yang normal tidak menjadi satu masalah besar. Tapi bila warna keputihan sudah bertukar menjadi kuning atau hijau maka ia kemungkinan besar adalah sudah tercemar dengan jangkitan kuman. Berjumpa dengan doktor anda segera.


Fibroid

  • Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Biasanya memerlukan pembedahan jika ketumbuhan itu semakin membesar.

Ovarian Cyst

  • Ada banyak jenis cyst dan cyst ini biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita.

PCOS

  • PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita dan biasanya ia boleh mengganggu pengeluaran telur di mana ovari wanita tidak dapat mengeluarkan telur. Maka ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan.

Endometriosis

  • Endometriosis ini adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus anda tetapi ia berkembang di luar uterus. Ia juga boleh mengundang masalah sukar hamil pada wanita.

Kanser Payudara



  • Kanser payudara yang biasanya dikesan dengan adanya “lump” pada payudara. Jika mengesan sebarang keadaan abnormal pada payudara anda, cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Kanser Serviks


  • Kanser serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya jangkitan HPV, sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan juga hubungan seksual yang terlalu awal. Tanda awalnya adalah kemungkinan berlaku pendarahan dari vagina.

Cara Rawatan Penyakit Ini Dan Cara Untuk Tingkatkan Kesuburan


Terdapat rawatan moden yang boleh dilakukan oleh pakar bertauliah dan untuk kes kronik perlulah rujuk pada doktor anda.

Secara umumnya untuk mengelakkan penyakit kronik dari terjadi anda boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi antioksidan tinggi seperti cranberi, blueberi, anggur, kekacang dan sayuran berdaun hijau.

Cara lain adalah mencuba mengambil vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Kerana ada masanya kita tidak mampu nak berdisiplin dalam pengambilan makanan harian, alternatifnya adalah mengambilnya dengan cara lebih mudah.

Berusaha untuk mengubati adalah dituntut dalam agama, bukannya dengan pasrah berserah sahaja. Bagi masalah ketidaksuburan Farah ada solusi yang mungkin sesuai untuk anda.


SOLUSI PILIHAN







22 May 2016

Keputihan Kronik Boleh Menyebabkan Wanita Sukar Untuk Hamil

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid ( senggugut ).

Keputihan adalah pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Yang hijau itu biasanya sudah mengalami jangkitan kuman.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. 

Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Sesetengah kes keputihan yang kronik memaksa anda mengambil antibiotik dan jika ia berlaku semasa anda mengandung, ia akan mengundang masalah lain pula yang boleh memberi kesan kepada janin kerana adanya jangkitan bakteria yang mengundang bahaya.

Punca Keputihan



  • Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia



  • Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal



  • Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau



  • Penyakit melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah




  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Atasi Keputihan



Jangan ambil mudah tau keputihan kronik boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian kelamin wanita. Mesti berusaha untuk mengatasinya.

Alhamdulillah ada petanda positif. Keluar berkeping keping tau!

ViviX adalah cara terbaik untuk atasi masalah KEPUTIHAN KRONIK.







21 May 2016

Ibu Yang Tidak Menjaga Diri Ketika Berpantang, Berisiko Terkena Bentan

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh berpantang, ibu berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.



Punca Bentan

Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis Bentan


1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Cara Atasi Bentan


1. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

2. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

3. Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Rawatan Bentan Dengan ViVix



saya yakin sebab vivix dan ostematrix. sebab semalam kena dekat pinggang lagi dan tangan. pastu saya terlelap susu baby tak ingat nak makan vivix dan oste. terjaga anak menyusu, baru teringat. bangun ambil vivix dan oste pastu susu bby tertido balik. pagi ni bangun memang fresh badan tak rase sengal-sengal tu lagi.. 

20 May 2016

Kenali Punca Lelaki Tidak Subur

Kebiasaannya masalah kesuburan ini hanya berkait dengan wanita. Sebenarnya lelaki juga mempunyai masalah yang sama dengan wanita. Lelaki juga menghadapi masalah ketidaksuburan.


Ujian Untuk Mengetahui Tahap Kesuburan


Ujian kesuburan ini boleh dilakukan di hospital pakar yang terpilih dengan membuat analisis sperma dan semen. Kita belajar sedikit tentang sperma lelaki di mana mengandungi 3 part penting iaitu kepala (mengandungi DNA), mitokondria (tenaga) dan ekor (untuk berenang).

Secara purata, sebanyak 60 juta sperma dalam 1ml air mani. Memang banyak dan ia  boleh bertahan selama 48 – 72 jam dalam pangkal rahim. 

Tetapi faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan adalah bilangan sperma dan juga keadaan sperma yang normal atau tidak.


Ada masalah kesuburan disebabkan oleh sperma yang kurang pada seseorang lelaki. Ada juga disebabkan sperma yang banyak tetapi tidak berkualiti. 

Contohnya jika seseorang lelaki itu kuat merokok, kebarangkalian spermanya tidak normal adalah lebih tinggi. Ada juga lelaki yang mempunyai masalah langsung tiada sperma kerana masalah lain seperti saluran tersumbat.




Masalah Dan Faktor Ketidaksuburan Pada Lelaki



  • Masalah usia : semakin berusia seseorang lelaki itu maka paras testosterone semakin menurun. Bila hormon ini menurun maka ia secara tak lansung juga menyebabkan pelbagai masalah lain seperti ketidaksuburan.
  • Masalah pada kalenjar prostat. Kemungkinan lelaki akan mengalami masalah prostate yang membengkak. Ini menyebabkan mereka susah untuk membuang air kecil, merasakan tidak puas kencing dan juga pancutan air kencing tidak laju.
  • Masalah mati pucuk, di mana tidak berupaya untuk ada ereksi semasa hubungan. Ini ada kaitan dengan masalah tekanan dan persekitaran, ubat ubatan, merokok dan juga alkohol.
  • Ada juga lelaki yang mengalami masalah kanser prostate dan ini sudah tentu akan menghilangkan segala kelakiannya.
Image result for masalah kesuburan lelaki

Cara Atasi Masalah Tidak Subur Di Kalangan Lelaki

Kebiasaanya masalah tidak subur di kalangan kaum lelaki berpunca daripada masalah salur darah tersumbat.

Salur darah boleh tersumbat kerana seseorang itu seorang perokok, pesakit diabetes, ataupun darah tinggi.

Maka ia memungkinkan darah tidak lacar dan itulah berlakunya mati pucuk.

Cara paling mudah adalah dengan amalkan vivix kerana vivix ada satu tumbuhan polyganum cuspidatum yang sangat hebat dalam membantu masalah kerosakan saraf dan salur darah.

Kandungan Mitokondria yang ada dalam vivix berfungsi untuk menjana tenaga kepada sel badan kita. Secara tidak langsung ia memberikan tenaga sel untuk sperma.


Kandungan resveratrol dalam vivix juga membantu meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. nitrik oksida ni bantu salur darah mengembang, dan memudahkan laluan di bahagian itu (tak sumbat).


Kalau viagra ni dia expand salur darah yang kecik je tapi resveretrol boleh buat lebih dari itu, hingga arteri utama

Bila tiada masalah tersumbat bahagian salur darah,maka mati pucuk boleh dirawat.



Nak DapatKan VIVIX : Farah, 011 277 94946











Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...